Tempat Berteduh

1.7K 22 0
                                        


                   Hari nih macam biasa, Ariry menuju ke tempat kerja, dah tiga hari beliau menginap kat hotel murah sebagai tempat berteduh. Dia sebenarnya risau lama kelamaan nanti perbelanjaan meningkat pula. Simpanan dah la tak banyak, apatah lagi telah dibuang oleh keluarga angkat nya tu. Limit buat Ariry hanya tiga hari shj berada di hotel, budgetnya setakat itu shj. Kalau tiada bilik sewa juga dijumpai, maka bergeladangan lah dia.

                  Pening kepala memikirkan masa depan sendiri, cuma syukur nasib baik dia mempunyai kerja untuk menampung diri, kalau tak,tak taulah nasib diri. Engku Aiman pernah menawarkan kerja di company beliau tetapi Ariry menolak, apatah lagi mendapat bantahan keras dari Pn Fiona. 

                 '' Abang gila nak suruh bdk tuh kerja kat company abg, dahla belajar separuh jalan, benak plak tu, mau lingkup company abg!'' Keras bunyi suara dari Pn Fiona pada Engku Aiman suatu ketika dahulu. Engku Aiman hanya mampu menggeleng kepala shj mendengar bebelan keras dari isterinya. Padanya menyuruh Ariry bekerja di companynya bukan terus menjadi bos tetapi belajar dari bawah dahulu. 

                  Mungkin betul kata ibu tiri gila tu, Ariry tak layak bekerja kat company ayahnya. Ariry mana ada kelulusan, belajar pun separuh jalan. Entah kenapa dia benak sgt nk hadam ilmu-ilmu study tu, pening katanya, akhirnya Ariry give up separuh perjalanan dari kos nya. 

                 Padahnya Ariry macam merempat mencari kerja selepas itu, tetapi bernasib baik apabila ayah Ariry meminta bantuan rakannya untuk dia  bekerja di sebuah restoran di tengah bandar KL. Walau bekerja sebagai pelayan restoran biasa tetapi dia sangat senang bekerja di situ. Ariry telah buat yg terbaik, sudah setahun lebih dia bekerja di situ dan akhirnya dia ditawarkan sbg pembantu chef apabila bakat memasak Ariry dapat di kesan oleh kawan ayahnya.



                 '' Ariry kamu dah dapat bilik sewa belum? '' Chef Botak menegur Ariry yg tengah tekun membuat sup cendawan. Ariry menggeleng lemah  mukanya mendung memikirkan bertapa susahnya mencari bilik sewa berdekatan. Kalau boleh Ariry taknak la menyewa terlalu jauh dari tempatnya bekerja walau pengangkutan awam tu mudah apatah lagi MRT LRT monorel berdekatan tetapi dia mahu membuat saving sebaik mungkin. 

                  Ramai yg dah tahu Ariry dihalau dari rumah besar itu. Tetapi dia tidak peduli dan menganggap itu dugaan hidup. '' Saya ada sebuah rumah teres tak jauh dari sini, penyewanya baru shj blah dari rumah tu pagi tadi sbb tak mampu nk bayar sewa. Dah tiga bulan tertunggak, so saya halau la'' kata Chef Botak jelas

                " Serius chef!'' Ariry tetiba excited, bercahaya tetiba. Bukan senang nk melihat Ariry senyum gembira begitu, selalunya dia pendiam shj. '' Tetapi sewanya RM800 lah sebulan? Kamu mampu ke? '' Kata Chef dgn senyum kambingnya . 

                Mahal kata Ariry, gajinya bukanlah tggi mana pun. Hampir separuh gaji Ariry tu . Tetapi Chef tetiba bagi diskaun kepadanya RM500 shj , katanya sbb Ariry pembantunnya. Dari dia bagi sewa pada org tak dikenali yg suka mengotorkan rumahnya tu, baik dia bagi sewa pada orang yg dia dh kenal. Lagipun rumahnya dah habis bayar maka takde la ralat sgt untuknnya.

              Ariry bersetuju serta merta, fikirnya esok esok kalau nak berjimat dia boleh mencari housemate baru dan berkongsi bayaran sewa, lagilah save katanya dalam hati. Chef Botak menganguk tanda setuju tetapi katanya kalau dia nk mencari sorang lagi housemate maka sewa nya akan dinaikkan ke RM800 ratus. ''Pulak dah....'' Ariry menepuk dahi dan chef botak tergelak comel.

Ariry nih sebenarnya sangat baik orangnya, semua perkerja di restoran itu senang bekerja dgnnya. Walaupun dia pendiam yg amat tetapi jika diajak bersembang respon comelnya tetap ada. Ada satu kelebihan Ariry yg jarang Ariry tunjuk iaitu senyuman dia. Senyuman dia itu mampu merubah sesiapa yg mendekatinya. Walaupun dirinya muram,mendung & pendiam yg amat tetapi kecomelannya tetap ada jika di amati betul2.

Ariry berketinggian 165cm, berkulit agak putih bermata agak kuyu & berambut pendek. Orangnya kelihatan spt comot & bersepah sikit ketrampilannya tetapi jika diamati betul2 wajahnya sedap dipandang & jika tersenyum mampu menyinari sesiapa yg berdekatan dgnnya.



Syukur akhirnya Ariry dapat menyewa di rumah milik Chef Botak, walaupun masa mula2 tiba di rumah tu mcm tongkang pecah di dalamnya,apatah lagi ada bau semacam ketika mula memasuki rumah tu, tetapi dia tetap bersyukur akhirnya dia telah  dapat sebuah tempat untuknya berteduh & merehatkan diri. 

Rumahnya tidakla berapa besar tetapi ada 2 bilik & satu bilik air. Cukup ok utk Ariry sorang menetap di sini. Dalam kepalanya ketika ini banyak menda yg harus dia uruskan, dari menyental sehinggalah mencuci rumah yg berdaki ini. Amanat Chef Botak, jagalah rumah itu sebaik-baiknya...dan haritu juga dia telah mendapat kunci.




Coming soon....kewujudan watak Izam


Ariry & the sunWhere stories live. Discover now