「 Deskripsi: Dimana sebuah rumah tangga hampir musnah kerana satu kesalahfahaman. 」
Aku memandang ke arah pintu dengan perasaan resah. Aku mengetuk-ngetuk meja kaca di hadapanku menggunakan jari sebelum aku mengerling ke arah jam di dinding. Ia menunjukkan 4 pagi.
Kali ini, sudah masuk tiga bulan bahawa Jimin, suamiku pulang lewat ke rumah. Aku tahu, pekerjaannya sebagai seorang idol amat menterhadkan kepulangan awal ke rumah, tapi takkan lah tiga bulan terus balik lambat?
Aku menghela nafas perlahan sebelum menunduk sambil menggosok mataku beberapa kali. Setelah itu, aku menguap.
Tiba-tiba, pintu rumah itu dibuka dari luar dengan cara diam. Aku menoleh. Kelihatan Jimin sedang melangkah masuk sambil mengusutkan rambutnya.
"Jimin-ah," kataku sambil berdiri, menarik perhatian lelaki berambut blond itu.
Jimin mendongak sebelum matanya membulat sebaik sahaja dia melihat aku berdiri di tengah ruang tamu itu.
"He-hey, Heulra sayang... Awak-awak tunggu saya ke?" soal Jimin sambil menutup pintu rumah lalu menanggalkan kasutnya.
Aku menghela nafas perlahan sebelum melangkah ke arahnya. Jimin berundur sedikit namun dia mengukirkan senyuman kecil apabila melihat aku menolongnya untuk membuka jaket yang kelihatan berat di badannya itu.
Aku berkerut apabila terbau akan sesuatu yang sangat wangi pada jaket Jimin.
"Jimin, awak ada keluar dengan siapa-siapa ke?" soalku sambil berkerut.
"Hmm? Maksud awak?" soal Jimin sambil melentokkan kepalanya ke tepi sedikit.
"Well, you know, awak ada pergi mana-mana selain the place you're scheduled to go?" soalku.
"Errr, yeah. Tadi saya dengan Bangtan pergi celebrate Jungkook punya kejayaan untuk sejuta view kat music video mixtape dia," kata Jimin sambil menggaru belakang tengkuknya.
"Ahhh, really? Kat mana?" soalku semula.
Jimin terdiam. Dia menggigit bibir bawahnya sebelum dia menghela nafas perlahan.
"A club in Gangnam...." balasnya perlahan.
Aku sekadar menghela nafas perlahan, kerana sudah kebiasaan untuk kumpulannya, BTS untuk berparti di sebuah kelab bagi meraikan kejayaan salah-seorang ahli, ataupun kumpulan mereka.
"Did you drink anything?" soalku sambil menggantungkan jaketnya.
"Selain daripada cola, nope, tak ada," kata Jimin sambil menggelengkan kepalanya.
"Then, siapa je yang ada dengan awak dengan kumpulan awak dekat kelab tadi?" soalku sambil mengambil tempat di atas sofa semula.
Jimin sekadar memandang ke arahku sambil berkerut sedikit.
"Huh? Siapa apa?" soal Jimin.
"There's a fragnance of a woman's perfume on your jacket, Park Jimin," kataku sambil menunjukkan ke arah jaketnya itu.
Mata Jimin membulat sebelum dia berpaling lalu berlari ke arah tempat gantungan jaket itu. Dia mencapainya lalu menghidu di sekitar jaket tersebut.
YOU ARE READING
「 K-Idol Oneshots 」 【 Malay/English 】
Fanfic⦑ Bosan dengan oneshot-oneshot yang sering menggunakan nama 'original character'? ⦒ ⦍ Nak oneshot yang mempunyai nama awak? ⦎ ⦕ Jadi, apa tunggu lagi? Mari lah request! ⦖ ⧚ Bored with oneshots that's been using 'original character's? ⧛ 『 Want a ones...