AIMAN ZARUL... Siapa Dia??

8 0 0
                                    

Tittle : AIMAN ZARUL SIAPA DIA?
Colab By : Ferra Richard / Eyka Kiewie / Vivian Terra
Publish Date : 9.11.2017 1524
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle

Part : 7

     “Aaahhhh….!!!” Zarul mulai melempar apa saja yang ada di depan matanya.

     “Aiman, tolong bawa bertenang,” Nabila masih mencuba untuk memujuknya sambil air matanya mulai mengalir.

     Sayu hatinya melihat keadaan Aiman yang seperti itu. Dah bukan seperti Aiman yang dia kenal. Zarul yang mendengar suara seseorang menyebut nama aiman berpaling mencari gerangannya.

     “Bertenang Aiman. Bertenang. Bagi saya peluang tuk menolong Aiman atasi masalah ini,”

     “Ahh… !!! Jangan kamu panggil nama si pengecut itu. Pengecut yang tak berguna. Biar dia mampus di sana!!!” bentak Zarul.

     “’By the ways’ kamu siapa? Bagaimana kamu boleh berada kat sini? Tempat ni adalah sulit. Atuk kenapa bawa orang luar pergi sini? Atuk pun mahu khianati Zarul ya…” emosi Zarul semakin tak keruan.

     Perasaan amarahnya semakin menguasai dirinya. Disentapnya lengan atuknya dan dipulasnya ke belakang. lagak seorang polis yang sedang menangkap si penjahat. Atuk yang tua dan lemah, tak berdaya melawan, hanya mampu menjerit kesakitan apabila diperlakukan sedemikian rupa oleh cucu kesayangannya. Nabila melihatnya cuba untuk menolong melepaskan atuk.

     “Aiman plz jangan buat atuk begini. Lepaskan nya. Tolong Aiman… Lepaskan atuk…” Nabila merayu dalam tangisan.

     “Aahhh… seorang pengkhinat harus mati. Pantang bagi saya apabila kepercayaan dikhianati. Saya tak sebodoh budak hingusan tu. Senang nak diperkotak katikkan. Tidak sama sekali…”

     “Aiman… lepaskan atuk…”

     “Aiman … Aiman … Aiman… dah naik muak dah saya dengar nama tu. Kamu faham tak!!!”

     “Ya saya faham. Zarul lepaskan atuk. Bukan atuk yang bawa saya ke sini. Saya sendiri yang datang sebab nak jumpa dengan kamu.”

     Mendengarnya, Zarul melepaskan atuk. Zarul perlahan – lahan mendekati Nabila. Lagak gaya seorang playboy. Rambutnya dikemaskan hanya dengan menggunakan tangan. Semakin dia menghampiri Nabila, semakin Nabila cuba mengundurkan diri.

     “Well well well… look at she… So hot and so sexy…. Who is she??? Zarul mulai bermain mata dengan Nabila.

     Dalam hati Nabila terfikir apa yang akan Zarul lakukan padanya. Nabila semakin cemas melihat aksi Zarul apatah lagi tangan Zarul yang sudah hinggap di kedua – dua bahunya.

     “Aiman Zarul, jangan apa – apakan Nabila. Dia seorang yang baik. Dia hanya nak menolong kamu cu.” Atuk cuba mengawal keadaan.

     Sesungguhnya dia juga bimbang akan tindakan Zarul yang seterusnya. Sukar dijangka apa yang akan Zarul lakukan.

     “Kamu diam orang tua.”

     “Who are u?” Zarul bertanya lagi.

     Hati Zarul mulai terpikat melihat kecantikan Nabila. Tangannya merayap di muka Nabila kemudian merayap ke sekitar leher pula sehingga membuat Nabila merasa tak selesa. Nabila cuba menolak perlahan tangan Zarul. Dia berusaha untuk tidak membuat Zarul berada dalam keadaan marah. Bimbang keadaan tak terkawal nanti.

     Tak semena – mena Zarul terus mendukung Nabila pergi masuk ke dalam biliknya. Nabila yang terkejut dengan tindakannya, terus meronta – ronta meminta dilepaskan. Tiba di biliknya, Zarul menghempas Nabila di atas tilam empuknya. Pintu bilik dikuncinya. Atuk yang berada di luar, cuba untuk membuka pintu.

     “Cu, jangan apa –apakan Nabila. Tolong cu. Nabila hanya nak membantu kita saja,” ujar atuk.

     Hati tuanya mulai menyesal kerana tidak berusaha untuk merawat cucunya lebih awal lagi. Kalaulah dia bisa memutarkan waktu, pasti akan dia kembalikan waktu zaman kanak – kanak Aiman Zarul. Dia akan lindungi nasib anak kecil itu walau apa pun terjadi. Tapi sayang memutarkan masa itu adalah di luar kawalan kita. Siapalah kita hendak kembali ke masa lampau.

     Di dalam bilik, Zarul tidak mengendahkan rayuan atuknya. Zarul perlahan –lahan mendekati Nabila. Matanya melirik ke tubuh badan Nabila. Nafasnya mulai tidak keruan membuatkan Nabila semakin merasa takut. Sehingga Nabila berundur ke belakang dan tangnnya cuba menggapai apa saja dan terus memukul kepala Zarul.

     “Aduhh….” Zarul mengaduh kesakitan lantas memegang kepalanya.

     Nabila mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri namun belum sempat dia mencapai tombol pintu, kakinya dapat ditangkap oleh Zarul dan…

     Arghhhhhhh!!!” jeritan Nabila membuatkan atuk yang berada di luar pintu terkejut…

tamat Part 7
To be continue…
#AIMANZARULSIAPADIA??

AIMAN ZARUL.... Siapa Dia???Where stories live. Discover now