Teaser Bab 14

6.1K 328 11
                                    

ZAFRAN membaca nota tulisan tangan di atas lipatan baju yang disediakan untuknya di atas katil. Dia tersenyum.

Zaf, saya pergi kerja dulu. Saya balik tengah hari nanti. Maaf saya tak tunggu awak balik. Aina.

"Nice. Isteri keluar pergi kerja. Suami pula kerja di rumah." Zafran mengomel sambil mencapai tuala menuju ke bilik air.

Dia tahu kenapa isterinya tergesa-gesa ke kilang tanpa menunggunya pulang dari joging seperti selalu.

Insiden awal pagi tadi membuatkan dia tersenyum lebar. Gelagat mereka berdua melompat dari katil masih segar dari ingatan.

Tak sangka ibunya hebat mengatur rancangan. Tidak berjaya rancangan pertama agar mereka tidur berdua-duaan semasa kehadiran Azman dan Adele. Rancangan terbaru pula dibuat ibunya.

Malam itu, ketika lena, entah pukul berapa ibunya menyusup turun dari katil tanpa mereka sedari. Alarm jam yang kebiasaannya ditetapkan pada pukul 4.30 pagi diubah kepada pukul 6.00 pagi.

Apabila terjaga dari bunyi nyaring jam yang kuat, mereka sebantal dan dalam keadaan berpelukan. Terkejut dengan keadaan mereka yang rapat, masing-masing melompat turun dari katil.

Aina kalut memeriksa badannya sama ada berpakaian atau tidak. Zafran pula tergaru-garu kepala terpinga dengan apa yang berlaku. Melihat jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi.

Menyedari ketiadaan Zaharah dengan mereka, sekali lagi kalut mencari kelibat orang tua itu. Kelam kabut keluar dari bilik tidur yang tertutup rapat pintunya.

"Ada ni." Bersahaja Zaharah menyapa apabila melihat anak menantunya menggelabah.

Zaharah sedang membaca al-Quran di ruang tamu bersama Mek Esah.

Zafran dan Aina menghela nafas lega.

Zaharah tersenyum lebar melihat seorang sudah kemerahan muka dan seorang lagi cuping telinganya merah.

"Ibu..." Zafran bersuara lemah.

"What?" Jawab Zaharah bersahaja.

"Apa ibu cuba buat ni?" Zafran mengusap cuping telinganya duduk di sebelah ibu.

Aina pula terduduk di anak tangga lemah untuk berdiri. Termati kata.

"Tak salahkan?" Ibunya membalas sambil mengusap kepala Zafran yang serabai.

"Memanglah tak salah. Tapi tiba-tiba ibu tak ada, risaulah kami." Zafran melirih perlahan.

"Ibu tidur bilik sebelah je. Kamu berdua tidur buas sangat." Zaharah menjawab tanpa rasa bersalah. Menahan tawa.

"Eh eh ibu ni." Zafran mengerling ke arahnya.

"Dah dah... pergi solat Subuh. Nanti terlewat pula." Zaharah meningkah, sebelum panjang cerita.

Kerana Dia Aina Isabelle  Where stories live. Discover now