Bab 1 - Sudut Pandang

66 17 0
                                    

Sudut Pandang.

Maksud mudah bagi sudut pandang ataupun point of view (pov) adalah cara atau teknik penyampaian sesebuah cerita yang digunakan penulis.

Lazimnya, sudut pandang (pov) ada 4 cara (mengikut carian saya),

1 - POV 1
2 - POV 2
3 - POV 3
4 - POV Campuran

Penting ke sudut pandang ini?
Jawapannya YA. Pemilihan sudut pandang yang tepat mampu memberi impak besar kepada pembaca. Bukan sekadar pemilihan, malah teknik olahan yang betul juga akan menarik minat pembaca untuk meneruskan bacaan sehingga ke noktah terakhir cerita anda.

Sudut pandang adalah satu cara untuk membuat jalan cerita lebih menarik dan jika kena pada gayanya, seorang penulis boleh membawa pembacanya memasuki ruangan imaginasi yang mereka hidangkan dengan mudah.

Pembaca akan lebih memahami jalan cerita dan menjiwai 'rasa' yang ingin disampaikan oleh penulis.

Biasanya, pembaca akan berasa gembira apabila mereka dapat menjiwai cerita yang mereka baca. Seolah-olah mereka sendiri yang sedang mengalami apa yang ditulis oleh penulis.

Kesannya, anda akan lihat pembaca yang gembira itu nanti akan terus menjadi pembaca tegar kepada kesemua buku-buku anda.

Kerana itu, pemilihan sudut pandang yang tepat sangat penting bagi sesebuah penulisan.

Mari kita belajar tentang sudut pandang atau point of view ini. Semoga bermanfaat.

Slide untuk teruskan pembacaan...

#senangnyamenulis

BENGKEL G2C Vol 2 : 2019 (VERSI MASTERMIND)Where stories live. Discover now