Tittle : RINTIHAN HATI
By : Vivian Terra
Publish Date : 23.2.18
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle
Page : https://www.facebook.com/VvTerra/
Wattpad : https://my.w.tt/0fSS18HcBK?utm_medium=link&utm_campaign=invitefriends&utm_source=android
Part : 8https://m.facebook.com/groups/1877678862478627?view=permalink&id=2084543438458834
Johnny segera mengejar Wylna. Dia memaut di lengan Wylna.
“Cikgu, I’m sorry. Saya janji tak kan sibuk dengan hal cikgu lagi. Kita balik kereta lagi ok.” Johnny cuba untuk memujuk.
Orang sekeliling memerhati saja aksi mereka. tak kurang ada yang berbisik antara satu sama lain. Johnny tak selesa dengan pandangan sinis oran ramai.
“Please Cikgu. Kita balik kereta semula. Kita bincang dalam kereta ok. Ramai orang perhatikan kita sekarang ni.”
Wylna mengesat air matanya. Dia mengangkat mukanya.
“Arrhh…!!!” baru dia sedar, ramai yang memerhatikan mereka berdua.
‘Malunya…’ bisik suara hatinya.
Kalau tidak kerana perasaan malu, memang taklah Wylna masuk balik dalam kereta.
“Sekali lagi saya minta maaf ya. Saya memang tak berhak untuk masuk campur dalam hal peribadi cikgu. Siapalah saya.”
Tersentak Wylna mendengarnya. Timbul rasa simpatinya. Bukan salah Johnny juga. Johnny telah banyak menolongnya.
“Saya yang patut minta maaf. Marah kamu tak tentu pasal.” Ujar Wylna.
“Dah. Kita lupakan apa yang telah berlaku. Boleh?” giliran Johnny lagi bersuara sambil menghulurkan wang kepada Wylna semula.
“Takpe. Kamu terima saja duit ni. Kamu dah banyak tolong saya hari ni. Tak terbalas budi baik Encik Johnny.”
“Panggil saja Johnny. Rasa janggal pula berencik – encik begini.” pinta Johnny.
Wylna tersenyum mendengarnya. Senang hati Johnny melihat senyuman terukir di wajah Wylna.
“Kalau macam tu, Encik..”
“Haa.haa..ha… jangan berencik lagi.” pintas Johnny.
“Ehhmm… sorry. Erhhmm kamu jangan panggil saya cikgulah. Panggil Wylna saja.”
Giliran Johnny pula tersenyum. Terserlah lesung pipitnya. Memang menawan hati. Cair hati Wylna melihatnya.
“Deal?” tanya Johnny sambil menghulurkan jari kelingkingnya.
Wylna tersenyum dahulu sebelum menjawab. “Deal.”
****Sewaktu senja melabuhkan tirainya, barulah Wylna pulang ke rumah mertuanya selepas mengambil beberapa pasang pakaian di rumah. Sebelum melangkah keluar, Wylna mengucapkan terima kasih pada Johnny.
“Sama – sama Wylna. Hari ni hari kamu dalam kesusahan, mana tahu esok lusa saya pula ditimpa malang. Kamu boleh tolong.” Jawab Johnny selamba.
Wylna tersenyum mendengarnya.
“Maaf ya. Saya tak dapat ajak kamu masuk dalam rumah.”
“Hmm.. tak mengapa. Oh ya, esok kamu klinik lagi kan. Macam mana? Nak saya tolong hantarkan ke?”“Takpe lah Johnny. Saya dah banyak susahkan kamu hari ni.”
“La.. tak nak cakap macam tulah. Macam ni, esok saya ambil kamu lebih kurang pukul 10 pagi. Kamu tunggu sini saja.”
YOU ARE READING
RINTIHAN HATI (By Vivian Terra)
RomanceTittle : Rintihan Hati By : Vivian Terra Publish Date : hanya akan bersiaran selepas #TERLALUIstimewa tamat.. stay tuned ya... Cover Resources : Mr. Google Cover : Imelda Peter Page : https://www.facebook.com/VvTerra/ Wattpad : https://my.w.tt/UiNb...