Bab 1

30 2 0
                                    

Bab 1 -
Pagi tu bukan pagi yang seperti selalu untuk aku sebab kebiasaannya pagi aku dipenuhi dengan kelas namun aku tak tahu apa mimpi pensyarah aku awal hari tak seperti selalu dia menghantar satu pesanan ringkas di group whatsapp iaitu :
     'kelas cancel'.
Maka berkecoh habis la group satu lagi keriangan sedang kan final berbaki beberapa bulan lagi.
  'Semalam Doktor mimpi apa?'  Fasha
  'Bole lena balik' Najim
  'Bukan untuk lena tapi gunakan masa ini     utk study bab yg telah tertinggal' tegur Doktor farih.
Setelah beberapa minit maka senyaplah group ini setelah menerima teguran dari doktor Farih.
Namun,  aku hanya menarik sedikit keluhan namun kedengaran seperti lega kerana mungkin hari ni aku dapat mencari rezeki lebih buat keluarga aku.
Aku mencari rezeki dengan menggunakan kenderaan yang aku beli namun masih dalam tempoh hutang.
Port aku pick up customer hanyalah sekitar Jalan Gombak.
Tiba tiba app aku berbunyi menandakan ada seorang pelanggan yang mahu gunakan perkhidmatan aku ni. Aku pun tanpa berfikir panjang terus start enjin kereta untuk mengambil pelanggan namun tiba tiba satu mesej masuk dari pelanggan aku dengan mengatakan
'maaf,  saya cari uber perempuan, maaf'
Satu mesej dari gadis tersebut.
Tersentak seketika namun aku tak marah kerana dari dpnya terlihat dia adalah gadis yg menjaga kesucian dirinya.
   'berniqab'
degus aku dalam hati
Namun setelah seling beberapa minit ada bunyi dari telefonku menandakan aku ada pelanggan. Aku tergamam terlihat seolah gadis tadi. Aku menunggu beberapa minit namun tiada pun tanda untuk menolak aku pun teruskan sahaja kerja aku.
'mungkin tak dak uber perempuan'
  kataku
'UIA! ' 
keluh aku sedikit kecewa.
Setelah 5 minit aku sampai pick up point. Terlihat susuk gadis yg sngt indah berniqab datang dan memasuki kenderaan aku. Aku yg sedikit terpegun terus tersentak.
' Aisyah' soalku
Hanya anggukan kecil yg aku terima respon darinya.
Perjalanan aku selama 10 min utk smpai destinasi hanya berirama radio. Aku sekali sekala cuba menoleh kearah cermin untuk melihatnya. Terlihat mata dia seolah tertutup namun dalam keadaan berhati hati kerana ketika aku berhenti di persimpangan atau lampu merah dia seolah melihat sekeliling seperti cemas. Kadang melihat gelagat cemasnya aku tergelak kecil.
Setelah beberapa minit aku melihat ke belakang lagi melalui cermin.
   'Dah tidur'  suara ku perlahan.
   'Mungkin dia penat 😪.'  bisik hati ku.
Setelah 10 minit aku smpai destinasi iaitu sebuah perumahan elit.
'anak orang kaya '
Aku seolah kagum melihat sungguh indah beberapa rumah bungalow yang tersergah indah di kawasan ini. Sesekali aku mengucap
' subahanAllah'
Aku kagum.
Aku melihat ke belakang untuk memberitahu bahawa dia telah sampai ke destinasi dia. Namun tiada sebarang respon.
Aku cuba bangunkan dia namun tiada tanda tanda dia akan terjaga. Aku mula cemas. Tetiba telefon milik gadis ini berbunyi dan aku mengharapkan agar dia tersedar dari lenanya itu.
Namun,  hampa dia seolah seolah tidak terganggu dengan sebarang bunyi. Aku takut nk sentuh dia utk kejutkan dia jadi aku buat keputusan untuk tunggu sampai dia terjaga. Setelah beberapa minit..............
Telefon berbunyi buat kali kedua, aku hairan
  'takkan dia tak dengar'  degus hatiku.
Aku menerima satu msj yg menandakan aku mempunyai pelanggan.
Kerana ini merupakan rezeki yg tak boleh aku lepaskan aku pun cuba untuk mengejutkan dia.
   'cik,  kita dah sampai rumah awak' bersuara aku.
Namun tiada sebarang respon.
   'cik, okay ka?' soalku
Namun sekali lagi hampa.
Tetiba untuk kali ketiga telefon milik gadis ini berdering. Untuk meneruskan mata pencarian aku terpaksa akur dengan hati aku yang meminta untuk menjawab panggilan ini.
Lalu aku mencapai telefon nya dan tertera 
       'UMMI' 
Allah kecur hati ni takut aku untuk menjawab namun kerana aku perlu meneruskan pekerjaan aku gagah kan jua. Aku menjawab akhirnya.
"Aisyah"  terdengar suara wanita yang anggaran berumur 40an dari telefon milik gadis ini.
"Aisyah dah smpai rumah?  Aisyah dah makan?  Ubat makan lagi?  Kak noor ada di rumah dak? "
bertalu talu soalan aku terima.
" makcik?" akhirnya dgn keberanian aku bersuara.
"siapa kamu?  Kenapa suara lelaki? Apa jadi pada anak saya?"  terdengar  suara penuh kerisauan dari insan bergelar ibu.
" saya uber yg anak makcik naik. Tapi bila dah smpai depan rumah makcik dia tak sedar kan diri. Dah puas saya kejut kan dia tapi tetap tak sedar. Tapi makcik jgn risau says tak sentuh dia! "kata ku agar tiada salah faham terjadi.
" Astaghfirullah halazim" terdengar satu suara seolah terkejut.
" makcik? " suaraku.
" saya yakin awak orang yang baik dan saya tahu awak hanya membantu.
Boleh awak tolong saya? "
" apa yg saya boleh tolong makcik?" tanya ku.
"tolong buka niqab anak saya"
  Aku tergamam
" mak cik saya tak boleh mak cik"
"ini soal nyawa nak. Tolong mak cik"
"saya bawa anak makcik ke hospital terus? "
" ya,  tapi niqab dia perlu dibuka dia akan kepanasan. Anak mak cik sakit" terdengar esakan di hujung kata.
Tetiba terdengar suara lelaki di hujung usia 40an memulakan bicara.
"tolong anak pakcik, pak cik izinkan. Kamu buka niqab dia dan terus ke hospital"
"dia perlu kan rawatan dgn segera" sambung nya lagi.
"baiklah pak cik"
"kita jumpa di hospital, dan anak jgn risau pakcik akan jelaskan bill uber dia nanti. Tolong tunggu sampai pakcik dan makcik sampai dan update perkembangan dia sentiasa kepada pakcik" arah dia
"insha-Allah pakcik"
"terima kasih" talian dimatikan.
Permintaan kedua orang tua dia membuat aku berbelah bagi. Akur atau tak namun nyawa dia.
Kerana janji aku akur.
'Ya Allah, aku hanya berniat untuk membantu orang tua dia' kata ku dalam hati.
Aku segera keluar dan kebahagian belakang kereta untuk membuka niqab nya.
Aku hanya istighfar dan memohon agar mata aku sentiasa menjaga diriku.
Ketika aku membukanya mata aku seolah tak beralih dari terus melihat wajahnya.
'subhanallah'  ucapku
'indahnya ciptaan mu' aku hampir hilang dari realiti.
Gadis disebalik niqab ini menyembunyikan realiti wajahnya dari para ajnabi. Gadis yang berkulit mulus putih dan gebu. Bibir dia yang merah dan mungil serta pipi dia yang kemerah merahan.
' Allah indahnya ' kata ku.
Setelah beberapa minit aku tersedar apabila melihat cecair merah yang mula mengalir dari hidung nya. Aku tersentak. Aku cemas kerana aku tahu kereta aku tiada peti first aid kit tu. Dan aku tak nampak jalan lain utk berhenti kan pendarahannya selain tidurkan dia dan menggunakan kain niqab dia untuk memberhentikan pengaliran darah itu.
Setelah itu,  aku segera ke bahagian depan untuk meneruskan amanah dari orang tua dia ke hospital berdekatan.
Setelah beberapa minit aku telah berada di kawasan bandar dan ketika mataku melilau mencari hospital berdekatan mata aku tertumpu kepada salah satu hospital yang terlalu dekat disitu iaitu hospital swasta itu paling dekat aku tiada pilihan dan terus sahaja perjalanan ku.
Setelah sampai aku terus turun dan memaklumkan pada kaunter dan mereka meminta aku membuat pendaftaran.
Aku segera ke kereta mencapai beg miliknya untuk mencari kad pengenalan sementara itu terlihat beberapa nurse lelaki dan perempuan kelam kabut mengankat ia kedalam utk diberi rawatan segera.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 29, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA DARI ALLAH 🌸Where stories live. Discover now