Bab 16

10 1 0
                                    

"Kakak turun makan jom"Puan Aslinani mengetuk pintu bilik anak sulungnya.

"Umi, kakak tak nak makan, tak ada selera lah Umi. Nanti kau kakak lapar kakak turunlah makan"Suara serak serak basah Fatrah berbunyi. Dia memang tiada selera nak makan.

"Betul ke ni kakak, ada apa apa yang berlaku ke?"

"Tak ada lah Umi"

"Oklah kalau macam tu Umi turun dulu"

Tiada sahutan daripada Fatrah membuat hati Puan Aslinani risau.

Kenapa dengan anak aku ni Ya Allah selamatkanlah anakku . Doa Puan Aslinani dalam hati

-

"Mi, mana kakak? "Tanya Hafizul

"Kakak tak ada selera"ringkas jawapan yang terkeluar dari mulut Puan Aslinani

Hafizul menggaru kepala yang tidak gatal itu.

"Nantilah Ateh pergi tengok kakak, takut pulak jadi apa apa"kata Hafizul

"Iyalah teh"

Faizana pura pura tidak menghiraukan tentang kakaknya. Dan mencedok nasi dan di letakkan di atas pinggan ahli keluarganya

"Hmm, Umi angah nak naik tengok kakak, nanti angah makan"selesai mencedok nasi Faizana meminta izin dengan uminya untuk melihat keadaan kakaknya

"Ikut kamu lah"

******
Fatrah menyembam muka ke atas bantal dan menangis lagi, hingga matanya sembab dan merah.

Tok, tok
"Kakak boleh angah masuk?"Faizana mengetuk pintu bilik kakaknya dan meminta izin.

Fatrah segera bangun dan memeluk lututnya dan menyembamkan mukanya.

"Bo..b..boleh,ma..masuklah"jawab Fatrah dalam esakkan

Faizan terus menmbuka pintu bilik kakaknya perlahan-lahan dan melihat kakaknya yang sedang memeluk lutut dan menyembam mukanya. Faizana terus mengunci bilik itu.

"Ya Allah, kakak kenapa ni?"terkejut Faizana melihat kakaknya menangis dan matanya merah.

Fatrah terus memeluk adiknya dan terus menangis lagi

"Kakak ceritalah kenapa ni?"

Fatrah mengesat airmatanya dan menceritakan segalanya kepadanya itu

-

Seorang pelayan menuju ke arah mereka dengan sebatang pen dan buku nota kecil.

"Ye,nak makan apa?"

"Berikan saya teh'o ais limau, nasi putih 3, tomyam dan ayam masak merah untuk 3 orang makan"

"Helmi, Atiq kau nak air apa?"

"Saya nak air sunquick ais"

"Saya pula bandung ais"

"Okay terima kasih, harap bersabar"

Mereka mengangguk dan menunggu pesanan mereka.

"Azmi,aku tanya sikit boleh?"

"Apa?"Azmi yang tengah bermain handphonenya mengangkat wajahnya dan memandang ke arah Atiqullah.

"Kau tak chat Fatrah ke? bro?"Azmi terkejut dengan persoalan yang diajukan oleh Atiqullah.

"Aku dah whatapps dia tapi tak balas pon"

"Bila kau hantar?"

"Tadi baru"

"Ouh okay"

Makanan dah sampai. Helmi yang leka bermain handphone sebentar tadi memberhentikan perlakuannya dan terus menarik pinggan yang berisi nasi putih. Air bandungnya di hirup dengan penuh ke segaran.

"Amboi kau, dahaga sangat nampak"sinis Atiq

"Yelah bro, tadi duk pusing satu mall tu lapar aku"jawab Helmi

"Dah lah makan jer"Azmi menyampuk.

Semua menikmati pesanan makanan dengan keenakkan, pedas gila tomyam..

Tengah syok syok makan Azmi terfikir kenapa Fatrah tidak membalas whatappsnya lagi. Sekali sekali Azmi menekan handphone Ziomi Xperia miliknya.

-

Whatapps masuk!! Whatapps masukkk!!

Ringtone chat masuk mengejutkan Fatrah dan Faizana. Faizana bangun dan mencapai handphone Huawei Nova milik kakaknya dan memberi kepada kakaknya.

Fatrah membuka aplikasi whatapps dan melihat Azmi menghantar satu pesanan buatnya.

Azmi:
Assalamualaikum Fatrah, kau sihat tak?. Kau dah makan ke?.

Fatrah menghembuskan nafas berat dan membiarkan sahaja mesej itu. Dia masih belum memaafkan Azmi walaupun dengan lipatan kertas itu ternyata segalanya tapi hati masih lagi tidak boleh menerimanya.

"Siapa kak?"Faizan memegang lutut kakaknya.

"Azmi"Fatrah melempar handphonenya ke atas katil yang dia dan Faizana tengah duduk sekarang.

"Kakak betul ke apa yang kakak buat ni? "Faizana bertanya kepada kakaknya

"Kakak masih dengan pendirian kakak"

Mereka berdiam diri. Faizana kesian melihat kakaknya. Dia tahu kakaknya amat merindui Azmi, tetapi hati kakaknya sudah terluka. Faizana amat kenal dengan perangai Azmi walaupun dahulu dia hanya suka berdiam diri di dalam rumah.

"Kakak jom makan nak?, lepastu kita main badminton okay?"Idea Faizana sudah datang.

"Iyelah jom"Fatrah bangun dari duduknya dan meninggalkan handphonenya, lalu terus turun ke bawah untuk makan bersama dengan adiknya itu.

************

"Bawa moto leklok"Azmi menasihati sahabat sahabatnya.

"Beres bro"Atiqullah dan Helmi melambai lambai ke arah Azmi

"Assalamualaikum, Azmi dah balik, ehh kenapa gelap?"Azmi pelik melihat rumah amat gelap. Dia membuka suis lampu dan

"Happy birthday!!!!!"jeritan itu mengejutkan Azmi lalu terduduk Azmi di lantai.

"Happy birthday to you
  Happy birthday to you
  Happy birthday to Azmi
  Happy birthday to you"Nyanyian itu membuatkan Azmi kaku. Azmi bangun lalu meniup lilin itu

"Terima kasih umi, bab, abang wan, abang sham dan Tok wan"Azni berterima kepada ahli keluarganya.

"Ni hadiah dari abang sham"

"Ni pula dari abang Wan"

"Ni dari umi"

"Tok wan buat pulut kuning je untuk Azmi"

Macam macam hadiah Azmi dapat dari keluarganya tetapi Baba senyap je.

"Baba ada sesuatu nak tunjuk sesuatu untuk Azmi"Encik Ahmad menarik tangan Azmi menuju ke luar rumah. Lalu ada sesuatu yang ditutup dengan kain.

"Tariklah"Azmi terus menarik kain itu apabila disuruh oleh Babanya. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat sebuah motor superbike yang ditutupi dengan kain itu tadi.

"Terima kasih Baba"Azmi memeluk Encik Ahmad dan belakang badannya digosok perlahan

"Sama sama, terima kasih juga sebab sekarang dah tak buat perangai lagi dekat sekolah"Azmi hanya tersenyum.

"Nah ni kunci"Encik Ahmad menghulurkan kunci motor itu kepada Azmi. Azmi menyambut huluran itu.


He Is My EnemyWhere stories live. Discover now