"Zayani, Arifah bangun dah sampai ni!"Husna mengejut sahabatnya yang terlena dibuai mimpi.
"Hmm, sudah sampai ke? Baru tengah mimpi putera kayangan tadi"Zayani mengosok gosok mata apabila suara Husna membingitkan telinganya
"Okay semua cepat berkumpul !"Cikgu Adnan kepada pelajar pelajarnya supaya berkumpul
"Baik cikgu"Semua pelajar pelajar berpusu pusu membuat barisan dan mendengar taklimat daripada Cikgu Adnan
"Okay semua kamu semua dah ada kumpulan betul, sekarang kamu boleh mendirikan khemah dan dekat tali tu dah ada nama kumpulan"Cikgu Adnan menerangkan kepada pelajar pelajarnya
"Sekarang kita ada di dalam kawasan hutan jadi jaga diri kamu dari segi kesihatan, keselamatan dan adab duduk dalam hutan jangan buat perangai"sunyi sepi pelajar pelajar mendengar Cikgu Adnan memberi taklimat
"Dan barang barang penting sila simpan baik baik"Terang Cikgu Adnan lagi
"Boleh semua?"Cikgu Adnan menyoal kepada pelajar pelajarnya.
"Boleh cikgu"Semua pelajar pelajarnya menjawab
"Sekarang kamu boleh pasang khemah kumpulan kamu semua"Kata Cikgu Adnan
Pelajar berpusu pusu ke tapak perkhemahan untuk mendirikan khemah mengikut nama pada rentangan tali
"Ehh kumpulan kita dekat sana"Sakinah menuding jari menunjuk tapak perkhemahan untuk kumpulan mereka
"Dah jom, pasang khemah!"Husna menjerit kecil
"Uzma, Sakinah, Aku. Tidur satu khemah tau. Korang tidurlah satu khemah"Husna berkata lagi seperti dia pula yang menjadi ketua.
"Baik boss"Mereka menyindir Husna
Usai memasang khemah, mereka semua mengemas kawasan tapak perkhemahan mereka. Dan Fatrah menyedari Azmi sedang memerhatikannya.
"Hish kalau tak perhatikan aku tak boleh ke? Serabut la kalau nak buat kerja orang perhati. Takde kerja nak buat ke duk perhati orang jer. Aku cucuk mata dengan sudu garfu baru tahu"gomel Fatrah dalam hati
"Woi Fat kau fikir apa sampai aku panggil pun tak dengar"Arifah yang geram dengan Fatrah. Rasa bagai nak pecah suaranya menjerit memanggil nama sahabatnya itu.
"Ha, apa sorry sorry"Fatrah kembali ke dunia asalnya"Haish, kau ni lain kali nak usya pon sedarlah"Fatrah terkejut mendengar apa yang Arifah katakan sebentar tadi
"Usya siapa"Uzma yang sedang menyusun kayu ditepi khemah itu berhenti
"Azmi lah, siapa lagi kau bukan mamat tu!"Zayani menjerit sampaikan kumpulan Azmi memandang ke arah khemah mereka.
"Ehh diam lah mana ada aku usya dia lah"Fatrah terus mengejar Zayani.
Lari!!!!!!!!
Semua pelajar yang ada dekat memandang kami. Tak malu main kejar kejar umur dah 16 tahun tapi perangai macam 6 tahun
"Okay okay aku dah penat"Zayani menghelakan nafas
"Hahaha itu lah siapa suruh cari pasal"Fatrah terus memeluk Zayani dari belakang dan mengeletek sahabatnya dipinggang tanpa menghiraukan orang melihat mereka."Arghh, sudah lah Fat, sorry sorry"Zayani memohon agar dilepaskan
"Padan muka"Fatrah melepaskan Zayani lalu mencubit pipi Zayani
********
"Fat, usya aku"Azmi memikirkan sama ada betul atau tidak yang Fatrah memerhatinya. Tiba tiba bibirnya tersenyum"Woi, senyum senyum"Helmi yang menyedari kawannya tersenyum sendiri, lalu dia melemparkan segumpal tali ke arah Azmi untuk menyedari kawannya kembali.
"Nakal kau kan, main lempar lempar pulak"
Kali ini mereka pula yang berkejar kejaran. Haish tak malu langsung
"Ehh sudah lah, tak malu orang tengok, kita ni lelaki"Daniel mencengkik pinggang melihat kawannya berkejar kejaran
"Okay semua, berkumpul sekarang!"Cikgu Adnan memanggil semua pelajar pelajarnya untuk berkumpul
Pelajar pelajar pergi ke arah Cikgu Adnan yang sedang menunggu
"Haa, cepat lenggang lenggok"Cikgu Adnan menjerit memanggil Sakinah dan Husna yang lambat
"Asal korang ni"Tanya Fatrah kepada dua orang kawannya itu
"Husna ni lah nak tukar tudung"Sakinah menolak bahu Husna
"Shu... Diam!"jergah Cikgu Adnan
"Okay sekarang kita mulakan aktiviti kita, sekarang kamu semua pergi makan dulu makan yang disediakan oleh pihak sekolah, lepastu kita mulakan aktiviti kita"Terang Cikgu Adnan
"Baik Cikgu"Semua pelajar menjawab
Semua pelajar pergi ke arah kotak yang berisi makanan dan Fatrah mengambil makanan dan haish jumpa pulak mamat nie. Ehh dah kenapa nie aku ke kanan dia ke kanan, aku ke kiri dia ke kiri. Ingat sweet ke?
"Eh, sorry lalu lah"Azmi memberikan aku laluan
"Thanks"Fatrah membalas dan Azmi hanya tersenyum dan beredar dari situ
Usai makan Fatrah dan sahabat sahabatnya berkumpul di tempat tadi. Geng Azmi pun sama berkumpul disitu jugek
"Fat, kau buat drama apa dekat situ"Arifah mengangkat kening sebelahnya yang seperti Ziana Zain
"Haa, drama apa"Fatrah memandang sahabatnya itu. Adakah sahabatnya nampak?
"Dia kanan, kau ke kanan. Dia ke kiri dia pon ke kiri"Arifah senyum sinis kepada Fatrah
Fatrah hanya diamkan diri malu lah katakan
Apabila semua pelajar sudah selesai makan, kawasan berkumpul tadinya lenggang sudah mulai penuh
"Okay semua, sudah kenyang?"tanya Cikgu Abdullah yang akan mengetuai aktiviti petang ini
"Kenyang"pelajar menjawab
"Okay sekarang kita mulakan aktiviti petang ini, petang aktiviti dia flying fox"
"Wow"sesetengah pelajar teruja"Okay mari kita gerak sekarang ke tempat flying fox"
Sampai sahaja di kawasan flying fox kami berjumpa dengan dua orang yang akan menguruskan flying fox kami
"Okay saya Abang Amran dan ini Abang Nadman. Okay yang lelaki buat 4 barisan dan yang perempuan buat 6 barisan, faham?"Coach flying box memberi arahan
"Faham!"laung pelajar pelajar
Semua pelajar membuat barisan yang diarahkan oleh coach flying fox
YOU ARE READING
He Is My Enemy
Romancekisah ini mencerita tentang kebencian Fatrah kepada Azmi "ehh aku benci diaaaaa"jerit Fatrah kepada zayani "mulut kau jer kata benci tapi hati kau sayang dan cintakan dia, kau tk boleh tipu hati kau lah Fat, sbb nanti kau yang merana"jelas zayani ke...