2015
Keadaan hidup aku kekal sama sehingga aku naik tingkatan 3. Tekanan semakin menghimpit hidup aku. Dengan peperiksaan besar yang bakal menghantui pelajar tingkatan 3. Setiap malam aku akan menangis meratapi hidup aku yang semakin sukar. Tapi aku percaya bahawa ada lagi manusia di dunia ini menghadapi masalah yang lebih rumit berbanding aku.
Aku cuba menyibukkan diri aku dengan bersosial dengan rakan-rakan lain. Akhirnya aku lupa tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan pelajar."Apa nak jadi dengan kamu ni?"
"Kenapa result percubaan macam ni?"
"Jangan melawan!"Ini lah antara butir-butir ayat yang disampaikan oleh ibu ku. Typical asian mom. Aku cuba bangkit semula. Belajar bersungguh - sungguh walaupun di saat akhir. Yaa keputusan pt3 aku mengagumkan walaupun tidak mendapat straight A's . Tapi aku bersyukur.
2016
Keputusan yang agak cemerlang menempatkan aku di kelas pure science . Aku ingin bertukar kelas kerana sains bukan ada dalam diri dan jiwa aku. Tapi atas desakan keluarga , aku cuba. 3 bulan pertama aku masih boleh bertahan di situ. Tetapi ia tidak kekal lama. Tekanan semakin dirasai hari demi hari. Persaingan antara pelajar sangat sengit. Ini menyebabkan aku semakin ketinggalan. Ketinggalan jauh. Jauh di belakang. Bukan senang untuk mengejar mereka. Aku semakin tertekan. Dengan masalah keluarga. Ditambah pula masalah pelajaran. Wahh sungguh berat dugaan bagi aku sebagai seorang remaja perempuan. Aku hanya mampu memendam perasaan aku. Tiada tempat mengadu. Akhirnya aku tersungkur. Aku dimasukkan ke hospital akibat stress yang melampau.
Beberapa bulan selepas itu, kedua ibu bapa aku mengambil keputusan untuk bercerai semula. Aku sudah menjangka berkara ini akan berlaku. Seringkali orang bertanya pada aku.
'Apa perasaan kau?'
Sejujurnya aku tiada perasaan. Mungkin ada sedikit rasa kecewa atau rasa sedih. Mungkin la. Jadi aku hanya mampu meneruskan hidup aku yang penuh dengan liku.