Part 15

36 5 1
                                    

Title : RINTIHAN HATI
By : Vivian Terra
Publish Date : 12.3.2018
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle
Page : https://www.facebook.com/VvTerra/
Wattpad : https://my.w.tt/vKV8VpixVK?utm_medium=link&utm_campaign=invitefriends&utm_source=android
Part : 15

https://m.facebook.com/groups/1877678862478627?view=permalink&id=2084543438458834

    
     Hujan turun dengan lebatnya. Kilat sabung menyabung. Bilik Johnny masih bergelapan. Hanya sesekali diterangi oleh cahaya kilat. Keadaan itu tidak diendahkan Johnny. Langsung tidak mendapat perhatian darinya.

     Apa yang bermain di fikirannya adalah kata – kata dari Puan Catherine saja. Masih terngia – ngia di mindanya. Semuanya didengar tanpa sengaja.

     Sewaktu hendak melawat Puan Catherine di hospital, Johnny terdengar perbualan antara Wylna dengan Puan Catherine.

     “Kalau benar, terdapat tahi lalat besar di pinggulnya. Tolong Wylna, ibu ingin sekali untuk mengetahui hal ini.”

     ‘Tahi lalat…” Johnny bercakap sendiri.

      “Tapi ibu cakap, abang John satu – satunya anak lelaki ibu.”

     “Ya benar Wylna. Satu – satunya anak lelaki ibu selepas adik kembarnya dibawa pergi oleh mertua ibu.”

     Wylna ternganga mendengar cerita Puan Catherine. Sungguh dia tidak menyangka sampai begitu sekali nasib yang menimpa ibu mertuanya itu.

     Menurut ibu mertuanya, dia telah difitnah oleh kelurga mertuanya. Sehingga dia dan ayah kandung John berpisah. Waktu itu John dan kembarnya baru berusia seminggu. Puan Catherine dihalau dari rumah kerana dituduh menjalin hubungan dengan lelaki lain. Padahal benda itu adalah bohong belaka. Suaminya percaya bulat – bulat cakap keluarganya yang menyatakan anak kembarnya itu bukan anak darah dagingnya.

     Kerana terlampau geram sakit hati, suami Puan Catherine ingin membunuh kembarnya. Hanya John yang berjaya Puan Catherine bawa lari. Sedangkan kembarnya seorang lagi tidak tahu apakah nasibnya. Hanya tangisan kuat Johnny dapat Puan Catherine dengar. Sayu hatinya mendengar.

     Puan Catherine yang merupakan anak yatim tiada tempat hendak mengadu nasib. Dia menangis mengenangkan nasib mereka dua beranak yang masih berjalan dalam kepekatan malam.

     Kilat sabung menyabung menandakan hujan bakal turun. Puan Catherine cemas. Dia mencari tempat untuk berteduh. Kasihan anak sekecil John terpaksa dibawa meredah dinginnya angin malam. Tambahan Puan Catherine masih dalam pantang.

     Puan Catherine duduk berehat di perhentian bas. Dia tidak tahu kemana arah hendak dituju. Duit langsung tiada dalam simpanannya. Dia hanya sempat mengambil John.

     Berkali – kali Puan Catherine mencium pipi John. Air matanya mengalir kasihan melihat John yang kebiruan mulutnya kerana kesejukan. Puan Catherine memeluk erat bayinya.

     “Maafkan ibu sayang. Ibu gagal menyelamatkan adikmu.”

     “Tuhan kenapa sampai begini sekali nasibku? Tuhan, aku tidak kuat menghadapi semua ini. Biarlah kami anak beranak mati saja.”

     Puan Catherine bangun dan berdiri di tengah jalan. Mengharap ada kenderaan akan melanggarnya. Waktu itulah Puan Catherine bertemu dengan Encik Michael.

     “Kenapa kamu berdiri di jalan raya? Gilakah? Mahu matikah?”

     Namun begitu belum sempat Puan Catherine menjawab, dia terlebih dahulu jatuh pengsan. Mujur John jatuh di badannya. Encik Michaellah yang membawanya ke hospital. Menjaga, merawatnya. Pernah Encik Michael membawanya bertemu dengan keluarga mertuanya, tapi suaminya tidak mahu berjumpa dengannya. Sebaliknya perceraian yang diputuskan terjadi antara mereka.

     Bila ditanya tentang nasib kembarnya, keluarga mertuanya hanya menyatakan yang anaknya telah mati. Luluh hati Puan Catherine mendengarnya. Anak yang dikandung 9 bulan 9 hari, sewenang – wenangnya diperlakukan seperti itu.

     Lama Puan Catherine murung kerana hal itu. Encik Michael lah yang banyak memberi sokongan moral buatnya, sehingga dia sanggup untuk mengahwini Puan Catherine. Sijil lahir John dibuat berayahkan Encik Michael. John dijaga seperti anak kandung. Hanya beberapa tahun kemudian, barulah lahir Shima.

    

     Johnny bangun dan menghidupkan lampu biliknya. Dia berjalan semula mendekati cermin biliknya. Hatinya cemas. Baju ditarik ke atas.

     “Ahh..!!! kenapa aku harus buat semua ini? Hal itu tiada kaitan dengan aku.”

     Johnny kembali membetulkan bajunya. Dia melangkah keluar dari biliknya menuju bilik Billy.

     “Billy bangun. Kita nak balik kampung.”

     Berkali – kali Johnny mengejutkan anaknya. Billy bangun juga akhirnya.

     “Kenapa ni daddy? Billy masih nak tidur lah.”

     “Nanti Billy sambung tidur dalam kereta ya.” Ujar Johnny sambil menyimpan pakaian anaknya dalam bag.

     “Kita nak pergi mana malam – malam ni daddy?”

     “Balik kampung.” Ringkas jawapan yang Johnny berikan.

     “Balik kampung? Kampung mana daddy?”

     “Dah. Billy sambung tidur ya. Nanti sampai daddy kejutkan.”

     Johnny tak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan anaknya. Terlalu banyak persoalan yang bermain di mindanya kini. Hanya di sana akan dia temui jawapannya. Harap – harap berhasil nanti.

tamat Part 15
To be continue…
#RINTIHANHATI
#ViviBorneoWriter

RINTIHAN HATI (By Vivian Terra)Where stories live. Discover now