T u J u H b E l A s

79 8 3
                                    

Kringgg!

JooEun tersedar dari tidur yang lena. Dirinya agak teruja untuk mulakan Hari yang baru.

"JooEun, hari ni kamu pergi sekolah dengan Baekhyun Tau." Kata Chanyeol dari luar bilik.

"Nae." Balas JooEun. JooEun segera bersiap untuk ke sekolah. Nak pergi Jalan kaki dengan Daehwi dan Jibeom,Hari ni diorang tak pergi sekolah.

Skip

JooEun menunggu ketibaan kereta milik Baekhyun. Finally,muncul pun setelah 5 minit tunggu. JooEun memandang ke dalam kereta. Ada seorang perempuan yang agak cantik.

"Eun masuklah. Sorry Baek lambat."

"Takper. Benda dah jadi." Aku masuk kereta ketempat duduk belakang. Aku perhatikan perempuan ditempat depan itu melalui cermin belakang. Boleh tahan lawa.

"Eun. Yang ini Alice Kim. Kawan baik Baek."

"Hye unnie. Saya JooEun."

"I already knew you. Ex si Baekie ni kan? Dengar cerita,dah couple dengan orang lain. Laku jugak eh budak macam kau ni."

Aku tergamam. Huish,dia tahu lah pulak. Ni kes stalk aku lepastu jealous ker apa ni?

"Er..nae."

"Alice,janganlah cakap pasal benda tu dah."

"Haha,sorry. Unnie gurau jer tadi."

Ceh,kau nak gurau pun janganlah buat aku takut. Cara cakap macam berdendam dengan aku kut.

"JooEun,kau hebat."

"Eh,kenapa pulak?"

"Unnie tak pernah tengok Baekie broken teruk giler waktu kau reject dia first-first dulu."

"Siyes lah unnie."

"Yup. Dia nangis sampai hingus meleleh nak masuk hiding. Penat Tau unnie dengan Chanpang tu nak pujuk dia"

"Gediknya kau wahai manager."

"Diri sendiri gedik tak sedar diri."

"Perempuan gedik itu normal. Lelaki gedik bapak lah,kau Sanjut ker apa?Dahlah pakai eyeliner."

"Tak mainlah Sanjut ni. Aku baenjut"

"Kalau kau nak sangat jadi baenjut. Tak silap Hari bulan,baenjul terus kepala kau."

Aku ketawa. Padan muka Baekhyun. Senyap terus. Eh eh,dah sampai sekolah. Ni mesti kes Baekhyun pecut.

"Bye!" Aku terus turun dari kereta. Aku sempat melambai kearah mereka berdua. Alice unnie comel jugak. Mesti sweet bila couple dengan Baekhyun. Sedang aku tengah bahagia,aku dengar suara sumbang yang mencemarkan pagi hari aku.

"Girls,tengok JooEun tu. Dah jadi ex Baekhyun pun masih lagi nak menggedik dengan Baekhyun oppa."

"Mentang-mentang Baekhyun tu manager dia. Huh,dasar tak tahu malu."

"Girls,dengar cerita..Jungkook couple dengan dia."

"What?! Heh,kaki kikis. Baekhyun nak, Jungkook pun nak. Korang jaga boyfriend korang elok-elok. Bahaya tau."

"Kesian Rachel Kim. Hish, perempuan tu memang minta kena ajar. Tunang orang pun nak rampas."

Aku yang dengar dah menggelegak tahi telinga. Baru sahaja aku nak balas,aku ada dengar satu suara warning diorang. Uish, JooEun ada orang back up!

"Korang kalau tak tahu cerita sebenar,tak payahlah nak gosip bagai. Omma aku kata,buat tambah dosa jer fitnah orang. Pahala korang tu dah banyak sangat ker?"

💐|| Omma aku kata || J.J.K (H.I.A.T.U.S)Where stories live. Discover now