Selepas mandi dan besihkan diri aku terus ke dapur untuk tolong makcik sediakan sarapan .. setelah sesesai tolong makcik masak .. makcik menyuruh aku tolong sediakan meja untuk hidangkan makanan . Setelah selesai hidangkan semua makanan makcik menyuruh aku untuk panggil pakcik makan . Aku ke ruang tamu panggil pakcik makan . Kami bertiga ke mejaa makan untuk menikmati sarapan yang sudah tersedia . Belum sempat aku suap nasi kedalam mulutku .. abg salman duduk di tepi aku . Aku terus mempelawanya makan .. aku bngun dan ambil pinggan letak di depan ang salman dan aku tolong cedokkan nasi kepadanya .. pakcik dan makcik hanya diam melihat gelagat aku dan abg salman .lagipun meraka dah cukup faham sbb aku memang rapat dengan abg salman .. setelah selesai makan aku menolong makcik mengemaskan meja .. pakcik dan abg salman dah lama tinggalkan meja makan .. "aikk kenapa abg salman xhabiskan makanan ni.? "Aku bersuaraa .. dan makcik menjawab "mungkin abg man kamu tu dah kenyang kot " .. mingkinlah fikirku .. lalu aku teruskan kemas meja makan ..
Selepas selesai kemaskan meja makan aku ke ruang tamu .. aku duduk di depan tv sambil bermain telefon .. tengah leka bermain telefon , abg man duduk di sebelahku .. untuk tidak kelihatan begitu biadap aku terus tutup telefon dan berbual dengan abg man ..
Banyak benda yang kami sembangkan .. termasuklah tujuan aku datang ke sini ..sikap abg man tak pernah berubah terhadap aku .. masih seperti dulu .. suka menyakat aku . Dengan sikap periangnya yang tidak pernah dapat aku lupakan .. dengan lawak-lawaknya itu ..
"Bang ? Abang dengan pakcik ke yang jaga rumah lama sara tu masa kami tiada ..?"
"Yelhaa siapa lagi kalau tak ayah tuh .. dia tidak boleh kalau rumah tuh kotor sedikit pun .. semak samun pun tak sempat nak berkampung kat rumah lama kamu tuh sara .. "kata abg man .
"Hahahha abg man ni ada-ada jelah .. "
"Eh sara, bila kamu nak ke rumah lama kamu tuh .. nah kuncinyaa .. sebelum masuk tuh kamu bagi salam dulu ya .." sempat lagi pakcik sani berpesan .
"Okay pakcik .. eah abg man jomlah hantar sara ke rumah tu .. tolong angkatkan beg-beg sara . Boleh kann .?"aku buat muka paling comel ..
"Sara ingat abg cair kalau sara buat muka macam tu .. tangan abg dah rasa gatal ni .. lama dah xmakan muka org ni .. hahah"
"Haiish apa lah abg ni "aku memukul manja tangan abg man .
Pakcik sani hanya memperhatikan kami berdua.Setibanya di rumah lama
Ya allah terubat rasanya rindu aku kat arwah walid setelah melihat rumah ini . Betul kata abg man rumah ni sama seperti dulu tiada yang berubah . Terima kasih kepada pakcik sani kerana menjaga rumah ini dengan baik .
Setelah mengangkat semua beg aku ke dalam rumah abg man meminta diri untuk pulang ke rumah .
"Okay .. terima kasih ye abg man sebab tolong sara hari ni "
"Sama-sama .. okaylah kalau sara perlukan apa-apa, sara call je abg kay ..abg pergi dulu . Baii"
Lepas abg man balik aku terus mengunci pintu dan bergerak ke bilik lama aku ..
"Haiish penat nya harini .. padahal abg man yang tolong angkat beg tadi , kenapa aku pula yang rasa penat ni " sara mengomel sendirian .
Beberapa minit kemudian sara terlelap .. entah berapa jam sara tidur bangun-bangun hari sudah gelap . Sara bangun dan pasang semua lampu dalam rumah .. sara kemaskan baju-bajunya .. letak dalam almari .. dan lepas tu sara mandi dan bersih kan diri ..selepas selesai mandi perut sara berasa lapar dan dia terus ke dapur untuk masak .
Tadi semasa dalam pejalanan ke sini sara sempat singgah di kedai runcit untuk beli barangan keperluan rumah .. untuk makan malam sara hanya masak meggi kari yang dibeli tadi ..
Selpas siap masak sara makan di ruang tamu sambil dia nak mulakan tulis novelnya . Sara membuka laptopnya .. sambil makan, sara terfikir kisah apa yang dia hendak tulis .? Hmm sara buntu .. "mungkin otak aku ni tak boleh berfikir dengan lancar bila perut lapar .. baikk aku makan dulu"fikirku .. laptop masih dibiarkan terbuka .. aku mencapai remote tv dan menonton tv sambil makan .. laptop sudah ditolak ketepi .
Selepas selesai makan, sara menutup laptop dan tv . Lepas tu sara masuk ke biliknya .
Keesokkan paginya
Sara bangun dari tidur dan mandi . Hari ni sara berhajat untuk bersiar siar di kampung .. dia ingin melihat suasana kampung yang sudah lama dia tinggalkan .. selepas mandi sara bersiap-siap untuk keluar . Dia berhajat untuk sarapan di gerai makcik senah . Sudah lama dia tidak makan nasi lemak sambal sotong yang dibuat oleh makcik senah ..
Sara menghidupkan enjin kereta dan menuju ke gerai makcik senah .. sampai je kat gerai makcik senah aku terus memesan nasi lemak sambal sotong yang aku idam-idamkan ..
"Macam biasa makcik,nasi lemak sambal sotong dan tea o ais ."
"Okay-okay"
Pelanggan makcik ramai juga pagi-pagi ni . Biasalah masakkan makcik senah memang terbaik .
Selepas makan aku berhajat untuk jalan-jalan ke tasik . Tempat aku selalu luangkan masa bersama walid .
Sesampainya aku disana aku begitu terkejut kerana keadaan tempat itu sangat lain . Tasik ni dulu ramai yang kunjungi . Tapi sekarang sunyi dan agak terbiar . Tiba- tiba aku rasa macam aku diperhati . Aku toleh ke belakang . Tapi tiada sesiapa . Aku mula rasa takut ."Aduh kenapa rasa tak sedap hati ni . Aku pun satu . Kenapalah aku datang sorang2 . Kenapa aku xajak abg man skali ." Aku berkata dalam hati .
Agar tidak terjadi apa-apa yang tidak diingini . Sebaiknya aku tinggalkan tempat ini . Baru sahaja aku hendak masuk ke dalam kereta aku ternampak satu kelibat orang yang sangat aku kenali .. dan yang lagi mengejutkan adalah ditangannya ada sebilah pisau yang dipenuhi darah .. hampir saja aku terduduk kerana terlalu takut dan terkejut . Tapi aku gagahkan saja kakiku ini .. aku terus masuk ke dalam kereta dan terus tinggalkan tempat itu . Aku sangat cemas ketika itu . Aku dapat rasakan bahawa tangan aku mengeletar saat itu . Dalam fikiran aku sekarang ini hayalah satu -bagaimana sekiranya dia ternampak aku dan dia terus terkam aku . Ya Allah , sungguh aku berasa takut saat ini .
Sesampainya aku dirumah, aku terus masuk ke dalam rumah dan kunci semua pintu . Aku takut sekiranya dia dapat mengecam aku tadi .
YOU ARE READING
TOTALLY CHANGED
RandomCerita panjang2 kat sini apa class kann .. Kalau nak tau citer ni best ke takk baca smpai habis tau .. I'll make sure korang takkan rugi punya .. Hope y gaiss enjoy it ..