PART 12

383 7 0
                                    

Dah 3 hari selepas pemergian Aunty nazurah. Rupanya ibu excident sebab dia mengantuk masa drive. Innalillah.

"Abang makan sikit. Abang dah berapa hari tak makan. Abang asyik makan roti je. Muka abang pun dah pucat." Aku menyuapkan dia sesudu nasi. Tapi dia hanya termenung. Muka dia semakin pucat . Risau pula aku.

Aku meletakkan pinggan ketepi. Aku mendekatkan kerusi yang aku duduk dengan dia.

"Abang. Setiap yang pergi takkan kembali. Setiap yang Allah ambik akan Allah kembalikan tetapi dalam bentuk yang lain. Abang tak happy ke tengok perut sayang ni?" Aku memegang perutku yang semakin membengkak.

Dia hanya senyum melihat gelagat aku. Yes aku berjaya buat dia senyum.

"Abang. Kita kena redha dengan pemergian ibu. Abang nak dia terseksa sebab abang tak redhakan dia ke?????" Aku membulatkan mata ku seperti mahu menakutkan dia. Bukan nak takutkan cuma nak gerukan sahaja.

Air mata dia mula mengalir lagi. Aku pantas mengesat air matanya." Abang. Jangan la nangis lagi. Kesian ibu. Kita doa yang baik baik je eh?" Kolam air mataku mula bergenang.

Azraie memeluk aku kuat. Aku terkejut. Aku menepuk nepuk belakangnya seperti memujuk anak kecil menangis. Walaupun aku tidak mendengar esakkannya. Tapi aku dapat rasa dia menangis. Kerana bahuku terasa basah tiba tiba.

"Sayang terima kasih ada dekat sisi abang. Abang dah tak de perempuan lain selain awak je sekarang ni." Dia bangun dan mengangkat tanganku lalu dikucupnya perlahan.

Kami berdua bertukar senyuman. Alhamdulillah dia dah mula gembira.

                               😶😶😶

"Abang. Sayang rasa nak makan kat kfry lah. Jom?" Aku mengajak azraie untuk pergi ke restaurant korea yang terletak 5 km dari rumahku.

"Sekarang ke?" Azraie bercakap sambil fokus menaip di laptop.

"Haah. Lapar." Aku memegang perutku yang kini mencecah umur 9 bulan 4 hari.

"Ha jomlah." Azraie mematikan laptop dihadapannya. Kami berdua bersiap.

Sepanjang perjalanan kami hanya berdiam diri.

"Yeay yeay dah sampai." Aku menjadi teruja apabila kereta azraie parking betul betul di hadapan restaurant tu.

"Hati hati." Azraie memegang tangan ku apabila kami menaiki tangga .

Aku memesan sedikit makanan korea yang aku tak pernah rasa seperti jjampong,jjangmeon dan tteobokki.

Semuanya sedap. Nikmat dapat makan makanan korea.

Usai makan azraie memandu pulang. Mukanya sangat letih. Tiba tiba perut aku rasa sakit.

"Abang. Perut sayang sakitlah. Arrrrrghhh" jeritan aku membuatkan azraie terkejut.

"Eh kenapa ni? Jomlah kita pergi hospital." Azraie pantas memandu kearah hospital berdekatan.

Belum sampai ke hospital air ketuban aku dah pecah. Ini membuatkan azraie semakin risau.

"Jap sayang. Tahan." Dia memegang tanganku .

Setelah sampai aku diusung menggunakan wheel chair yang ada ke wad bersalin.

Aku sedang manahan sakit. Sakit yang amat seperti ntah. Tak dapat aku gambarkan dengan kata kata.

Azraie hanya memegang tanganku kuat.

"Ok puan saya kira sampai 3 puan push okay. 1...2...3..push" aku meneran sekuatnya.

"Okay puan sikit lagi." Aku dah lemah. Aku tak mampu berbuat apa apa.

"Puan jangan lemah puan. Teruskan lagi." Aku dah tak tahan sakit plus penat.

"Sayang. Sikit je lagi. Tahan okay?" Azraie memberi aku kata semangat.

Tiba tiba aku rasa sesuatu seperti digunting.

"Okay last. 1... 2... 3.... push" aku meneran untuk kedua kalinya sekuat  hati.

Bunyi bayi menangis memecahkan suasana riuh tadi.

"Alhamdulillah sayang. "Azraie mencium dahiku. Aku terlalu penat lalu aku terlelap.

                          😰😰😰

Aku membuka mata . Aku nampak azraie memegang bayi. Sungguh tampan apabila  dia mendukung bayi itu.

Azraie datang menghampiri aku. "Sayang . comel anak perempuan kita ni." Aku hanya tersenyum menahan sakit jahitan tadi.

"Abang omma pegang anak siapa tu?" Aku melirik pandanganku pada susuk tubuh omma yang membelakangi aku.

Omma datang pada kami. Mungkin dia dengar perbualan kami tadi.

"This is your son Fadilah." Mataku terbuntang besar selepas omma menghalakan bayi lelaki itu pada aku.

"Ha?! Kembar ke???" Aku seperti mahu pitam tapi aku gembira sangat. Anak kembar anjayyy.

"Ya sayang anak kembar. Lelaki perempuan pulak tu. Rezeki." Azraie meletakkan anak perempuanku di tangan kiri manakala omma meletakkan anak lelakiku di tangan kanan.

Aku mencium dahi kedua dua anak kembarku. Aku menangis. Menangis gembira .

Harini aku dah boleh check out.
Haih gembiranya dapat balik. Tapi aku balik rumah omma sebab kat rumah aku mana ada orang nak jaga aku. Azraie pastinya kerja.

                              😣😣😣

Aku duduk melunjur diatas katil sambil ditemani kembar. Aku mengambil selfie dan menghantar kepada azraie yang sedang mengajar mungkin. Lantaklah pandai lah dia baca nanti.

Aku meletakkan telefonku ketepi. Aku mendukung YAYA IRDINA FARISYA. Lalu aku menyuapkan susu padanya.

Selepas di sendawakan kali ini giliran AHMAD MUHAIMIN SUFIAN pula. Mereka berdua kenyang.

"Haih." Aku mengeluh berat. Sudah beberapa hari Azraie selalu balik lewat. Banyak ke kerja dia?

"Abang. Nanti dah besar jaga yaya baik baik tau." Aku mencuiy pipi muhaimin. Tembam betul mereka berdua ni.

"Yaya dah besar jadi adik yang baik ya." Aku mencubit lembut hidung yaya. Mereka berdua hanya membuat bunyi 'ngekk'(sis harap korg paham).

Pintu bilikku dikuak besar. Terlihat omma memasuki bilikku dengan membawa sedulang makanan orang pantang.

"Wow. Sedapnya singgang. Thanks omma." Aku menghidu bau singgang ikan kapak itu. Harum. Aku menghirup sedikit deki sedikit kuah itu. Sedap.

"Omma kenapa azraie akhir akhir ni asyik balik lambat je?" Aku memberhentikan hirupan aku.

"Fad  mungkin dia ada kerja kena buat dan siapkan dengan cepat." Omma cuba menenangkanku.

Aku hanya mengeluh berat. Tiba tiba pintu bilikku dikuak lagi. Terlihat azraie sedang melangkah masuk bilik.

"Eh omma ada keja kat dapo tu belom siap. Omma keluar dulu ya."omma memegang pipi sikembarkecil sebelum berlalu pergi.

"Lambat abang balik?" Aku menghirup kuah sunggang yang belum habis tadi

"Meetinglah." Ringkas azraie sambil menanggalkan tie di lehernya.

"Hari hari meeting?" Mungkin soalanku buat dia marah.

"Awak saya penat." Dia mencapai tuala lalu berjalan menuju ke dalam bilik air.

Aku hanya membuat muka monyok.
"Sayang kenapalah dengan ayah awak tu. Haih." Aku mengusap lembut pipi putera dan puteri aku yang sedang beradu.

                            💪💪💪

Kenapa azraie asyik bizy akhir akhir ni??

"IKUT AKU"Where stories live. Discover now