Manuskrip Novel Dewasa

695 58 34
                                    

Anda punya manuskrip yang kena dengan gaya penerbitan kami? Jangan usha je depan skrin handphone tu, hantarkan je pada Oddinary Book sekarang!

1) Penulis perlu emelkan kami sinopsis bersama 3 bab pertama untuk pernilaian awal pihak Oddinary Book kepada oddinarybook@gmail.com

2) Jumlah muka surat untuk 3 bab pertama adalah sekitar 10-20 muka surat

3) Untuk manuskrip penuh pula, jumlah muka surat hendaklah antara 300-600 muka surat (hantar bila 3 bab pertama diterima sahaja)

4) Manuskrip wajib di dalam format Microsoft Word, kertas bersaiz B5

5) Font Averia Serif (sila download di dafont.com jika tiada) saiz font 12 pt dan jarak 1.5 liner

6) Anda boleh menulis apa sahaja cerita yang anda suka seperti kisah seram, percintaan, kisah masyarakat, fantasi, thriller, komedi romantik, perkahwinan dan banyak lagi. Yang pastinya, jalan cerita mestilah mantap, mempunyai nilai-nilai pengajaran, bermesej, menarik dan bermoral.

7) Cerita yang berunsurkan 18sx, kinky, kehidupan seks yang melampau sama sekali tidak digalakkan; serta merta akan ditolak

8) Manuskrip hendaklah bergaya urban, tidak terlalu kaku, luar biasa dan manuskrip anda mestilah asli dan tidak diciplak atau diterjemahkan dari mana-mana novel dari bahasa lain

9) Cuba fikirkan jalan cerita yang menarik, ada unsur saspens/ tanda tanya, ada identiti sendiri serta lonjakan emosi yang boleh menarik pembaca untuk terus membaca. Yang pasti, elakkan persamaan jalan cerita dengan novel lain yang pernah anda baca.

10) Penggunaan bahasa korea (romanization) dan bahasa inggeris dibenarkan tetapi 30% sahaja walau bagaimanapun, perkara ini boleh berubah bergantung kepada kesesuaian jalan cerita manuskrip anda

11) Selang antara satu bab ke satu bab ialah LIMA kali enter

12) Selang antara satu perenggan baru (cerita atau latar baharu, tetapi masih dalam bab yang sama) ialah TIGA kali enter

13) Barisan panel Oddinary Book akan membuat penilaian dalam tempoh 1-3 minggu untuk 3 bab pertama yang dihantar

14) Sekiranya diluluskan, pihak Oddinary Book akan menghubungi anda untuk menghantar manuskrip penuh

15) WAJIB sertakan bersama maklumat diri seperti NAMA PENUH, NAMA PENA, ALAMAT SURAT MENYURAT, NO. KAD PENGENALAN, EMEL DAN NO TELEFON untuk memudahkan pihak kami berhubung dengan penulis semula (tulis dalam helaian pertama manuskrip anda) maklumat anda adalah SULIT & PERSENDIRIAN

16) Barisan panel Oddinary Book akan membuat penilaian semula manuskrip penuh tersebut dan keputusan samada diterima atau ditolak atau perlukan rombakan / penambahbaikan cerita akan diberitahu dalam masa kurang sebulan

17) Sekiranya tiada maklum balas diterima selepas sebulan, anda dinasihatkan untuk menghantar emel susulan ke oddinarybook@gmail.com untuk membuat semakan status manuskrip yang telah dihantar

18)Be confident like Kim Seokjin dan selamat menulis like a boss!

18)Be confident like Kim Seokjin dan selamat menulis like a boss!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pencarian Manuskrip Pertama!Where stories live. Discover now