Alam duyung sudah gempar dengan kehilangan putera mahkotanya tengku . Baru sahaja beberapa jam menghilang seakan berhari terasa. Raja duyung sudah tidak dapat menahan perasaan amarahnya
"cis, tak guna punya Anak , sampai hati kau buat aku begini , Pada hari yang penuh bersejarah ini " Luahan amarah Raja duyung didalam istana
Pemaisuri duyung , hanya mampu menitiskan air mata . Hari ini merupakan hari penyerahan takhta kepada tengku dan juga hari perkhawinannya dengan seroja . Seroja merupakan seekor duyung yang mampu menggugat pandangan lelaki .
Seroja didalam kamar istana menahan rasa geramnya.Dia sudah menganggap perkara ini bakal terjadi . perkhawinan antara duyung boleh mengakibatkan tubuh duyung yang kekal abadi.Tengku tidak ingin menjadi duyung , sejak dari dahulu dia ingin menjadi manusia dan mempunyai kaki untuk berjalan didarat .
Bunyi loceng yang kuat berdering di gerbang istana .Hal ini menarik perhatian Pemaisuri dan Raja untuk ke sana. Pengawal membawa seekor duyung tua untuk menghadap Raja tua .
Raja mengaju soalan "Kenapa kau membawa situa ini kemari ? "
Balas pengawal "katanya , dia melihat putera menyelamtkan seorang wanita , Selepas itu kuasa magis yang kuat berlaku di kawasan itu , sinaran biru menerangi lautan pada ketika itu .
Raja tercengang " Adakah ini betul wahai si tua "
Duyung tua hanya mengiyakan sahaja pertanyaan raja kerana takut kepada kuasa mutlak yang dimiliki olehnya.
"kumpulkan tentera,suruh mereka ke daratan untuk membawa pulang putera beta " Arahan Raja duyung kepada pengawal.
Pengawal terkaku seketika , sekiranya mereka naik ke daratan mereka harus menggunakan magis yang begitu banyak , yang mengakibatkan diri mereka lumpuh atau sebagainya . Kalung hanya mampu menyerap kuasa magis mereka, hal ini boleh mengakibatkan mereka kehilangan kuasa kerana kalung menggunakan kuasa magis yang banyak .
-----------------------------
Di pangkalan Perang
tentera atasan sudah tidak tentu arah , mereka tidak sanggup mengadaikan magis mereka yang mereka kuasai dalam bertahun tahun , mereka mempunyai idea yang jahat untuk memastikan magis mereka tidak hilang. Mereka sepakat , untuk menculik duyung biasa dan menjadikan mereka sebagai pak sanggup . Walaupun hal ini seakan jahat tetapi mereka harus melakukannya untuk memastikan magis mereka tidak tergadai .
----------------------
Di taman permainanterdapat tiga ekor duyung wanita yang sedang memetik bunga . Melankolia , tirani dan orkid merupakan sahabat karib sejak kecil lagi. Hubungan mereka seakan keluarga yang rapat . Dalam penuh tawa mereka , Terdapat tentera istana yang jahat sedang memerhati. Secara tiba-tiba mereka di tangkap dan dibawa ke pangkalan perang.
------------------------
Dipangkalan perang
melankolia bersuara " Apa yang korang nak , Apahal korang tangkap kitaorang , Kitaorang tidak buat salah pada kerajaan ini ". Orkid dan Tirani hanya mampu mendiamkan diri kerana takut kepada para tentera .
" Korang kene Naik ke daratan dan cari putera mahkota " Arahan tentera dengan penuh tegas.
melankolia " LEPASKAN KITAORANG "
Magis melankolia mula berkembang , satu pangkalan tentera Bergegar dan terdapat beberapa gelembong air terjadi. Para tentera mengelak gelombang tersebut . Kuasa Magis yang dimiliki melankolia amat menakutkan , Dengan umur sebegini Dia mampu menggunakan magis yang Amat berkuasa sekali. Akan tetapi ,Kekuatan Para tentera lagi hebat dengan sekali serangan melankolia tersungkur jatuh.secara tiba tiba Melankolia terperangkap didalam satu bebola air yang besar . Melankolia cuba menyelamatkan diri akan tetapi Gagal . Benteng bola tersebut seakan besi yang tidak boleh dipecahkan .Magis melankolia tidak mampu memecahkan benteng tersebut.
"Bebola ini akan semakin mengecil dari semasa ke semasa " ujah sang tentera
Melankolia , Tirani dan orkid Tercengang
"Korang berdua harus naik ke daratan dan membawa putera mahkota pulang ke sini kembali, Kalau ingin melihat kawan korang selamat "ujah sang tentera lagi.
Tirani dan Orkid seakan ingin menangis , kekuatan persahabatan mereka sedang diuji dengan hebat pada ketika ini . Mereka Akur akan arahan tentera tersebut. Mereka tahu Apa yang Akan terjadi kepada Kekuatan magis mereka tetapi demi sahabat mereka sanggup kehilangan magis mereka. Dengan penuh kesedihan Orkid dan tirani bersedia menempuh cabaran yang Akan datang .
Mereka ada masa sebelum bulan mengambang penuh , Adakah mereka berjaya membawa pulang putera mahkota dan Menyelamatkan Sahabat mereka dari tentera yang jahil ? Persoalan demi persoalan terpaut diminda mereka
Bersambung
#RIPMEI
#HELPMEFOR100READS
YOU ARE READING
Change For My love
FantasyMengisahkan seorang wanita bernama Rania yang menjadi mangsa buli dirumah oleh keluarga tirinya . Halangan demi Halangan ditempuh oleh dirinya . Pada suatu Hari dia sudah tidak dapat menahan diri , dan cuba membunuh diri di Pantai rumahnya . Teta...