part 4

26 5 1
                                    

2017
Akhirnya, tahun akhir aku di sekolah. Tahun dimana spm bakal menghantui aku. Aku masih cuba berdiri walaupun pelbagai halangan aku tempuh. Hari demi hari aku menyibukkan diri di sekolah dengan harapan aku dapat melupakan masalah hidup aku. Aku malas nak amik tau dunia luar. Ia hanya buat aku sakit. Fizikal dan mental. Aku hanya fokus hala tuju aku. Iaitu mendapat keputusan yang cemerlang dan lari dari sini. Mungkin orang akan anggap aku lari dari masalah. Memang betul. Aku tak sanggup nak hadapinya. Aku dah penat. Sangat penat.

Mungkin kerana niat aku tak betul. Keputusan ujian aku semakin menurun. Aku membayangkan semua orang memandang sinis kepada aku. Aku membayangkan bahawa orang-orang diluar mengutuk dan mencaci aku. Siapakah patut aku mengadu? Keluarga berpecah belah. Kawan? Aku segan dengan mereka. Aku segan dengan perpecahan keluarga aku. Aku segan dengan pelajaran aku. Aku rasa diri aku tak setaraf dengan mereka.

Now
Aku memandang ke langit. Menangis dan terus menangis. Aku hanya mendengar bisikan-bisikan halus yang menyuruh aku menamatkan semua ini. Ya aku harus menamatkannya.

PathWhere stories live. Discover now