AIMAN ZARUL... Siapa Dia??

8 0 0
                                    

Tittle : AIMAN ZARUL SIAPA DIA?
Colab By : Ferra Richard / Eyka Kiewie / Vivian Terra
Publish Date : 29/1/2018
Cover : Imelda Peter
Cover Resources : Goggle

Part : FINAL

Aiman masih lagi bingung apabila melihat wajah lelaki itu… Dia tak percaya dengan lelaki yang mirip mukanya itu.

“Hey!!! Awak siapa sebenarnya? Kenapa awak ketawakan saya?”

“Ahaaahaaahaa…!!! Awak dah lupa ke? Saya adalah awak dan awak adalah saya. Awak tak sedar ke apa yang awak lakukan sebelum ni? Yang awak adalah PEMBUNUH!!!” jawab lelaki yang mirip wajahnya itu sambil mengejeknya.

“Saya bukan PEMBUNUH!!! Dan saya tak pernah membunuh!!!” bentak Aiman sambil berkali – kali tangannya menghentak steering.

“Ahahaaaaa…. Aaahhaahaaa….. Aiman Zarul pembunuh.. Aiman Zarul pembunuh…. Aiman…”

“DIAAAMMMM!!!!” sekali lagi Aiman Zarul menjerit dan secara tiba – tiba dia menghentikan kenderaannya secara mengejut.

Belum sempat Aiman berbuat apa – apa, tiba – tiba kenderaannya dilanggar dengan kuat dari belakang. Tindakan Aiman yang menghentikan kenderaannya secara mengejut membuatkan pemandu yang mengekorinya dari belakang tak sempat mengelak lalu merempuh kenderaannya. Kereta yang dipandunya terlantun ke tepi jalan sebelum jatuh bergolek berkali – kali ke lembah.

Bayangan Nabila dan datuknya menjelma berkali – kali di anak matanya sambil melemparkan satu senyuman buatnya.

“Naabiilaa…. Daatuukkk…” Aiman memanggil sebelum matanya perlahan – lahan tertutup rapat.

2 minggu kemudian….

Kesihatan Fahmie semakin pulih. Fahmie dikawal rapi oleh pihak polis kerana hanya dia satu – satunya saksi yang ada bagi menyelesaikan beberapa kes kematian. Sementara Nadia yang masih dilanjutkan tahanan remannya, sentiasa berdoa dan berharap agar semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Tepat pada hari perbicaraan kes Nadia, Fahmie hadir sebegai saksi. Sungguh Nadia terkejut. Kerana dia menyangka yang Fahmie sudah pun meninggal dunia. Dan dia juga tidak menyangka dengan keterangan Fahmie jugalah yang telah membebaskannya dari sebarang tuduhan. Sungguh Nadia berterima kasih terhadap Fahmie. Dan pada hari Nadia dibebaskan, Insp. Shafika memberikannya sedikit nasihat.

“Nadia, hidup ini bukan hanya untuk hari ini saja. Jadikan semua ini sebagai pengajaran. Bertindak jangan mengikut perasaan. Sentiasa berani mencuba untuk merubah diri ke arah kebaikan. Sekali silap, tak bererti selamanya silap. Belajar dari kesilapan. Dan saya tak nak tengok muka awak di sini lagi. ok… janji dengan saya, yang awak akan menjadi orang baik – baik. Remember that… “

Nadia hanya tersenyum mendengarnya sambil dalam hatinya berfikir tentang masa depannya. Kemanakah langkahnya akan dihayunkan selepas ini? Siapakah yang akan sudi menerima insan hina sepertinya?

Belum sempat Nadia berfikir dengan lebih lanjut lagi, kedengaran namanya dipanggil.

“Miss Nadia…”

Nadia menoleh ke belakang, mencari gerangan yang memanggil namanya. Tak lain tak bukan, Dr. Fahmie. Nadia hanya mengetahui yang Fahmie seorang doktor sewaktu perbicaraan kes sebentar tadi. Kelihatan Fahmie masih terhenjut – henjut berjalan.

“Miss Nadia…”

“Ya Dr.”

“Tak payah panggil saya Dr., panggil je nama Fahmie. Sebenarnya saya hendak membawa awak jumpa seseorang.”

Nadia mengerutkan dahi dan lantas mengekori langkah Dr. Fahmie.

Dr. Fahmie membawa Nadia pergi ke unit rawatan rapi dan dari luar pintu kaca itu Nadia melihat sekujur tubuh yang sedang baring dan hanya dibantu oleh tiub pernafasan utk bernafas. Nadia tidak mengenalinya sama sekali akibat wajahnya berbalut bahkan tangan dan kakinya juga berbalut..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 12, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AIMAN ZARUL.... Siapa Dia???Where stories live. Discover now