"My wife tak boleh tahu pasal ni, ok." Nada Zafran separuh berbisik.
Azman dan Adele senyum mengangguk. Tahu takut!
"Masuk."
"Maaf ganggu... Saya cuma nak hantar minuman." Aina muncul dengan menatang dulang air dan sepinggan kuih.
"Oh thank you, sayang. So sweet of you." Ucap Zafran spontan itu cukup membuatkan Aina sentap.
'Buang tabiat ke apa? Nak bersayang-sayang. Tak malu ke dengan Azman dan Adele.' Aina cuba mengawal diri dan ketar tangannya secepat mungkin meletakkan dulang itu di meja sisi. Terpaksa melayan lakonan Zafran.
"Puan Aina, actually masa menunggu di airport tadi saya ada beli hadiah untuk puan. Congrats on your marriage."Adele sudah tidak sabar hendak melihat reaksi pengantin baru. Sebuah kotak Victoria Secret berbentuk segi empat tepat diikat riben bertukar tangan.
"Oh... tak perlu susah, Adele." Aina senyum sipu. Hadiah pertama diterima sejak menjadi isteri Zafran.
"Hope you'll like it."
"And I have a present for you too, bro. Aku cakap awal-awal, bukan aku yang pilih. Adele yang pilih. Aku cuma bayar sahaja." Azman menghulurkan kotak yang hampir sama seperti di tangan Aina.
"Apa ni?"
"Bukalah." Azman tersengih sambil menggaru kepalanya sambil memandang ke arah Adele yang senyum lebar. Bersedia sahaja menerima hamburan dari sahabatnya.
Zafran dan Aina saling berpandangan. Mereka menarik reben serentak. Mata Aina bulat melihat isinya yang berwarna merah terang.
"Oh! My... my... pijama?" Zafran menayang baju tidur dari satin merah terang. Dia melihat Aina kelu dan terpinga-pinga ketika mengangkat isi dari dalam kotaknya.
"Lingerie? It's that too obvious, Adele!?" Zafran separuh menjerit sambil memandang Adele.
Jangankan Aina, mukanya juga terasa hangat melihat hadiah yang diterima oleh Aina. Muka Aina sudah seperti udang dipanggang. Malunya tidak tertahan. Cepat-cepat dia menutup kotak itu kembali.
"Hey... apa salahnya. Suami isteri kena ada fire injection, baru semangat nak ramp..." Adele sudah galak berekspresi.
"Thank you Adele and Man, we appreciate it. Too much appreciated. We will wear it when the right night is come. Betul tak, sayang?" Zafran cepat memangkah kata Adele sebelum pembantunya melalut lebih lagi.
Dalam masa yang sama mewakili Aina yang masih hilang kata. Kotak di tangan Aina diambilnya lalu disisih ke tepi. Aina akan terus menjadi patung cendana berona merah seperti baju tidur yang diterimanya jika dibiarkan sahaja.
"No problem. Glad you like it." Azman senyum lebar biarpun dia tahu reaksi pengantin baru akan terkulat-kulat menerima hadiah daripada mereka.
"Aaa.. Aina, apa kata kita bawa mereka pergi shopping sekejap lagi. Lambat-lambat nanti ramai orang pula. Lepas tu boleh terus hantar mereka ke hotel." Zafran mengubah topik. Aina teragak-agak hendak mengangguk.
"Emm... tentang hal tu, boleh kita cakap di luar sekejap?" Aina sedikit berbisik menunjukkan arah pintu. Mengajak keluar seketika. Zafran mengangguk menurut.
"Kenapa?" Sebaik mereka berada di luar bilik.
"Ibu nak Azman dan Adele bermalam di sini." Aina berbicara perlahan membuat Zafran termanggu seketika.
"I see... Ibu sengajalah ni. Okey..." Zafran mengusap dagu sambil mengangguk beberapa kali.
"Kalau macam tu suruh Mek Esah siapkan dua bilik atas. Adele boleh tidur di bilik Afni. Jangan guna bilik tamu di bawah." Zafran mengarah dan Aina membalas dengan anggukkan.
"Baiklah, saya turun dulu."
"Aina..." Zafran memanggil namanya. Langkah Aina terhenti, menoleh ke arah Zafran.
"Saya minta maaf pasal tadi. Adele dan Azman memang gila-gila." Zafran menggarukan kepala. Rasa bersalah pada Aina yang terpaksa menahan malu.
"Tak apa, saya okey. Maaflah saya belum biasa lagi dengan gurauan begitu." Aina membalas.
"Don't be. Saya janji selagi awak belum bersedia saya takkan paksa awak pakai baju tu." Zafran mengenyit mata pada Aina.
Cepat sahaja Aina melarikan lirikan matanya, sebelum mukanya merah kembali, telatahnya membuatkan Zafran ketawa kecil.
"Pergilah bersiap, kita bawa mereka keluar."
Dibalas dengan anggukan. Aina tidak menunggu lama, dia terus turun ke bawah mencari Mek Esah. Dalam masa yang sama dia menyediakan makanan untuk ibu mentuanya terlebih dahulu sebelum keluar.
Masih jelas di ruang mata warna merah baju tidur yang nipis, hadiah dari Adele. Tiba tiba meremang bulu romanya memikirkan dia memakai baju itu di hadapan Zafran pula. Terasa seperti penggoda. Penggoda suami sendiri. Aina menggeliang-geliut badannya mengenangkan saat itu.
***********
"Hoi! Kut ya pun breklah dulu. Kan simpang tu!" Azman menyergah menyebabkan tindakan spontan Zafran menekan brek mengejut. Hampir mereka hendak melanggar sebuah motosikal yang sedang melintasi mereka. Zafran mengangkat tangan pada pembonceng tanda maaf.
"Are you okay?" Zafran menoleh ke belakang. Melihat Aina. Badan Aina yang kecil menyebabkan dia meluru ke hadapan dan kepalanya terhantuk pada kerusi hadapan.
"I'm okay. Drive carefully. Tengok depan." Aina membetulkan duduknya.
Zafran tersengih memandang Adele kemudian pada Azman. Mereka berdua menggeleng kepala.
"Agak-agaklah nak menghendap isteri pun. Aku tukar tempat duduk nanti." Azman bengang mengugut. Lain benar lagak sahabatnya itu. Dengan isteri sendiri pun masih mahu curi-curi pandang.
"Sorry... I'm sorry..." Zafran kembali menekan pedal minyak, menggerakkan kereta.
Kali ini Aina hanya memandang ke luar tingkap. Dia cuba mengelak dari bertentang mata lagi.
Zafran juga lebih berwaspada. Sesekali dia tetap mencuri melihat Aina. Rona merah jelas kelihatan pada pipi dan hidung gadis itu. Mujur juga kedudukan kilang tidak jauh, aktiviti jeling menjeling cepat sahaja berakhir sebaik mereka tiba.
"Seronok ke curi pandang saya begitu? Bahaya tahu tak?" Aina berbisik sewaktu mereka tiba di kilang batik milik ibu Zafran. Mulut Zafran melebar senyum sampai ke telinga. Pintu kereta yang dibuka untuk Aina ditutup kembali.
"Saya pandang cermin belakang aje. Salah ke?" Zafran membalas tanpa rasa bersalah.
"Jap, jap... saya betulkan tudung awak. Senget ni." Zafran menyekat Aina dari melangkah. Dia memegang lengan Aina. Sebelah tangannya lagi menyentuh kepala Aina.
"Mana ada sengetlah. Saya dah baiki tadi." Aina cuba mengelak. Lengan Aina digenggam kemas oleh tangan Zafran yang besar.
"Shh.. shh.. stand still..." Arah Zafran bila Aina cuba mengelak kepalanya dari disentuh Zafran. Zafran mula mengambil kesempatan lagi. Seperti di lapangan terbang.
"Saya buat sendiri." Aina cuba melepaskan lengannya. Makin kuat Zafran memegang lengannya.
"Sekejaplah. Muncung ni ada senget sikit." Zafran merendahkan badannya agar aras matanya setentang dengan Aina.
Aina cuba menoleh ke lain tetapi tangan Zafran lebih dahulu memegang dagunya. Dia tidak dapat mengelak lagi. Mengeras apabila tangan Zafran mengusap pipinya lembut.
"Mata awak ni mahal betul..."
"Sudah-sudahlah lovey dovey, tahulah dah halal. Tak payah buat kat sini. " Laungan Azman menyelamat keadaan.
Aina bernafas lega. Cepat-cepat dia meloloskan diri apabila terasa genggaman Zafran mulai longgar. Laju derap langkahnya mengejar Adele.
"Kacau kau ni. Bagilah aku peluang." Zafran berdengus apabila berdiri di hadapan Azman. Matanya sengaja melekat pada Aina yang sibuk melayan karenah Adele.
YOU ARE READING
Kerana Dia Aina Isabelle
RomanceDisebabkan peristiwa yang menghantui hidupnya, Aina Isabelle terpaksa melupakan hasrat mencari ibu kandungnya. Zaharah, terlalu sayangkan Aina Isabelle, telah meletakkan gadis malang itu dalam keadaan serba salah. Dengan satu panggilan, semuanya be...