Tittle : RINTIHAN HATI
By : Vivian Terra
Publish Date : 16.3.2018
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle
Page : https://www.facebook.com/VvTerra/
Wattpad : https://my.w.tt/vKV8VpixVK?utm_medium=link&utm_campaign=invitefriends&utm_source=android
Part : 17https://m.facebook.com/groups/1877678862478627?view=permalink&id=2084543438458834
Johnny melangkah masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu, masih kemas sofa disusun. Cuma dinding dipenuhi oleh sarang labah- labah. Sayu hati Johnny melihat.
Perlahan – lahan Johnny melabuhkan punggungnya di sofa. Kotak dibuka. Terdapat beberapa dairy di dalamnya. Johnny menarik dairy yang paling akhir. Iaitu dairy beberapa hari sebelum kematian ayahnya.
Terketar – ketar tangan Johnny menyelak terus ke beberapa halaman terakhir. Tulisan ayah agak tidak keruan. Tidak lagi teratur seperti sebelumnya. Seperti tengah menahan sakitnya.
~”Rasanya masaku hampir, tapi hingga ke saat ini aku belum lagi bisa bertemu dengan anakku, Johnny. Layakkah aku memanggilnya anak? Adakah dia menganggap aku sebagai ayahnya? Ayah yang sentiasa mendera anaknya sendiri. Ayah yang tidak menyayangi anaknya. Sering naik tangan pada tubuh kecil itu.
Andai saja Johnny tahu apa yang terbuku di hati tua ini… Maafkan ayah. Maafkan kesilapan ayah. Semua terjadi kerana keegoan, perasaan amarah yang menguasai diri. Kerana semua itu, dalam sekelip mata aku kehilangan semuanya. Kehilangan keluarga yang amat aku sayangi selama ini. aku hilang isteri tercinta. Lebih teruk lagi aku kehilangan zuriat aku sendiri. Sedangkan itu yang aku tunggu – tunggu sebelum ini, tapi kerana ego, kerana terlampau percaya kata – kata orang, insan yang aku sayang menjadi mangsa.
Maafkan abang Cat. Maafkan abang. Andai abang bisa memutarkan waktu, pasti abang akan pusing ke waktu kita masih bersama dahulu. Entah sampai kali ke berapa sudah abang meminta maaf, meminta maaf dari kejauhan.
Abang tak mampu, abang tak punya keberanian untuk bersemuka dengan Cat. Abang pernah mencari Cat setelah abang tahu kebenarannya, tapi abang melihat Cat sedang meniti kebahagiaan bersama insan lain. Abang juga melihat seseorang mirip Johnny anak kita. Adakah itu kembarnya dulu?
Anak kita? Layakkah abang memanggilnya anak? Sedangkan anak yang di bawah jagaan abang sendiri tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Maafkan ayah Johnny. Maafkan ayah.
Ayah malu untuk menyatakan kata – kata kemaafkan. Ego seorang ayah cukup tinggi. Kenapa ego ini sukar sekali ayah kikis? Kerana ego ayah kehilangan semuanya.
Semakin meniti hari – hari akhir ini, perasaan rindu ini semakin sukar dibendung. Kalau boleh, pada saat – saat terakhir ayah ingin ditemani oleh orang – orang yang ayah sayangi. Anak – anak dan isteri.”
Johnny mengesat air matanya. Diselak lagi pada helaian seterusnya.
“Sakit ini semakin tidak dapat aku tahan. Namun aku harus gagahi melawannya. Aku masih mengharapkan kedatangan. Johnny anakku. Maafkan ayah. Ayah jahat. Ayah jahat… tapi jauh di sudut hati ayah sebenarnya sedih, sayu selepas menyakiti kamu. Namun rasa ego ini mengalahkan rasa kasih sayang. Menghalang ayah untuk mempamerkan walau sedikitpun rasa sayang pada kamu.
Semua kerana ayah takut, orang yang ayah sayang akan meninggalkan ayah. Ibu pergi bukanlah semua kerana salah ibu. Itu berlaku kerana berpunca dari ayah sendiri. Aku memang bodoh. Tidak tahu membezakan mana yang betul, mana yang salah.”
Pendek catatan ayah. Johnny membetulkan punggungnya. Sesekali tangan mengesat air mata yang sentiasa mengalir di pipinya. Diselak ke halaman seterusnya.
“Dia tidak datang lagi. Endu ada cakap nak pergi mencarinya, tapi aku halang. Aku malu. Adakah dia mahu untuk berjumpa denganku? Adakah dia akan mengaku aku ayahnya? Adakah dia akan membenci aku? Terlalu banyak persoalan bermain di minda ini.”
Johnny menutup dairy milik ayahnya. Didekapkan di dadanya. Air mata dibiarkan mengalir.
‘Ayah, kenapa baru sekarang aku tahu semua ini? Aku ingat selama ini ayah memang membenci aku. Aku ingat aku anak pembawa sial tapi rupa – rupanya ayah sayang aku. Ayah sayang aku…’
Kini sedikit sebanyak persoalan di benak Johnny terjawab. Cuma perasaan ragu masih ada.
Sebelum melangkah keluar, Johnny berikrar dalam hati akan datang menjenguk rumah itu. Dia akan menjaga rumah itu. hanya di situ kenangan bersama ayah yang dia ada. Biarpun kebanyakannya adalah kenangan pahit belaka.
Johnny sempat singgah di kuburan ayahnya bersama Billy dan ibu mertuanya. Satu persatu kuburan disinggahnya. Bermula dari kuburan isterinya.
“Billy, ini kuburan ibu.”
“Maafkan abang sayang. Baru sekarang abang datang membawa anak kita. Maafkan abang kerana pergi begitu saja. Maafkan abang tidak menjenguk sayang. Maafkan abang…”
Billy melihat saja kelakuan ayahnya. Neneknya turut menangis apabila melihat Johnny menangis. Johnny yang pernah dianggap sebagai anak, tapi kerana kata – kata orang, anak itu telah dihalaunya. Pergi bersama dengan satu – satunya cucu penyambung zuriat anak perempuannya. Kasihan cucunya Billy yang lahir sedia ada suci turut terpalit dianggap sial.“Sudah Johnny. Dalam semua ini, bukan Johnny yang bersalah, tapi ibu. Ibu yang bersalah. Ibu yang menghalau Johnny. Melarang Johnny menjejakkan kaki ke sini lagi. Ibu yang putuskan kalian. Maafkan ibu… maafkan…”
“Sudah ibu. Saya faham. Saya tak salahkan ibu. Saya tahu apa yang ibu rasakan.” Johnny terus memeluk ibu mertuanya.
Dalam hati Johnny berjanji di depan kuburan isterinya kana menjaga ibu mertuanya sebaiknya, selagi hayat dikandung badan. Hanya itu yang dia ada kini.
Dari kuburan isterinya, mereka beralih pada kuburan nenek, dan adik beradik kepada ayahnya. Johnny menyatakan yang dia telah memaafkan semua kesalahan mereka.
“Itu yang sebaiknya kamu lakukan Johnny. Memaafkan lebih baik dari terusan berdendam. Biarpun saat ini, kamu yang menjadi mangsa. Kamu yang mendapat kesan paling kuat. Itu semua dari kamu. Samada mahu memaafkan atau … Ibu tidak memaksa. Andai kemaafan yang kamu berikan, lakukan dengan seikhlas hati kamu. Bukan secara paksaan.”
“Saya ikhlas ibu. Saya ikhlas memaafkan semua saudara mara termasuk juga ayah. Walau mereka pernah menyakiti… “
“Yang pergi biarlah pergi dengan aman. Tiada guna menyimpan rasa marah lagi. biarlah mereka pergi dengan tenang.” Tambah Johnny lagi, kemudian dia memandang semula pada kuburan neneknya.
“Nenek, maafkan saya kerana baru sekarang saya datang. Maafkan saya kerana selama ini hanya menyusahkan nenek saja. Nenek, saya nak nenek tahu yang saya telah maafkan semua kesalahan kesilapan nenek. Ikhlas dari hati, saya tidak lagi menyimpan dendam. Sekarang nenek boleh pergi dengan tenang, aman. Saya akan sentiasa mendoakan nenek dan yang lain – lain.”
Mereka mengakhiri lawatan di kuburan ayahnya. Selesai menbersihkan kuburan, mencabut rumput yang agak subur tumbuh di sekeliling, Johnny menundukkan kepalanya mendekati kuburan ayahnya. Seolah – olah kini Johnny sedang berdepan dengan ayahnya.
“Ayah, maafkan saya kerana baru kini datang melawat. Saya takut untuk berdepan dengan ayah sebelum ini. Takut ayah tidak menganggap saya sebagai anak lagi. saya takut dengan kenyataan itu, tapi kini saya tidak lagi perlu takut. Saya sudah tahu yang ayah menyayangi saya. Saya dah tahu kebenarannya.”
“Walau apa yang telah ayah lakukan sebelum ini, saya tidak menyimpan dendam lagi. Saya maafkan ayah juga. Ayah, saya berjanji akan memenuhi hasrat ayah. Hanya selepas semuanya terungkai, tiada sebarang rahsia, baru saya akan datang lagi. Bersama dia.” Johnny memasang janji depan kuburan ayahnya.
Johnny meninggalkan kampung halaman bersama satu lagi perhitungan. Semua harus diselesaikan dengan segera. Terlalu lama sudah dibiarkan begitu saja. Kini tanggungjawab terpikul di bahunya. Dia yang mengalas tanggungjawab itu.
tamat Part 17
To be continue…
#RINTIHANHATI
#ViviBorneoWriter
YOU ARE READING
RINTIHAN HATI (By Vivian Terra)
RomanceTittle : Rintihan Hati By : Vivian Terra Publish Date : hanya akan bersiaran selepas #TERLALUIstimewa tamat.. stay tuned ya... Cover Resources : Mr. Google Cover : Imelda Peter Page : https://www.facebook.com/VvTerra/ Wattpad : https://my.w.tt/UiNb...