Disediakan oleh Tun Indah.
Sudut Pandang Campuran
Untuk teknik ini, penulis menggabungkan dua jenis sudut campuran dalam tulisan mereka.Antara ramuan campuran yang paling popular adalah sudut pandang 1 watak utama dengan sudut pandang 3 serba tahu.
Namun begitu ada juga yang menggunakan ramuan lain seperti Sudut pandang 2 dan sudut pandang 1 watak sampingan dan lain-lain.
Teknik ini jarang sekali digunakan tetapi saya pernah jumpa beberapa penulis menggunakan teknik ini.
Kelebihan teknik ini adalah jalan cerita jadi lebih sempurna kerana mempunyai sudut pandang yang pelbagai.
Kelemahan teknik ini mungkin akan mengelirukan pembaca dan kemungkinan pembaca akan bosan kerana jalan cerita yang berubah-ubah. Mereka yang menggunakan teknik ini perlu lebih peka dan bijak memilih tempat yang sesuai untuk bertukar sudut pandang.
Bagi saya, tidak kira sudut pandang mana pilihan anda asalkan ia tidak mengganggu fokus dan mood pembaca.
Penulis juga kenalah rajin membuat eksperimen kepada penulis mereka dengan pelbagaikan sudut pandang dalam penulisan.
Sehingga itu, kita jumpa lagi dalam nota yang seterusnya.
Senangkan menulis?
Ya, #senangnyamenulis.
YOU ARE READING
BENGKEL G2C Vol 2 : 2019 (VERSI MASTERMIND)
Non-FictionJom belajar menulis secara santai di sini. Nota semua hasil dari jemari lembut team member G2C sendiri. Jangan bandingkan nota mereka ni dengan penulis profesional. Nota mereka itu sekadar yang mereka faham. Kita sama bantu membantu untuk jadi lebih...