LSOFF 2

36 2 0
                                    

Keesokan harinya, Dhia bangun awal dari tidur kerana hendak ke hospital dengan segera. Dhia turun ke bawah untuk memasak breakfast. Itulah rutin harian Dhia, masakkan untuk rakan-rakannya yang lain setiap pagi. "Nilah manusia, mentang-mentang harini cuti, kalau boleh nak bangun esok pagi " bebel si Dhia. "HEYYYY, BANGUNLAH !!!!!! Ya Allah bertuah punya budak budak ni, nak bangun kol bape tah " "Bangunlah weyyyy, LISAAAAAA !!! ARAAA !!! SOFIAAAAA !!! AISY !!! "jerit Dhia dari tingkat bawah, ikutkan hati ingin saja dia memecahkan pintu bilik mereka itu. "Ada kang aku naik atas simbah asid sorang-sorang ni "bebelnya lagi. "Dahlah, bebel sorang pun tak guna, baik pegi bersiap, kang lambat susah pulak, jenuh nak hadap jammed lagi, haihhh " Lalu Dhia terus naik ke biliknya lalu bersiap untuk ke tempat kerja. Selepas siap bersiap, dia mengetuk pintu bilik Lisa. "Lisa, aku nak gi kerja nih. Makanan semua ada bawah tudung saji, lepas makan basuh pinggan, pinggan yang kering jangan bertenggek dengan yang basah " bebel Dhia. Bebelannya seakan-akan seorang makcik yang ingin meninggalkan anaknya di rumah kerana hendak ke tempat kerja. "Hmm "balas Lisa. Dhia pun turun ke bahagian ruang tamu lalu keluar dari rumah itu. Sampai sahaja di hospital, Dhia masih lagi membebel pasal rakan-rakannya yang berada di rumah.

DHIA P.O.V

"Haihh, dah lah tidur lambat pastu bangun dah lah lambat. Apa nak jadi lah kawan-kawan aku tu " bebel Dhia. "Lah, kenapa ni Doktor ? Stress semacam je harini ? "tanya Doktor Nadira. "Takde apelah, housemate saya tu je buat hal pagi-pagi ni "balas Dhia. Doktor Nadira ialah doktor yang berpangkat tinggi daripada aku dan walaupun berpangkat tinggi, beliau sentiasa memberi keyakinan kepadaku dan juga rakan sekerja aku sejak dari 5 tahun lepas. "Ohh ye ke. Hahaha sabar jelah doktor ye "kata Doktor Nadira. Tak sampai satu minit lepas kami bersembang sejenak, ada seorang jururawat lelaki berlari ke arah mereka berdua. "Ha Farid, kenapa tergesa-gesa ni ? "tanya Doktor Nadira kepada jururawat itu. "Kita ada kecemasan, ade budak kecil yang baru sahaja mengalami sesak nafas sebab paru-parunya dijangkiti kuman pukul 8 pagi tadi, kejap lagi ambulans sampai " "Kalau macam tu, jomlah kita pergi Doktor Nadira " "Jom " Tiba sahaja di wad kecemasan, ambulans baru sahaja sampai dan kami menurunkan budak kecil itu dari dalam ambulans. Dengan pantas kami menolak katil budak itu ke dalam wad untuk diperiksa. "Nampaknya keadaan dia sangat kritikal sebab kuman banyak masuk ke dalam paru-paru dia. Kita cuma ada masa 5 minit sahaja untuk fikirkan jalan penyelasaiannya. "kata Doktor Nadira. "Takpe, biar saya buat "balas Dhia. Terdetik hati Dhia untuk cuba mengambil alih pesakit cilik ini. "Tapi, operation ni sangat bahaya untuk kanak-kanak ! "kata seorang doktor yang gedik, iaitu Doktor Ellysa. Doktor Ellysa ialah seorang doktor yang suka ambil hati para doktor lelaki yang hensem di dalam hospital ini. 'Well, dia lawa, sexy, tapi aku rasa seksa  bila tengok dia 'bisik Dhia. "Betul tu Doktor Dhia, operation ni mungkin akan membahayakan nyawa budak ni "kata Doktor Nadira. "Takpe, saya tahu apa saya buat. Biar saya yang ambil alih pesakit ni . Doktor, boleh doktor bantu saya untuk bedah pesakit ini ? "kata Dhia. "Ya, boleh. Ahmad, Mairah dan Ming pon bantu yaa "balas Doktor Nadira. "Baik doktor "akur ketiga-tiga jururawat itu. Lima jam kemudian, keadaan budak kecil itu bertukar kepada stabil. Alhamdulillah, keyakinan aku semakin meningkat. Selepas selesai segalanya, pesakit cilik itu ditukarkan ke wad istimewa.

*FLASHBACK*

 Selepas dua hari budak itu dipindahkan, Dhia terdetik hati untuk ke kaunter wad untuk mencari fail berkenaan dengan pesakit cilik itu. "Nurse, tolong carikan fail pesakit yang baru berpindah ke wad ni dua hari lepas "arah Dhia. "Sekejap ya doktor "balas jururawat itu. Selepas jururawat itu mencari fail pesakit cilik itu, dia menyerahkan fail tersebut kepada Doktor Dhia. "Ni dia failnya "kata jururawat itu " "Okay, terima kasih "

 "Ni dia failnya "kata jururawat itu " "Okay, terima kasih "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daniel Farhan Bin Abdullah (seorang anak yatim piatu)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dhia membawa fail itu bersama lalu ke wad nombor 2 untuk menemankan pesakit cilik itu. Kelihatannya budak kecil itu masih lagi tidak dapat sedarkan diri selepas pembedahan. Dhia terus membelek fail berkenaan budak itu. Dia mencari nama sebenar pesakit ciliknya itu. 'ohh, Daniel Farhan ke nama dia ? Kesiannya budak ni yatim piatu, rasa macam nak bela dialah 'bisiknya. Tak lama selepas Dhia membelek fail itu, pesakit yang beranggaran 5 tahun itu mula sedar dari tidur. "Urghhh, aduh sakitnya "kata budak itu. "Eh adik, jangan bangun, adik tak sembuh lagi ni "kata Dhia. Budak kecil itu hanya tersenyum bila Dhia menanyakan soalan kepadanya. "So adik macam mana harini ? Ada sakit apa-apa tak ? Sakit kat bahagian jantung ke apa ke ? "bertubi-tubi soalan yang disampaikan oleh Dhia, tetapi budak itu hanya menggelengkan kepalanya dan tersenyum ke arahnya. "Doktor ni cantiklah "kata budak itu. Pipi Dhia bertukar menjadi merah akibat malu yang teramat selepas mendengar ayat disebut oleh budak itu. "Tak payah nak terkejut sangat lah doktor, macam tak biasa pulak kalau lelaki cakap doktor lawa "kata jururawat yang bernama Farid. Untuk hari itu, dia ditugaskan untuk menghantar makan kepada pesakit yang bernama Daniel Farhan. "Awak memang sengaja nak kenakan saya depan budak ni ke apa ? "kata Dhia dengan nada geram. Budak kecil itu hanya tertawa melihat geligat doktor dan jururawat itu. "Ha ni makanan untuk Daniel "kata Farid sambil meletakkan sepinggan nasi putih, semangkuk ikan masak singgang dan air kosong di atas meja berhadapan dengan katil budak itu. Selepas meletakkan makanan, jururawat itu berlalu pergi meninggalkan Dhia dan budak kecil itu. "Harini makan ya Daniel, dah dua hari Daniel tak makan, nanti perut tu masuk angin, siapa susah ? Doktor jugak yang susah "pujuk Dhia supaya budak itu dapat mengisi perutnya yang kosong sejak dari pembedahan dua hari yang lepas. "Saya tak ada selera lah doktor. "balas budak itu. "Lah, kenapa ? "Saya teringatkan arwah umi dan abi saya lah doktor. Saya nak bersama dengan diorang " "Daniel, Daniel tak boleh cakap macam tu, Daniel kena kuatkan semangat. Sekarang ni, Daniel kena makan dulu, doktor suapkan, nak ? " "Nak " "Amboi, laju ya. Baca bismillah " Dhia pun menyuapkan budak itu dengan sesudu nasi pada permulaannya. Semasa dia menyuapkan budak itu, dia terfikir sejenak. 'Siapalah yang nak jaga dia lepas sembuh nanti ?'mengelamun Dhia sejenak. Daniel yang dari tadi hanya makan dengan senyap mula perasan doktor kesayangannya itu sedang mengelamun. Dia menepuk kedua-dua belah tangan dihadapan muka doktornya itu. "Ehh "latah Dhia. "Doktor berangan eh ? "tanya budak itu. "Eh mana ada, dah cepat makan "balas Dhia.

Life Stories of Five FriendsWhere stories live. Discover now