Bab 13

1.2K 28 2
                                    

Pulang sahaja dari rehabilitasi. Faqih sudah tidur kepenatan akibat penat berenang di kolam. Pertama kali melihat dengan mata sendiri, jiwa Dalila terusik. Dia nampak Faqih seronok. Dia nampak Faqih kuat untuk belajar. Dan dia juga dapat lihat pesakit lain yang menghidapi penyakit seperti Faqih. Mereka berjuang untuk hidup.

Fayyad di sebelah tenang memandu. Sesekali mengerling ke arah Dalila yang diam.

"Diam aje," tegur Fayyad pada Dalila yang asyik merenung Faqih yang sudah terlelap di atas ribaannya.

Sama seperti tadi, tiada respons daripada Dalila.

"Ada yang tak kena ke?" Diberanikan diri untuk mengelus tangan milik Dalila. Tak kena gaya, ada pelempang singgah di pipinya nanti.

"Nothing."

"I'm not a mind reader, Lila. Jadi, kalau Lila tak cakap, boleh jadi abang akan salah faham kalau abang sekadar membaca bahasa tubuh Lila." Ini yang ramai perempuan silap. Mereka ingin bahasa bisu mereka difahami. Tahu tak lelaki ni kemain kerah otak nak baca bahasa tubuh sebab kebiasaannya, yang mereka teka jauh ke laut.

"Sejak takdir temukan kita, hari saya tak lagi sama," luah Dalila jujur.

"Memanglah. Hari ini hari Isnin. Esok Selasa. Lusa Rabu sampailah..." Belum pun habis ayatnya, telinganya telah ditarik.

"Auw... Sakit Lila. Sakit." Sudahlah ditarik, dipulas pula tu. Dia ingat telinga aku ni buah pulasan gamaknya.

"Padan muka. Orang serius, dia main-main."

Sebenarnya sengaja diusik Dalila yang nampak tegang itu.

"Sometime, the worst place you can be is in your own head. Jadi, jangan terpengaruh sangat dengan apa yang membingit dalam fikiran Lila tu. Kadang-kadang, dia pandai memanipulasi."

"I just want it all to end. I have had enough."

"Me too."

Fayyad tersenyum sendiri. Apa yang best pasal hari ini ialah dia tak perlu bergaduh dengan Dalila. Rasa hidupnya nyaman yang tak mampu digambarkan. Ketenangan yang sudah lama pudar dalam hidupnya.

"Fayyad, awak cakap yang keluarga saya meninggal sebab kebakaran, kan? Kebakaran rumah ke?" Tiba-tiba Dalila lontar soalan yang melencong jauh dari perbualan.

Kali ini Fayyad terdiam. Kalau dia jawab bukan rumah, adakah Dalila akan meninggalkan mereka berdua dan kembali tinggal di KL?

"Haah." Nampaknya, dia kena masukkan duit dalam tabung dosa miliknya. Maafkan saya Dalila kerana terpaksa menipu.

"Habislah rumah tu. Sedihnya..." Banyak kenangan dia dari kecil di rumah itu.

"Macam mana saya sorang aje yang selamat?" Baru sekarang dia terdetik untuk bertanya. Lewat beberapa hari ini, dia banyak diselubungi kemarahan.

"Sebab, awak ada kat rumah sewa waktu tu."

"Oh..."

"Satu lagi, pasal kes yang saya kena tangkap dekat Paradigm Mall tu, apa yang dah jadi sebenarnya?" Kali ini berubah muka Fayyad. Soalan yang tidak diduga olehnya.

"Saya ke yang bersalah?" Takut-takut Dalila menantikan jawapan.

"Taklah. Bukan Lila. Semua tu salah faham aje," tipu Fayyad lagi. Biarlah. Sudah lebih lima tahun perkara itu berlalu. Dia pun sudah tidak mahu ingat dan rasanya, Dalila pun tak perlu tahu kebenarannya.

"Oh... Leganya. Jadi, salah siapa? Raif?"

"Entahlah. Abang pun tak pasti sebab abang kerja part-time aje kat situ," dalih Fayyad cuma mengalih perhatian Dalila.

SEPARUH TAKDIRKU ADA KAMUTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang