^ kau kata kau cinta, tapi benarlah hanya kata.

38 1 0
                                    

kalau betul kita ni takda jodoh, aku cuba terima.
walaupun banyak benda yang kita dah luangkan bersama, cipta bersama, kongsi bersama. aku boleh terima kalau kita takda jodoh. aku redha. ni semua Allah yang tentukan. mungkin kita takda jodoh dekat dunia tapi kita ada jodoh dekat sana :)

ataupun ini hanya ujian kita, aku ataupun kau. aku pun masih boleh terima. aku masih redha dengan kehendak ini. aku masih sabar dan tabah dengan apa yang berlaku. aku masih mampu untuk ampu semua ini hingga satu saat yang kita mampu untuk peroleh kebahagiaan dan akan bahagia semula.

aku masih belum mengalah dengan apa yang berlaku, aku masih ikut aliran yang membuatkan kita terhoyong- hayang. tapi andailah suati hari nanti aku dah penat dan lelah untuk merasai segala benda hiruk- pikuk suasana sambil kita adakan hubungan ini..

aku terpaksa untuk berubah hati, aku terpaksa menjadi aku dan aku terpaksa pergi.. aku takmampu bertahan lagi masatu. aku akan mencari kebahagiaan yang baru mungkin bukan bersama orang lain tapi mungkin hanya untuk kebahagiaan diri sendiri.

kerana hanya tuhan yang mengerti, tuhan minta aku rehat, tuhan minta aku rawat luka- luka yang kau tinggalkan diserpihan hati ni. tuhan minta aku buang rasa kasih dan sayang yang aku pernah tumpahkan pada kau.

dan pada saat itu, aku mohon jangan cari lagi dan mengemis rasa kasih yang engkau ludah entah kemana. kerana sepanjang masa aku mencurahkan rasa kasih aku.. engkau buat tak pernah endah. walaupun kau mengarit- garit hati aku yang dah luka. kerana sudah banyak tempoh aku berikan untuk kau memahami, tapi kau masih tak mengerti. banyak peluang yang kau sia- siakan tanpa kau sedari.

CUBA-CUBAWhere stories live. Discover now