"Apasal aku ada kat rumah kau lahanot?"
"Kau lupa ke semalam kau ngan aku pergi club?"
"Eh ye la,aku lupa,mian. Tapi,asal kau tak hantar aku balik rumah?"
Kai yang baru nak keluar dari bilik tu terus berpusing menghadap kyungsoo yang masih mamai kat atas katilnya itu.
"Kalau aku hantar kau balik semalam,tak ke bodoh tu?kau mabuk semalam,kalau appa kau tau,confirm dia libas libas kau"
Kyungsoo menggosok lehernya.
"Hah ye lah ye lah. Sekarang aku nak mandi. Aku pinjam dulu eh baju kau?"
Kai mengangguk tanda setuju lalu keluar dari biliknya itu. Kyungsoo bangun dari katil dan mencapai tualanya di almari kai. Ye lah,kyungsoo selalu stay kat rumah kai. Tuala je dia tinggalkan. Baju mesti lah tak boleh dia tinggalkan.
Setelah habis mandi,kyungsoo meminta kai untuk hantar dia balik.
Sewaktu kai menghantar kyungsoo balik,di hadapan pagar besar rumah kyungsoo terdapat 2 buah kereta yang tak dikenali datang ke rumahnya.
Tanpa teragak agak kyungsoo masuk ke dalam rumah. Sampai sahaja ke hadapan pintu rumah,baru dia 'terflashback' apa yang appanya beritahu semalam yang hari ini mereka bakal berkahwin.
Dia baru sahaja mahu berputar balik ke luar tetapi terlambat bila appanya membuka pintu terlebih dahulu.
"INI DIA ANAK SAYA!!"
Terhinjut bahu kyungsoo kerana terkejut dengan tengkingan gembira appanya itu.
"Pergi lah bersiap kyungsoo,kejap lagi majlis akan bermula."
Kata seorang lelaki di sebelah appa. Mungkin bakal bapa mertua nya. Kyungsoo hanya mengangguk lalu naik ke biliknya.
"BAJU KAMU ADA DI ALMARI!!"
Jerit appanya dari bawah agar kyungsoo dapat mendengar apa yang appanya cakap itu.
Kyungsoo menukar bajunya di biliknya. Dia membuka baju dan meletaknya di atas katil miliknya. Dia baru nak cabut baju tu dari hanger. Alangkah terkejutnya kyungsoo waktu perasan yang ada perempuan tak dikenali keluar dari tandasnya.
"Kau siapa??!"
Perempuan itu pun turut terkejut dengan kewujudan kyungsoo dalam bilik itu.
"A-appa s-suruh saya n-naik tukar baju k-kat b-bilik ni"
Kyungsoo dengan keadaan tak berbaju tu datang menuju perempuan tu dan menahan dia di dinding.
"Kau ke 'bakal bini' aku?'
Perempuan tu hanya diam kerana takut.
"Tch..adik chanyeol"
Kyungsoo mengangkat dagu perempuan itu dengan sedikit kasar.
"Park Ha Ra as known as Sharra,jangan berharap lebih,aku takkan suka dengan orang yang macam kau la. Setakat adik chanyeol,not setaraf aku. Yang setaraf aku mesti idol idol. Macam tzuyu. Hmm kenal dia tak?"
Sharra cuma mengangguk tanda dia tahu.
"Dia dari kumpulan apa kalau kau kenal dia?"
"Twi-tahi-ce"
Kyungsoo lepaskan tangannya dari dagu sharra dan mengenggam tangan sharra dengan kuat.
"Thrice?"
Sharra mengangguk.
"Well this make me hate you more."
Kyungsoo melepaskan tangan sharra dengan kasar hingga sharra terjatuh.
YOU ARE READING
[COMPLETE]She's not my wife! [Kyungsoo ff]
FanfictionPark Ha Ra,seorang perempuan yang dijodohkan dengan seorang anak lelaki CEO syarikat SM Entertaintment,Do Kyungsoo. Kyungsoo ialah seorang k-idol lah katakan. Dia seorang penyanyi yang diminati oleh jutaan wanita di seluruh dunia. Untuk menjaga pena...