part 1

49 4 8
                                    

Aku 'unknown'.Seorang remaja perempuan yang mengidamkan kebahagian,kasih sayang dan keperluan rohani dalam diri setiap remaja tetapi apa yang diinginkan hanyalah sebuah mimpi indah yang tidak mampu dikecapi.Semuanya bermula ketika aku berumur 9 tahun.Iaitu kira-kira 9 tahun yang lalu.

2009
Aku melihat ayah ku membawa beg roda besar ditangannya sambil berjalan ke arah aku dan abang ku.

' ...... nanti tolong jagakan mama
yea.Abah kena pergi dari sini.Abah dah tak boleh tinggal dengan mama.'

Sebagai seorang kanak-kanak yang tak mantang,aku hanya mengangguk dan mengiakan kata-kata ayah aku.Nak expect apa? Budak darjah 3 kot. Aku hanya menghantar pemergian ayahku hingga ke pintu rumah. Ibuku? Dia hanya berkurung di dalam bilik seharian. Setelah beberapa hari selepas kejadian tu. Baru aku dapat tau cerita sebenar. Kedua ibu bapaku berpisah. Sejak itu aku sudah mula keseorangan. Abang aku perlu pulang ke asramanya. Ibu aku bekerja siang malam untuk menyara kami. Keadaan menjadi lebih buruk bila ibu aku menyambungkan pelajarannya. Ya. Aku jadi terbiar. Keseorangan. Kekosongan. Jadi setiap petang aku akan pergi bertandang rumah kawan-kawan aku untuk mengisi kekosongan. Aku akan pulang ke rumah sebelum maghrib dan bersiap untuk mengaji berdekatan block rumah aku. Selepas itu, aku akan bersiap untuk menghadiri kelas tuition. Dan itulah rutin aku setiap hari sehingga UPSR. Sayangnya aku tak sepintar abang aku. Aku tidak mampu memperoleh straight A.  Biasalah. Mesti ada makcik-makcik bawang yang akan membandingkan adik beradik kan?

'Kenapa tak masuk asrama macam abang?'
'Kenapa tak dapat straight A's macam abang?
'Kenapa bla bla bla bla'?

Aku malas nak layan soalan mereka. Biarkan lah soalan tu tak berjawab. Dan hari hari aku pon kembali normal seperti selalu sehingga ibu aku dikejarkan ke wad kerana denggi. Dekat sebulan jugak aku tak kesekolah kerana ibu aku dipindahkan ke hospital di negeri lain. Nak tau siapa jaga ibu aku ketika itu? Ayah aku iaitu ex husband dia. Mungkin cinta dipupuk kembali? Ibu dan ayah aku berkahwin semula pada tahun 2014 waktu aku tingkatan 1.

PathWhere stories live. Discover now