LSOFF 3

26 2 0
                                    

Dhia dan pesakit ciliknya sudah mula rapat. Mereka berdua boleh dikatakan seperti kakak dan adik. Habis sahaja kerja, dia terus pulang ke rumah. Dia melihat ke arah jam tangannya. "Alamak, terlupa nak bagitahu diorang biar cancel dulu gi balau tu, aduhhh ! "kata Dhia sambil mengetuk kepalanya yang agak bengong itu. Nasib harini still cuti sebab hujung minggu, kalau tidak mesti rakan-rakannya yang lain sudah merajuk dengannya. Dhia pun mula melangkah masuk ke dalam rumah, sambil memberi salam "Assalamualaikum... " "WaalaikumsalaM. Huarghhhhh "jawab Lisa yang baru bangun dari tidurnya yang lena. "Bertuah anak dara, baru nak bangun ? " "Penat buat assigment malam tadi, berbalun lah tidur harini "balas Lisa. Malam tadi dia menyiapkan semua assigment yang diberi oleh Prof. Nahda yang masih tertangguh dari dua minggu lepas. "Yang lain mana ? Tidur lagi ke ? "tanya Dhia. "Normal lah, kau faham kan diorang tu caner, hahaha "balas Lisa sambil tergelak mengingatkan gelagat tiga orang rakannya yang belum bangun dari tidur. Tiba-tiba mereka terdengar suara seseorang yang baru sahaja menutup pintu bilik. "Ngumpat aku ke ? "tanya Aisy kepada dua orang rakannya yang dari tadi seronok berbual bersama. "Takdelah. Eh korang, ni aku nak mintak maaf sebab semalam lupa nak bagitahu yang aku teman pesakit aku, tu yang tak dapat gi balau semalam "kata Dhia dengan nada lembut. "Takpelah Dhia, kitorang faham. Lagipun kan kau dah mesej kitorang yang kau kata kau temankan budak seharian semalam, tak ingat eh ? "kata Lisa. "Oh ye ke, aku lupa lah. Banyak benda yang aku fikir, sampai tak ingat apa yang aku buat, haha "balas Dhia. "Ha, ape kata, kita pergi balau petang ni ? Kebetulan hari ni hari minggu kan, semua pon ada, ha jom lah "sampuk Aisy. "Ha boleh jugak " "Aku ikut je " "Nak gerak kol berapa ? " "Kol 3.30 ptang nanti lah, boleh lama-lama sikit "kata Aisy. 'Lama-lama sebab nak cuci mata tengok jejaka hensem' bisik Dhia dan Lisa. "pergilah kejut yang lain"kata Aisy. "Biar aku yang kejut, nak tengok akak Dhia menjerit eh.. kejap ya...SOFIAAAAAA !!!!!! ARAAAAAA !!!!!! BANGUNNNNN !!!!!! "jerit Dhia. Memang sukar untuk kejutkan dua orang rakannya itu. "Bagus, bagi pekik telinga diorang,hahahaha " Bab-bab kenakan orang, mereka berdua ni memang handal. Apa-apa je yang berkaitan dengan 'mengenakan orang', mereka dua ni lah DALANGNYA, haha. "Tak nak bawak apa-apa ke gi balau ? Kalau nak, kita bawak KFC jelah, aku payung. Alang-alang gaji pertama kerja cafe tu, baru dapat semalam. Oh ye aku lupa nak bagitahu. Aku kerja part time dekat cafe Zawara " Lisa memang tengah kerja part time bagi menampung perbelanjaan kolejnya, kalau sekadar mengharapkan biasiswa saja, belum tentu cukup. "Arghhh ! Apa yang korang bising-bising ni ? "kata Ara yang baru sahaja bangun daripada tidur yang agak lena itu. "Kitorang ingat nak pegi balau petang ni, nak ikut tak ? "tanya Dhia kepada Ara. "Eh, mestilah nak... " "Pergilah mandi, jangan lambat-lambat pulak, aku tinggal nanti " "Ha jap, eh korang !! " "Apa dia ? " "Selamat pagi "kata Ara sambil membuat isyarat tangan 'piss'. "Pagi ? Dah nak masuk zuhur dah ni weyy "kata Aisy sambil menpuk dahinya dengan tapak tangan. Tak lama kemudian, Sofia pun turun dengan terjerit-jerit. "Woi ! Apa bising-bising nih ? " "Kau tak nak ikut ke Pia ? "kata Dhia yang menujukan soalan itu kepada Sofia. "Ha, ni lagi seekor "kata Aisy sambil menjelingkan matanya ke atas. "Balau ? Holiday ? Tak nak ? Kalau nak, pergi mandi "soal Dhia lagi. "AKU MANUSIA SETANN ! " "Kau tak nak ikut eh Sofia ? " "Tah kau Sofia " Macam-macam kerenah antara mereka berlima ini. "Dah nak gerak ke? kata pukul 3.30 petang "tanya Sofia. "Memang lah, nak tunggu kau bersiap dah berapa jam, makeup lagi pe semua "saja Aisy memerlinya. "Eh kau nih, memang saja je kan cari pasal ngan aku? "kata Sofia geram. Aisy yang memerlinya tadi hanya menjelirkan lidah kearah Sofia. Mereka memang tidak boleh dipertemukan. Ada saja perkara yang akan membuatkan mereka bertengkar. "Cepat sikit mandi tu, jangan lama-lama. Kalau kena tinggal nanti jangan tanya kenapa... "jerit Dhia. "yeeeeee Dhiaku sayang si intan payung muah muah muah ayam meee.... "balas Sofia sambil menghabiskan perkataan terakhir dengan lagu DSV-I AM ME.

Life Stories of Five FriendsWhere stories live. Discover now