Dihalau

2.3K 30 0
                                    


                Duit yg ada hanya RM3000 lebih sahaja, lama dia menyimpan. Setiap hari adalah hari berjimat walau hidup di sebuah banglo yg boleh tahan besarnya. Orang kata kalau hidup kat umah mcm nih mestilah anak org kaya. Tapi itu kata mereka lah, walhal Ariry hari2 sejak dia kecil hanyalah di layan mcm sampah shj, macam org luar yg semestinya bukan darah daging warga banglo besar ini.

               Setelah Engku Aiman berkahwin lain setelah kematian isteri pertamanya. Hidup Ariry berubah sekelip mata  walau masa itu beliau baru shj berumur 6 thn. Isteri kedua Engku Aiman , Pn Fiona adalah spt ibu tiri kejam yg mana korang tgk kat TV, perangai buruk hina lengkap segala lah, dia mmg mcm itu. Pabila berkahwin dgn Engku Aiman, subur pulak Pn Fiona tuh, elok aje melahirkan adik tiri Ariry seramai 3 orang. Walhal arwah isteri pertama Engku Aiman tiada zuriat, yg ada anak angkat yg bernama Ariry ni lah.

              Maka anda taulah macam mana darjat Ariry di mata mereka seharusnya mcm sampah & spt anak buangan. Sesuai dgn status Ariry sbg anak punggut shj. Ariry dibenci hari2 oleh mereka tanpa ada sekelumit perasaan syg pun. Walau Engku Aiman sgt baik dgn Ariry tetapi hidup Ariry tetap tak aman selagi mak tirinya itu wujud kat rumah nih. 

             Malang bertambah lagi, bila mana Engku Aiman meninggal kerana penyakit misteri. Hampir seminggu beliau terlantar di hospital dan meninggal selepas itu. Ariry menanggis semahunya kerna org yg dia bergantung harap telah pergi buat selamanya. 



" Woi sampah! bukak pintu!Mak aku panggil kat bawah tu!"Terkejut ariry dgn panggilan tiba2 Indra adik tiri pertamanya. Anak biadap ini sejak hidup di muka bumi tak pernah sopan dgn Ariry. Harap muka je jambu tetapi perangainya spt seekor harimau muda yg sentiasa bengis.

               Setelah turun ke bawah, Ariry berdiri sepi mengadap ibu tirinya dan menunggu apa shj arahan. Biasalah buat kerja rumah, cuci itu ini walau dah ada 2 org org gaji kat umah ini. Ariry hari ini offday. Cuti pun sehari je maka dia lebih senang lepak kat bilik je buat hal sendiri walau selalunya tetap di buat kuli oleh mereka berempat, cuti tetap tak macam cuti.Kalau kebetulan hari Ariry cuti tu mereka semua keluar, maka selamatlah Ariry.  

              '' Dah lama aku simpan hasrat nih, tapi hari ini aku realisasikan utk kau! Indra tlg bgtau"Kata Ibu tiri Fiona dgn muka maha bengis dia tu. '' Kami semua nk kau keluar dari umah nih!!'' Jelas lantang aku dgr suara Indra tu. 

                Tak sangka, ingat akan dapat layanan buruk aje yg mungkinnya sampai bila-bila. Tapi alih2 Ariry dihalau pula. Hancur luluh hati dengar. Mak Ina, org gaji yg sudah lama kat banglo ini yg tak sengaja terdengar tengkingan Indra terkejut dgn sikap tanpa peri kemanusiaan mereka itu terhadap Ariry, sanggup menghalau Ariry keluar dr banglo yg selama hampir  20 tahun dia di besarkan. 

                Hancur luluh hati Ariry, apalah nasib malang menimpanya. Tak sangka sampai hati mereka buat begini padanya setelah baru sebulan lebih Engku Aiman meninggal. Mukanya yg sentiasa mendung bertambahlah mendungnya. Air mata hampir menitis.



                Itulah yg berlaku padanya. Dengan rasa berat hati, dia memandang sepi rumah itu dan mula melangkah pergi. Dengan hanya sebuah beg sandang Ariry pergi, hatinya kosong, jiwanya hiba. Kenangan hampir 20 tahun hidup dibanglo ini akan disemat kukuh.

              Ariry mula ligat berfikir manalah dia mau pergi, kawan pun tiada, kalau ada pun rakan sekerja yg dia tak bercampur sgt. Dalam kepalanya dia mau minta tlg siapa? nak menumpang tidur kat mana? Kenapalah nasibnya begini.....


Ariry & the sunWhere stories live. Discover now