Batu Hikmat Falsafah Remaja

25 1 0
                                    

Belahan spektrum warna warni terpancar dari biasan cahaya putih dari medium berbeza,

Lain pula dibandingkan akar jati yang bersama memegang kukuh demi sebatang pohon,

Namun frasa ini bertentangan pula dari erti makna cinta yang subjektif lagi sukar didefinisikan dalam bicara, jikalau ditafsir maknanya pasti habis infiniti masa hanya kerana satu kata,

Magisnya cinta mampu menukar pedang yang pantas tunasnya menjadi tumpul bilasnya,
Lelaki gagah kasar bicara menjadi puitis menulis satu warkah cinta,

Cinta bukan biasa-biasa,
Batu hikmat falsafah remaja,
Ianya alkimia yang sempurna,

Sumber idea Mirzaxmahdi

42Where stories live. Discover now