AIMAN ZARUL... Siapa Dia??

18 0 0
                                    

Tittle : AIMAN ZARUL SIAPA DIA?
Colab By : Ferra Richard / Eyka Kiewie / Vivian Terra
Publish Date : 1.11.2017 14.24
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle
Page :
Wattpad :

Part : 1 (imaginasi semata2...)

Seperti yang dijanjikan, tepat jam 8 malam Aiman tiba di kediaman agam milik keluarga Nabila Izreen. Aiman terpesona melihat kecantikan Nabila yang indah memakai gaun malam berwarna merah menyala. Menyerlahkan lagi kecantikan semulajadinya. Berbanding si Aiman yang berkaca mata bulat besar, berpakaian kemeja dengan butang sampai ke leher. Seluar .... Ah.... betul - betul tidak sepadan. Aiman seperti seorang nerd. Walaupun begitu penampilannya, tidak mengoyahkan rasa cinta Nabila terhadapnya. Nabila tertawan dengan sikapnya yang sopan santun dan berbudi bahasa. Sikap Aiman yang suka menolong orang benar - benar meletakkan Aiman di arasnya yang tersendiri.

Nabila masih teringat akan kenangan pertama pertemuan mereka, pertemuan yang membuatnya jatuh hati pada Aiman. Waktu itu, Nabila baru saja diragut bag tangannya, mujur Aiman melihat dan memberikan petolongan dengan menawarkan diri untuk menemani Nabila membuat laporan polis, juga menguruskan hal - hal yang yang berkenaan. Selesai semua itu, Aiman turut menghantar Nabila pulang ke rumahnya. Bermula dari situ lah hubungan mereka terjalin.

Ok back to the story..

"Wow dear... u look gorgeours," puji si Aiman sambil membukakan pintu kereta buatnya.

"U too, look hot," Nabila tak mahu kalah, turut memuji penampilan Aiman.

Aiman hanya tersenyum mendengarnya. Itulah Nabila. Tak pernah lekang dengan gelak tawa senda gurauannya. Sejam kemudian mereka tiba di tempat yang dituju. Berjalan beriringan menuju meja yang telah ditempah. Berdekatan dengan mereka ada sebuah keluarga sedang asyik menikmati juadah. Mata Aiman lekat memandang bebola mata anak kecil itu. Bagai ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

"Aiman... Aiman... what's wrong?" tanya si Nabila apabila melihat Aiman yang masih berdiri lagi.

Aiman tersedar, lalu menarik kerusinya dan duduk di hadapan Nabila. Waiter datang bertanyakan samada bersedia untuk menyajikan makanan. Aiman hanya menganggukkan kepalanya. Fikirannya masih terganggu. Perbualan Nabila tidak menarik minat Aiman pun. Seolah - olah Aiman sedang berada dalam dunianya yang tersendiri.

"Aiman... Aiman...."
"Kenapa dengan kamu ni? Kamu tak sihat ke?" Nabila bertanya lagi sambil menyentuh dahinya apabila melihat Aiman sedikitpun tidak menyentuh makanan yang telah dihidangkan di depannya.

Dengan pantas Aiman menepis kuat tangan Nabila. Sehingga membuatkan Nabila terkejut dengan tindakan kasar Aiman.

"Ah... sorry dear. Saya tak sengaja. Banyak hal yang bermain dalam fikiran ni."

Nabila cuba melemparkan satu senyuman yang agak terpaksa. Sesungguhnya dia masih lagi terkejut dengan tindakan Aiman itu. Tetapi Nabila cuba juga tuk berfikiran positif, mungkin juga benar dia banyak fikir. Dah lupakan semua. Namun saat tengah menikmati hidangan, sekali lagi mereka terkejut apabila mendengar tangisan anak kecil itu memenuhi segenap ruangan makan itu. Tangisannya bertambah nyaring apabila dipukul oleh ibunya hanya kerana menyebabkan gelas terjatuh dari meja. Dan berkecai di lantai.

Darah Aiman kembali berderau mendengar suara tangisan itu, ditambah lagi dengan kata - kata amarah dari kedua - dua orang tua itu. Mengingatkannya kembali akan hal yang telah berlaku padanya suatu ketika dahulu. Tangannya digenggam sekuat - kuatnya, berusaha untuk mengawal perasaannya. Nabila perasan melihat perubahan pada dirinya.

"Aiman, Aiman are u ok?"

Tanpa menghiraukan pertanyaan Nabila, Aiman pantas bangun dan bergegas berlari menuju 'wash room'. Di sana Aiman melihat pantulan dirinya pada cermin. Seolah - olah ada satu bayangan dirinya tengah mengejeknya....

"Ahahahhhhh...... kenapa kamu lari? Memang dasar penakut. Sebab itulah kamu sering jadi mangsa buli. Jadi mangsa pukul. Kerana kamu PENGECUT!!! PENAKUT!!!"

"Aaaahhhh...!!!! Kamu diammmmmm!!!! Aiman menjerit sambil tangannya mengugut rambutnya sekuat hati. Sampai ada beberapa helai yang tercabut....

"Ahahhhh...... itu saja yang kamu tahu. Menjerit menjerit... tapi kamu takut tuk lakukan... Kalau kamu takut, tak mengapa biar saja saya yang uruskan. Saya akan hancurkan sesiapa saja yang menyakitkan hati ini." Zarul muncul tatkala Aiman gagal mengawal perasaaannya.

"Go....!!!!!!" Aiman menjerit sambil melepaskan satu tumbukan pada cermin dinding. Menyebabkan cermin itu retak. Darah merah mengalir dari buku limanya.

Apabila munculnya Zarul, maka akan berlakulah segala macam hal kejahatan. Sehingga tak tercapai dek akal normal. Zarul mempunyai personality yang berbeza dari Aiman. Zarul seorang yang pandai bergaya, juga manis berkata - kata. Namun di sebalik kemanisan itu, tiada siapa tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Zarul membuka 2 butang paling atas kemeja nya, Style rambutnya diubah dan digayakan pacak. Cermin mata bulat dibuang ke dalam tong sampah. Manakala tangannya yang terluka, hanya dibalutnya dengan sapu tangannya. Setelah hampir berpuas hati dengan gayanya, barulah Zarul keluar dari 'wash room' itu. Dan terus berjalan dengan penuh gaya menuju ke keretanya.

"Tiittt...." Pintu kereta dibuka.

Zarul pantas duduk di hadapan. Zarul merawat dulu lukanya. Membalutnya kemas. Mujur 'first aid' sentiasa ada dalam keretanya. Sekali lagi dia cuba melihat cermin depannya. Memastikan penampilannya menarik. Cermin mata hitam dalam dashboard dipakainya, melengkapkan lagi penampilannya. Watak Zarul ini agak OCD (obsessive compulsive disorder). Selepas membetulkan barangan dalam kereta, Zarul mengambil tempat untuk bersiap sedia. Hatinya kuat menyatakan yang mereka akan melalui jalan itu.

Sementara Nabila yang dari tadi masih menunggu di meja makan, akhirnya memutuskan untuk beredar saja. Nabila membawa bersama hp milik Aiman yang tertinggal sewaktu Aiman tergesa - gesa untuk pergi ke 'wash room'. Hati Nabila agak kecewa dengan sikap Aiman yang menghilang tanpa kata. Selesai urusan pembayaran, Nabila terus pergi tanpa menoleh lagi ke belakang. sedaya upaya dia menahan rasa hati, agar tidak tumpah mengalir ke pipinya.

Di luar restaurant, Nabila menunggu dan cuba menahan teksi untuk pulang. Tak lama menunggu, sebuah teksi tiba di depannya. Nabila terus memberitahu tempat dan setelah driver teksi bersetuju, Nabila terus masuk ke dalamnya. Sewaktu baru keluar dari perkarangan restaurant itu, Nabila melihat sebuah kereta meluncur laju melintasi teksinya sehingga membuatkan driver teksi berhenti mengejut. Kereta yang laju itu terus merempuh 1 keluarga yang turut sama makan bersebelahan dengan mereka tadi.

Bukkkkkk!!!!!!! Bunyi perlanggaran itu. Kereta yang melanggar itu pantas berlalu pergi meninggalkan keluarga malang itu terbaring di tengah jalan. Keadaan waktu itu agak lengang. Driver teksi dan Nabila berhenti untuk memberi pertolongan. Apa yang mengganggu fikiran Nabila adalah kereta yang melanggar itu seolah - olah dia kenal...

"Tak mungkin...." Bisik hatinya.

Malamnya Nabila sukar sekali untuk melelapkan matanya. Apa yang berlaku di restaurant benar - benar mengganggu fikirannya. Setiap kali dia cuba untuk melelapkan mata, setiap kali itu jugalah bayangan kemalangan itu berada di depan matanya. Dan gerangan si empunya kereta itu terusan menimbulkan keraguan buatnya.

Sementara di hujung jalan sana, terdapat sebuah banglo yang agak terpencil. Banglo peninggalan orang tuanya dahulu. Sekali - sekala beberapa orang datang ke rumah itu membersihkannya sebentar. Banglo itu memang tidak dibenarkan sesiapa datang untuk sesuka hati. Melainkan orang gajinya saja.

Melihat kesan darah merah yang terdapat pada keretanya, menimbulkan satu kepuasan buat dirinya. Puas apabila dendamnya terlaksana. Puas apabila orang yang dia benci telah dihapuskan.

"Hahahahaaaaa....... Hahahaaahaaahaaaa.....!!! hahaaahaahahahaaa.....!!!!" ketawa tanda satu kepuasan. Kepuasan yang tak terhingga.

"Mampus kau... mampussss!!!!"

#Part sy Dh selesai... next part jeng2 tunggu ya dri 2 org si cantik manis ...

tamat Part 1
To be continue...
#AIMANZARULSIAPADIA??

AIMAN ZARUL.... Siapa Dia???Where stories live. Discover now