LARIAN Zafran terhenti apabila telefonnya mengeluarkan bunyi 'beep' dan bergetar tanda mesej masuk.
Mesej yang ditunggu-tunggu.
'Assalamualaikum. Saya nak jumpa awak di kilang pukul 10 nanti' – Aina.
Zafran senyum lebar. Muncul pun. Dia menarik nafas dalam-dalam. Agar oksigen memenuhi ruang peparu. Ditahan seketika sebelum dihembus keluar perlahan.
'Waalaikummusalam. Saya baru selesai jogging di pantai. Datang sekarang di rumah api. Saya tunggu' - Zafran.
Aina menarik nafas dalam. Belum apa-apa sudah menyakitkan hati.
Tempoh tiga hari yang dipinta oleh walid telah berakhir. Usai subuh tadi walid memintanya memberi keputusan. Tak manis membiarkan orang ternanti- nanti.
"Walid dan umi tak paksa. Terima atau tolak, Aina buatlah keputusan sendiri. Ini untuk masa depan Aina. Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan Aina, dengan siapa pun Aina nikahi. Kami merestuinya." Teringat kata-kata Walid ketika mereka bertiga berada di ruang tamu setelah wakil keluarga Zafran berangkat pulang.
Fikiran Aina terimbas kembali apa yang berlaku tiga hari lepas.
"Tiba-tiba dia datang melamar, walid. Kenapa?" Soalnya pada walid dengan ragu-ragu.
"Entahlah. Walid pun tak pasti."
"Ini cincin tanda dari Zafran. Kata Mek Esah cincin itu milik ibu Zaharah." Umi Kalsom pula bersuara.
Aina memerhati tidak terkedip. Adakah cincin yang sama digunakan untuk melamar Sarah? Aina mengetap bibir.
"Macam mana walid? Patut ke Aina terima?" Cincin diletak kembali di meja.
"Walid minta tempoh tiga hari. Walid harap Aina gunalah masa tiga hari ini untuk beristikarah. Minta petunjuk dari Allah."
Aina mengangguk, itu sebaiknya.
Cepat tiga hari berlalu. Makin cepat juga degup jantungnya. Masih duduk di hadapan cermin.
"Kenapa tak pergi lagi? Tak baik buat orang ternanti." Suara Uminya muncul di muka pintu membawa dia ke alam realiti.
Aina memandang wajahnya di cermin buat akhir kalinya. Cuba menghilang rasa gugup dan resahnya.
"Nak geraklah ni." Perlahan Aina menjawab lemah. Dia memeluk lengan uminya, berjalan beriringan.
"Umi temanlah. Azam tak ada ni, pergi sekolah." Rengetan Aina dibalas dengan gelengan oleh Umi Kalsom.
"Kalau umi pergi siapa nak siapkan makan budak-budak ini nanti." Aina mengetap bibir. Dia tidak boleh pentingkan diri sendiri. Urusannya terpaksa dia selesaikan sendiri.
"Walid ke mana, umi?"
"Umi rasa sudah ke surau. Ada kelas pagi ini." Umi Kalsom menjawab lembut sambil memegang tangan anaknya.
Aina mengangguk lagi, hampa kerana tidak minta keizinan dari Ishak lebih awal.
Mereka berpimpinan jalan hingga ke kereta. Seperti tahu anaknya sedang berperang dengan perasaannya sendiri, Umi Kalsom memeluk anaknya seketika.
"Dah, jaga diri baik-baik. Walid dan umi percayakan kamu." Mengizinkan pemergian Aina.
Kereta kancil putih bergerak perlahan. Tidak seperti jantung Aina yang sedang berdegup laju. Ada tika dia mahu sahaja jantung itu berhenti berdegup kerana dia sudah penat melawan gementar dalam diri.
Sepanjang perjalanan Aina beristighfar dan berselawat. Mohon Allah permudahkan segala urusannya. Memohon keputusan yang diambil ini tepat setepat tepatnya.
YOU ARE READING
Kerana Dia Aina Isabelle
RomanceDisebabkan peristiwa yang menghantui hidupnya, Aina Isabelle terpaksa melupakan hasrat mencari ibu kandungnya. Zaharah, terlalu sayangkan Aina Isabelle, telah meletakkan gadis malang itu dalam keadaan serba salah. Dengan satu panggilan, semuanya be...