Seojun berpindah ke rumah baru bersama anak lelakinya, Minho, selepas bercerai dengan isteri dia. Sejak berpindah, setiap malam Minho mesti akan minta kebenaran untuk tidur dengan Seojun. Pada mulanya, Seojun ni memang tak kisah. Tetapi memikirkan yang Minho dah berumur 7 tahun dan dia perlu belajar untuk tidur sendiri.
Satu malam, Seojun cuba pujuk Minho untuk tidur di biliknya sendiri. Minho menolak, dia beritahu yang setiap malam ada benda akan merenungnya jika dia nak tidur. Katilnya juga selalu ditendang dari bawah. Seojun terkejut juga dengar jawapan Minho, tapi dia yakin tu cuma alasan Minho untuk tidur dengannya. Malam tu Seojun berkeras juga dengan Minho untuk tidur sendiri.
Malam yang sama, Seojun terjaga dari tidur. Dia dengar suara Minho menjerit memanggilnya. Dengan segera Seojun pergi ke bilik Minho. Bila dia masuk je bilik Minho, dia lihat Minho menangis memeluk dirinya sendiri seperti ketakutan.
"Ayah....ada benda bawah katil Minho..."
Seojun teragak-agak untuk melihat ke bawah katil namun dia beranikan diri juga. Apabila dia menjenguk ke bawah katil dia terkejut melihat Minho di bawah katil sedang menangis.
"Ayah..ada benda atas katil Minho..."
Kekeliruan, Seojun mendongak dan melihat Minho yang berada di atas katil, tersenyum memandangnya tajam.
YOU ARE READING
CREEPYPASTA || K IDOL [SU]
ParanormalMake sure you are not alone when you read this . Look beside / behind u first before read ❤