Sudut Pandang 2 (POV 2)

62 14 4
                                    

Disediakan oleh NilKuhaku


SUDUT PANDANG 2 / POV 2

          Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nil telah ditugaskan untuk menulis nota mengenai POV 2, jadi tanpa menggunakan banyak aksara, kita mulakan.

          POV 2, adalah akronim bagi bahasa Inggeris, 'second point of view'. Diterjemahkan kepada bahasa Malaysia; sudut pandang kedua.

          Nil beri bayangan ya. POV 2 ini bagai bercerita pada orang yang lupa ingatan. Hanya kau dan dia, berdua, duduk berteleku dengan lutut menghadap lutut, lalu kau bercerita pada beliau. Terus-terang POV 2 kalau penulis genre thriller, pemutar minda dan sebagainya guna dan garap sebaiknya, memang mampu menusuk minda.

          Bagaimana untuk menulis dalam POV 2? Senang. Gantikan kata nama 'aku' kepada 'kau'.

Contoh.

Aku berlari ke kedai - POV 1
Kau berlari ke kedai - POV 2

Aku terpaksa menipu dia - POV 1
Kau terpaksa menipu dia - POV 2

          Begitu sahajalah melalui fahaman cetek Nil ini. Namun hati-hati, Nil pernah cuba menulis dengan POV 2 ini dan hasilnya agak meleret. Mungkin kerana Nil tak mahir bermain perasaan pembaca bila guna 'kau'.

          Nil jarang jumpa POV 2, kecuali dalam novel-novel Inggeris. Mungkin struktur bahasa Inggeris itu lebih mudah untuk bercerita dalam POV 2, atau mungkin sahaja sebab Nil jarang baca novel bahasa Malaysia. Nil tak mampu bagi contoh, kecuali satu karya Nil. Nil selitkan sedutannya ya. Kalau kalian pernah jumpa karya POV 2, beritahulah.

Contoh seperti dibawah,

...hari itu, kau lihat pelajar kelas Wafiey menukar pakaian ke persalinan baju sukan. Oh, mungkin ada kelas PJK pagi ini. Lagi pun akhir tahun sudah menjelang, buku teks sudah dikembalikan. Bukan mereka ada apa-apa aktiviti pun.

Setakat ini, pelajar lelaki kelas Wafiey okay. Apa yang kau maksudkan dengan okay adalah mereka sekurang-kurangnya tidak membuli Wafiey. Namun Wafiey kelihatan terasing; dia banyak berjalan keseorangan. Pelajar perempuan pun jarang bertegur sapa dengan Wafiey. Tapi baguslah. Dari dia dibuli.

Sewaktu kau sibuk menolong mengangkat anak-anak pokok bunga untuk di tanam di Taman Botani sekolah, kau ternampak Wafiey di seberang padang, dengan pakaian baju sukannya –  berjalan keseorangan. Dia menunduk. Rakan-rakan sekelasnya sedang seronok bermain bola sepak. Wafiey menghampiri barisan pepohon beringin yang rendang. Kau nampak Wafiey duduk, memeluk lutut.

Kau memicingkan mata, mengelap peluh yang berjejeran di dahi. Kau tidak hirau. Banyak lagi kerja mahu dibuat. Lantas, kau mengambil anak-anak pokok itu, di tanam di batas yang sudah sedia pekebun sekolah itu gali. Saja kau mahu menolong. Apa salahnya.

Siap satu batas, kau bangun, mahu mengambil anak-anak pokok bunga kertas pula.

Dan kau dengar, suara jerit pekik seakan sedang bergaduh.

Kau berpaling. Ke arah Wafiey.

Sah!

Wafiey sedang diterajang. Dibelasah. Ditumbuk ganas. Sekumpulan pelajar berbaju sekolah mengelilinginya dengan lagak samseng. Wafiey cuma terbaring mengerekot, menutup kepalanya dengan kedua belah tangan.'

Begitulah.

Aduh, Nil sendiri tak pandai mengajar ini. Apa-apa kita belajar sama-sama ya.

*jika ada seberang persoalan boleh kemukakan diruang komen. Terima kasih.


#senangnyamenulis.

BENGKEL G2C Vol 2 : 2019 (VERSI MASTERMIND)Where stories live. Discover now