Bab 6

20 2 2
                                    

Azmi rasa dirinya bagai berada diawan awangan. Dan rasa semua gelap. Terus badannya jatuh ke tanah. Dan darah yang keluar dari hidung keluar dengan laju

"Ehh Azmi bangunlah, Azmi bangun la"kejutkan Fatrah melihat Azmi pengsan dan cuba untuk menyedarkan Azmi namun gagal.

"Ehh kenapa tu"tanya seseorang rupanya Atiq dan Helmi

"Helmi, Atiq tolong dia please tolong dia pengsan"rengik Fatrah
"Ok ok janganlah panik Fat, kau kan benci lek arr"sinis Atiqullah

"Arr tolong lah"marah Fatrah

"Fat, Fat apa buat kat sini"tanya serentak Zayani dan Arifah

"Uzmaaa"jerit Fatrah dan berlari ke arah Uzma dan terus memeluk Uzma, terus Fatrah menangis

"Kenapa nie"tanya Uzma sambil mengosok gosok belakang Fatrah

"Az..az.. Azmi pengsan aku tak boleh tengok dia macam tu"jawab Fatrah

Ketiga-tiga sahabatnya memandang pelik dan memikir adakah sahabatnya itu mempunyai perasaaan pelik terhadap Mamat serabai itu

"Kau ni dh kenapa wehhh.. Bukan ke kau tak suke dia tu?? Kenapa kau nk menggelabah semacam hah?? Caring sgt kite.. Biar je dia tu situ, tak pon amik air simbah atas muke klu risau sgt...."kata Arifah

"Yang kau nak marah dia apesal"tanya Uzma

"Taklah pelik tetiba jer jadi gelabah tak tentu pasal"jawab Arifah

"Aku risau selama nie dia tak pernah sakit, walaupun aku benci dia aku kenal perangai dia aku tahu dia macam mane"jawab Fatrah dalam esakannya

"Ehh kau kenal dia... "Tanya Zayani dengan penuh pelik

"Sebenarnya, keluarga aku kenal keluarga dia tapi dia tak ingat yang keluarga aku dan aku kenal dia"terang Fatrah

"What?!!!"tersentak ketiga tiga sahabatnya

"Ok aku citer"kata Fatrah

Flashblack
9tahun lalu..........

"Aku janji dengan kau aku akan always dengan kau"kata Azmi

"Betul nie"

"Betul"

Dua hari selepas itu.....

"Mi, kenapa kakak pergi rumah MakCik Sha takde orang, Azmi pon takde, Abg Sham dengan Abg Wan pon takde jugak, diorang pergi mana Mi"tanya Fatrah dengan curiga

"Diorang dah pindah ke Kedah kakak. Semalam MakCik Sha datang rumah masa tu kakak pergi pekan dengan PakNgah"jawab Puan Aslinani

"Apa, Ummi tipu, Azmi dah janji dia takkan tinggalkan kakak, dia akan always dengan kakak, kenapa tetiba pulak diorang pindah"kata Fatrah dan air mata yang tertadah dalam kolam matanya akhirnya jatuh jua

"Ummi tak tipu sayang, PakCik Ahmad kena transfer kerja di Syarikat Mega Holding di Kedah sayang,"pujuk Puan Aslinani

"Azmi tipu, Azmi tipu kakak, kakak benci Azmi"jerit Fatrah dalam esakannya

Umminya cuba menenangkannya namun gagal. Fatrah terus masuk ke dalam biliknya dan teringat kata kata Azmi yang terngiang-ngiang dalam fikirannya

"Kenapa kau tipu aku Mi, sanggup kau tinggalkan aku, kau kata kau always akan ada dengan aku"tangis Fatrah sambil melembar semua bantal miliknya ke dinding

Seminggu Fatrah demam panas dan hilang selera untuk makan. Berat badannya turun secara mendadak dan semua orang yang rapat dengannya terkejut dengan berubah Fatrah yang menjadi kurus secara tiba tiba

He Is My EnemyWhere stories live. Discover now