Aku pulang dengan wajah sugul. "Mama Rika dah balik " jeritku pada Datin Manisah.
" Kenapa muka monyok jer ni Rika??" Soal mama.
" Rika ada masalah sikit tadi ma . Lepastu panas pulak itu yang Rika rimas sangat ni." Tipu sunat lah aku.
Kalau mama tahu aku bermusuh dengan Adib tu . Maknanya takdelah muka batak dia tu sebab kene belasah dengan mama. Almaklumlah aku ni anak kesayangan dia." Ooo... " Bulat mulut mama.
"Ma Rika naik dulu lah yer nak mandi melekit sangat dah ni" minta izinku.
" Hah yerlah malam nanti turun dinner sekali"arah mama.
" Baik ma" akurku
Aku melangkah menuju ke tangga dan naik ke bilik ku. Aku gantung beg aku di belakang pintu . Aku menghempaskan tubuh ku di atas katil.
"Letihnya..."
Rika teringat pada kejadian petang tadi. Hanya Sarina dan Zayani sahaja yang tahu kenapa aku tak suka sangat kat Adib tu.
Flashback
Aku menunggu Adib di bangku yang terletak di padang sekolah . Kami dah janji nak jumpa kat sini harini.
Aku dan dia dah menjalinkan hubungan selama 2 tahun . Aku sangat sayang pada dia . Sepanjang dua tahun itu masa ku banyak dihabiskan bersama Adib sahaja . Tapi...
Petang tu,
Aku dengar ada suara dibelakang bangunan lama di sekolah ku. Kaki aku tergerak ingin mendekati suara itu walaupun aku tahu itu salah. Semakin ku dekat , semakin kuat kedengaran suara itu.
"Adib awak cakap awak nak putus dengan Erika tu , ni tak masih dengan dia lagi. " Renget perempuan manja itu.
" Sabarlah awak nanti saya minta putuslah dengan dia , saya akan permainkan dia dulu baru saya putus dengan dia , alahh rilekss lah awak lagi cantik dari dia awak jangan risau dia tu taklah cantik mana."
Air mataku sedikit demi sedikit menitis di pipi. Hati aku sakit sangat masa ni . Aku tak kisah pasal dia cakap aku tak cantik tapi dia hanya nak permainkan aku. Ke napa aku bodoh sangat selama ni?? Aku dah tak boleh sabar dengan semua ni.
Aku menuju ke arah pasangan yang sangat sejoli itu dan aku ketuk kepala Adib dengan buku di tangan ku.
Dia mengaduh kesakitan . Tapi kisah apa aku asalkan ketidakpuas hati aku dapat dilunaskan.
Adib dan perempuan gedik tahap dah boleh jadi macam sotong tu tersangatlah terkejut.
"Awak buat apa kat sini Tasya??" Soal Adib sambil mengusap kepalanya yang diketuk oleh ku.
" Takde buat apa , cuma tertengok drama swasta rasa nak join pulak" sindir aku.
"Erika dengar dulu" Adib ingin menagih simpati
"Cukuplah Adib , aku dah dengar semuanya tadi . Kau tak payah jelaskan apa apa pun . Mulai hari ini jam ini minit ini saat ini dan detik ini kita PUTUS" ujar ku dengan suara tersekat sekat tahan tangis drpd keluar
Aku cepat cepat pergi dari situ . Tak sanggup aku tengok muka dia
End Flashback
Semejak haritu aku tak bercakap pun dengan mamat batak tu. Kalau jumpa aku akan lari .
No. Fon dia semua aku block dan blacklist kan dan semua laman sosial aku , aku tukar akaun baru.
Aku tahu selama ni dia upah orang untuk jelaskan hal tu dia kat aku , tapi aku sedikit pon tak layan dan tak mahu pon ambil tahu .
Aku tak boleh terima apa yang dia dah buat kat aku. Cukuplah sekali aku bodoh sebab cintakan dia. Selama ni Sarina dan Zayani cuba nasihatkan aku untuk berhati hati dengan Adib tapi aku tak pernah ambil peduli, aku menyesal sangat sebab tak pernah ikut cakap mereka.
Pada masa Husna mengelamun mengenangkan nasibnya yang boleh dikatakan buruk tu . Masuk satu notification whattsapp dari unknown number .
Aku mencapai phone aku dia atas meja sisi dan buka whattsapp
Unknown number .
Aslm Husna , aku ni Daniel kau macam mane dah okey k??Wslm . Dah okey , kenapa??
Daniel
Tadi tu siapa?? Budak sekolah kita k tak pernah nampak pon??Haishh bnyk tanye tul dia ni nasib crush
Tak dia tu ex boyfriend aku masa sekolah rendah . Kalau kau jumpa dia ignore jer dia buat cam tak pernah kenal.
Daniel
Ouhhhh..... Kau kena hati hati lepasni takut dia bertindak dengan berani jer nanti
Okeyyy . Daniel...
Daniel
Yer saya ...
Terima kasih untuk tadi .
Daniel
Sama-sama . Kita kan kawan mesti lah kene ada masa susah senangkan
Aku sedikit terasa dengan perkataan kawan tu . Aku anggap dia lebih kot.waaaaaa
Amende kau ni Husna , tu baik dia nak kawan dengan kau kalau taknak kawan merana lah kau
YOU ARE READING
Adakah Aku Dalangnya???
RomanceSelama tujuh tahun, Erika Natasya mencintai seorang jejaka yang tampan dan tersangatlah 'famous' dikalangan pelajar perempuan di sekolahnya . Selama dia bersekolah lelaki itulah kawannya , rujukan belajarnya dan lelaki itulah yang telah menyakitkan...