AIMAN ZARUL.... SiapaDia??

3 0 0
                                    

Tittle : AIMAN ZARUL SIAPA DIA?
Colab By : Ferra Richard / Eyka Kiewie/ Vivian Terra
Publish Date : 6.11.2017. 10.57
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle

Part : 4

     “Na…Nabila…,jemput duduk. Kenapa awal sangat sampai rumah ni? Something wrong?”Aiman cuba bertanya bagi menutup rasa gugupnya.

     “Awak ni dah kenapa Aiman? Kenapa dari semalam saya call langsung tak berangkat. Msg pun tak reply. Petang semalam saya datang rumah pun awak tiada. Where have u been?”

     “Hmm… saya tak pergi mana – mana.”

     “Aiman, kenapa sejak kebelakangan ni perangai awak lain? Awak ada masalah ke? Aiman bagitahu kat saya, mana tahu saya dapat tolong. Jangan rahsiakan apa – apa dari saya plz…”

    Aiman terharu mendengarnya. Itu yang membuatkan hatinya bertambah sayang pada Nabila. Hal yang berlaku di kamarnya, tidak lagi dia ingat.

      “Aiman, awak dah tak sayang kat saya lagi ke? Ke awak dah bosan dengan hubungan kita?” Nabila menduga hatinya sambil air matanya sudah bergenangan.

     “Kenapa awak cakap macam tu? Nabila, bagi saya awak adalah perempuan yang paling saya sayang. Say tak nak kehilangan awak. Saya juga tak nak awak pergi meninggalkan diri ini. Maafkan saya, kalau sepanjangan perhubungan kita ni, saya telah banyak menyakitkan hati awak. Sesugnguhnya semua itu di luar kemampuan saya. dan saya lakukan tanpa saya sedar.”

     “Benar Aiman? Saya pun tak nak kehilangan cinta awak. Pada saya, awak adalah nyawa saya. Tanpa awak, hidup ini tak bermakna. Ibarat, malam yang gelap gelita tanpa diterangi oleh cahaya rembulan, tanpa dihiasi oleh bintang – bintang yang bekerdipan.”

     Sungguh hati Aiman tersentuh mendengarnya. Begitu juga pada dirinya. Segera Aiman merangkul Nabila. Meredakan tangisannya. Setelah tangisan reda, barulah Aiman melonggarkan pelukannya. Dan mengesat sisa – sisa air mata Nabila.

     “Aiman, bagaimana dengan janji kita petang ni? Jadi ke?” Nabila bertanya sebelum berangkat pulang.

     Aiman hanya menganggukkan kepalanya saja. Aiman masih ingat akan janji mereka hendak pergi ‘berdating’ petang nanti. Selepas kelibat kereta Nabila tidak kelihatan lagi, Aiman masuk semula ke dalam rumah. Aiman berjalan menuju ke dapurnya. Namun terkejut dia melihat seseorang berada di dapur.

     “Wow… so sweet… sayang betul awak dengan gf awak tu. Cantik orangnya. Patutpun awak sayang.”

     “Oii… kenapa awak masih ada kat sini? Kenapa belum keluar lagi?”

     “Wowowowo… ‘relax’ bro. ‘Relax’. Bawa bertenang. Saya akan keluar tapi dengan syarat….”

     Bulat mata Aiman mendengarnya. Antara geram dan sakit hati melihat olah si perempuan entah dari mana datangnya itu. Tiba – tiba berada di sebelahnya pagi tadi.

     “Syarat, saya nak wang RM50000. Kalau tak saya akan bagitahu gf awak apa yang telah berlaku pada kita semalam. Nak? Siap ada video lagi ni.” kata perempuan itu, mengugut sambil ketawa terbahak – bahak.

     Padanya, kemenangan telah berpihak padanya. Selama ini rancangannya tak pernah gagal. Dan kali ini pun dia merasakan yang lelaki baru dikenalinya semalam itu senang untuk dikuasainya. Tanpa segan silu perempuan itu membuka pintu peti sejuk dan mengambil buah epal di dalamnya. Tanpa mencuci lalu digigitnya.

     “Rm50000 banyak tu. Awak ni kenapa? Saya tak kenal pun awak. Baik awak keluar dari rumah saya sebelum saya panggil polis.”

     “Panggil lah. Nanti saya terus tunjukkan video kita sedang berasmara. Biar satu dunia tahu. Dan nanti gf awak pun akan tinggalkan awak. Ahahakkkkkkk…..”

     Hati Aiman mulai terbakar mendengarnya. Memang pantang dirinya diperlakukan seperti itu.

     “Ahhhaaaaaaaa….!!!!” Aiman menjerit sekuat hatinya.

     “Sial kau perempuan. Nah ini makan kau!!!” ujar Zarul sambil melemparkan pasu bunga tepat mengenai dahi perempuan itu.

     Belum sempat lagi perempuan itu mengelak, nah.. darah merah mengalir sudah. Kepalanya pening. Sempat lagi dia meraba kepalanya yang berdarah, sebelum jatuh pengsan dan sekali lagi kepalanya terhantuk di sinki.

     Apabila dia tersedar, sungguh dia terkejut melihat keadaan sekelilingnya menyeramkan. Dengan cahaya lampu yang agak malap. Perempuan itu cuba untuk bangkit, namum gagal kerana tangannya telah berikat pada bangku. Perempuan itu memerhatikan keadaan sekeliling. Perabot peralatan tersusun kemas. Menarik. Tapi yang membuatkan seram apabila melihat banyak botol besar tersusun di rak. Isi dalamnya….

     “Tempat apa ni?” bisik hatinya.

     “Siiikkk…sssikkkk…” kedengaran seperti orang sedang mengasah parang.

     Membuatkan debaran di hati perempuan itu semakin hebat. Dan bertambah – tambah lagi kuat debaran di dadanya apabila melihat lelaki berpakaian serba hitam itu menghampirinya dengan sebilah parang yang berkilauan matanya.

     “Oii… lepaskan saya.” perempuan itu merayu sambil menangis ketakutan.

     Namun begitu rayuanya itu tidak diendahkan oleh Zarul. Zarul menghampirinya sambil melemparkan satu senyuman sinis. Sambil lagaknya seperti seorang yang agak kurang siuman. Tersenyum membelek – belek parang yang barusan diasahnya itu.

     “Lepaskan saya.. plz… saya janji takkan kacau kamu. Dan duit itu tak payah kamu bayar.” Perempuan itu cuba nasib lagi, merayu – rayu.
  
      Zarul tunduk menghampirinya kemudian mencengkam tepat di wajah perempuan iu. Melihat tangisan perempuan itu baginya itulah satu kepuasan.

     “AHAHAHAHAAAAA…!!!!”

tamat Part 4
To be continue…
#AIMANZARULSIAPADIA??

AIMAN ZARUL.... Siapa Dia???Where stories live. Discover now