Mesti korang tau apa tu Urban Legend, kan? Utk yg tak tau, urban legend tu maksudnya cerita2 LEGENDA yg disampaikan dari mulut ke mulut, tapi tak diketahui kesahihan cerita tu (majoriti orang berpendapat cerita2 itu hanyalah cerita MITOS sahaja). Dan biasanya cerita2 urban legend ni berbentuk horror/thriller. Urban Legend berbeza dari cerita2 horror/thriller/hantu biasa. Ia jarang diperkatakan dan berada dalam kelasnya yg tersendiri.
Macam kat Malaysia, kita pun ada urban legend kita sendiri, contohnya cerita tentang sepasang suami isteri yg memandu kereta di sebuah highway. Mereka berhenti sejenak sebab kedengaran macam ada benda berat jatuh atas bumbung kereta. So suami tu suruh isteri dia duduk diam2 dalam kereta sementara dia pegi menyiasat. Lama juga suami dia keluar, last2 isteri tertidur dalam kereta.
Sedar2 ada lampu suluh dihalakan tepat ke wajahnya. Kemudian ada suara polis melalui loudspeaker yg menyuruh perempuan tu keluar dari kereta tapi jangan pandang atas. Perempuan tu pun rasa pelik, apa yg dah terjadi, mana suami dia? So masa dia keluar dari kereta tu, hati dia tergerak juga nak pandang atas. Dia nampak suami dia atas bumbung kereta tapi dah takde kepala. Terus dia menjerit dan pengsan. Ini salah satu contoh cerita urban legend yg popular di Malaysia.
YOU ARE READING
CREEPYPASTA || K IDOL [SU]
ParanormalMake sure you are not alone when you read this . Look beside / behind u first before read ❤