Sasaeng Fan ⇔ Yoon Jeonghan 「Malay」

90 2 0
                                    

Deskripsi: Dimana seorang penulis novel menyukai seorang pelakon yang popular. Si gadis menyangka bahawa setelah berjumpa dengan lelaki pujaannya itu beberapa kali, hidupnya akan berubah. Namun, hampa.

Aku merenung ke arah lelaki yang sedang tersenyum lebar ke arah gadis di hadapannya itu. Tangan gadis itu dicapai sebelum digenggam dengan senyuman manis.

Para gadis yang sedang beratur menjerit kesukaan tatkala melihat senyuman lebar Yoon Jeonghan, pelakon lelaki yang sedang mengadakan perjumpaan peminat itu. Di sebelahnya, terdapat 2 pelakon lelaki yang merupakan pelakon kedua dan ketiga di dalam drama terhangat pada zaman ini, iaitu My Shining Knights yang merupakan karya Han Jewoo, iaitu aku.

Bagiku, mereka berdua kelihatan kacak namun tidak dapat menandingi kekacakkan lelaki idamanku, iaitu Yoon Jeonghan.

Kini tiba giliranku untuk mendapatkan tandatangan mereka bertiga di dalam majalah di tangan. Walaupun sudah berkali-kali bertemu dengan Jeonghan, namun lututku masih lagi lemah tatkala melihat lelaki itu memandang ke arahku.

Macam mana aku boleh mengenali dia? Alah, senang saja.

Aku menghela nafas perlahan lalu menghentakkan kepala di atas meja di ruang tamu itu. Manuskrip yang berada di dalam komputer riba dibiarkan tergendala sebentar.

"Ideaaaa, datang la ideaaaaa! Masa aku tak nak kau datang, kau datang! Masa aku nak kau datang, pandai pulak kau berlari, sembunyi semua! Halahhh, macam mana ni!"

Aku menggosok rambutku dengan perasaan resah.

"Tarik tamat kau bila, Woo?" soal rakanku, Jennie yang sedang membaca novel di atas sofa di belakangku.

Aku menoleh ke arahnya sebelum menghela nafas berat. Badan disandarkan pada sofa tersebut.

"5 hari lagi," kataku sambil meraup wajahku dengan perasaan geram.

Jennie bersiul apabila mendapati aku sememangnya kesuntukan masa. Dia bangun duduk lalu mendecit beberapa kali sambil menggelengkan kepalanya.

"Masak la kau, Woo," kata Jennie sambil sambung membaca novelnya.

"Diam. Kau ni tak menolong la, seton," kataku sambil menyilangkan lengan ke dada kerana tidak berpuas hati.

"What? Kau nak aku buat apa? Aku ni jurutera, bukan penulis novel popular macam kau." kata Jennie lalu menjulingkan matanya ke atas.

Aku mendengus perlahan sebelum menoleh apabila mendengar satu lagu yang berasal dari televisyen.

"Eoh? Sejak bila kau buka TV ni, Jennie?" soalku sambil duduk tegak apabila melihat seorang lelaki yang agak kacak sedang memandang ke arahku dari dalam televisyen itu dengan senyuman lebar.

"Oh, right! Drama aku dah mula! Syuh, syuh, tepi!" kata Jennie lalu berlari untuk duduk di hadapan televisyen.

"Ahhh, Johnny!" jerit Jennie sebaik sahaja seorang lelaki yang agak kacak, namun berwajah foreign, muncul di kaca tv itu.

「 K-Idol Oneshots 」 【 Malay/English 】Where stories live. Discover now