♫ Two

72 7 1
                                    

Di balai polis yang berdekatan dengan tempat kejadian Accident kecil tersebut, terdapat 4 orang awam dan dua pegawai polis . Dua lelaki sedang duduk berdepan dengan dua pegawai polis tersebut iaitu Daniel dan pemandu kereta Yerin . Manakala Yerin dan sinb duduk di sofa yang terdapat dibelakang tempat lelaki-2 tersebut berbincang . 

"Ada kucing yang nak melintas jalan , dan lelaki datang dari simpang kanan langgar kereta kami" jelas pemandu Yerin itu . 

Daniel yang sedang membelek tangannya ada sedikit luka itu , memandang pemandu yang membawa kereta itu setelah mendengar penjelasan pemandu tersebut . 

"Apa maksud encik , saya langgar kereta encik .. Korang yang tiba-tiba brek kereta" kata daniel yang agak sedikit marah itu . 

"Awak mesti bawa basikal lajukan?" sampuk yerin tiba-tiba . Sinb yang disebelahnya hanya diam , tak ada apa yang boleh dia bantu pada situasi camni. 

"Aku bawa laju sebab aku nak delivery makanan" bela daniel pada dirinya sendiri sambil memandang gadis yang agak angkuh tu . 

"Okay then , itu tak bermaksud awak nak cepat delivery makanan , kami tak boleh brek kereta dan sebaliknya langgar je kucing yang tak bersalah tu . " Jawab yerin lagi , kali ni dengan senyuman sengetnya . 

".... tapi,, basikal aku rosak .."Daniel tetap cuba mempertahankan dirinya dan terdiam dengan penjelasan gadis tersebut . 'ye tak ye jugak , takkan lah dorang nak langgar je kucing tu , kesian kucing tu , anak dia mesti tunggu dekat rumah dia' mengarut daniel dalam hati . 

Yerin yang melihat lelaki tersebut hilang kata-katanya , tersenyum kemenangan . 

"Duit untuk membaiki kerosakan kereta dan berkemungkinan untuk polish balik kereta cik muda kami, adalah jumlah wang yang banyak berbanding dengan basikal" kata pemandu yerin dengan tujuan untuk membela . Daniel memandang pemandu itu dengan muka tidak puas hati 

"ya, awak ada pointnya dekat situ" kata seorang pegawai polis tersebut yang agak bersetuju dengan kata pemandu yerin . 

"Dan dia perlu membayar kerugian pada kami" tambah pemandu yerin . 

"Kenapa pulak aku kena bayar!" Daniel bangun dari kedudukannya kerana tak puas hati , automatik kepalanya memandang gadis yang duduk disofa belakangnya . Yerin yang dibelakang hanya diam tersenyum kemenangan . 

Tiba - tiba~ 

Daniel yang tak berpuas hati , pergi  dan duduk disebelah kanan yerin yang kosong itu dan memandang tepat kearah yerin . Yerin terkejut dengan tindakan daniel itu agak kebelakang sikit , begitu juga sinb yang berada disebelah kiri yerin kerana jarak antara yerin dan daniel begitu dekat , sinb sudah bersedia dengan penumbuk ditangannya , jika daniel berbuat apa2 dekat yerin , sinb akan menumbuknya . 

Daniel yang memandang sinb dengan penumbuknya "relax2 , aku nak bincang je dengan perempuan ni" dengan itu automatik sinb menurunkan tangan penumbuknya itu . 

"Miss , aku tahu kalau korang tak brek kereta , nyawa seekor kucing hilang, tapi ... " kata daniel terberhenti kerana daniel menahan nafas kemarahannya . 

"Korang pun salah sebab brek tersangatlah mengejut ! Kau tak boleh letakkan semua kesalahan dekat aku . aku pun mangsa juga" suara daniel agak meninggi sebab rasa ketidakadilan yang dia dapat. 

"Then , apa yang awak nak kami buat ?!" suara yerin juga meninggi kerana dia agak pantang dengan orang yang meninggikan suara dengannya . 

Daniel mengangkat satu keningnya dan tersenyum dengan pertanyaan yerin "satu je nasihat aku..." 

"ape ?" 

"cari pemandu lain ..." kata daniel tersenyum sinis pada pemandu yang bongkak tu . 

  "Yes, lelaki ni pun ada point juga" Kata satu pegawai polis .  

Pemandu yerin , yerin dan sinb terkejut dengan 'nasihat' yang lelaki itu berikan. Manakala daniel pula yang senyum kemenangan . 

'Dasar perempuan princess angkuh' omel daniel dalam hati , Daniel memberi jelingan pada perempuan yang baru saja dia beri gelaran 'princess angkuh' 

'Lelaki ni serius takde manner ke masa bercakap' omel yerin ,yerin menjeling lelaki tersebut. 

"okay , saya dah buat keputusan , kamu bersalah sebab unskilled bawa kereta.." kata pegawai polis tersebut kepada yerin dan pemandunya . Yerin membuat muka bengang kerana disalahkan . Daniel pula tersenyum sinis . 

dan pegawai polis tersebut memandang daniel pula "awak pun salah juga ,  sebab bawa basikal laju tanpa memberi tumpuan pada jalan.. " senyuman daniel hilang dan yerin menjelingnya lagi. 

"Jadi kedua duanya salah , jadi ada apa apa bantahan ?" tanya polis tersebut , Yerin dan daniel hanya diam . Situasi skrg tiada siapa yang senyum kemenangan kerana keputusan pegawai polis telah muktamad , jika dibahas lagi akan menjadi panjang . 

Setelah habis perbincangan , Yerin keluar terlebih dahulu dengan sinb yang memayungkannya kerana gerimis di luar . Manakala daniel pula dibelakang yerin dan sinb hanya memandang yerin dengan annoying kemusian matanya tertumpu kepada basikalnya , tayar depan basikal daniel telah rosak bengkok, daniel tak dapat menunggangnya , daniel mengangkat basikalnya itu . 

Yerin yang kini berada dalam kereta melihat daniel dari side mirror keretanya. dia mengambil handbagnya. apabila Daniel lalu disebelah kereta Yerin, Yerin mencampakkan Sejumlah duit ke dalam bakul basikal daniel . Daniel tersentak , dan memandang yerin dengan muka bengisnya . 

"apa maksudnye ni ??!!" tanya daniel dengan muka marah . 

"Untuk awak beli basikal baru lah, dont you get it?" kata yerin tanpa rasa serba salah . 

"Hey! dalam tadi kau kata kau tak salah , and sekarang kenapa nak bayar basikal aku pulak ?!" tanya daniel agak tak berpuas hati. Yerin tersenyum smirk. 

"Ini sikap pemurah hati saya,  tak bermaksud saya mengaku salah , dan saya bukan bayar basikal awak tapi .. bagi awak basikal" senyum yerin dengan smirknya lagi . Sinb yang disebelah yerin tahu apa maksud baik yerin itu , tetapi dia harus akui cara yerin sedikit salah . 

Daniel yang berada sebelah kereta yerin itu memandang yerin bagai nak makan orang didepannya itu . Daniel mengambil nafasnya agar dia tidak meletup kemarahan . 

"Miss, aku rasa kau ni dah salah faham dengan aku. apa yang aku nak daripada korang adalah 'minta maaf' !! bukannya minta kau bagi aku basikal baru!!" kata daniel dengan suara tingginya sambil mencampakkan balik duit yang yerin bagi pada dia tadi dan terus berlalu pergi meningalkan 'princess angkuh' tersebut . 

Yerin hanya terkesima selepas daniel mencampakkan duit yang dia berikan tadi. Yerin agak tidak berpuas hati dengan lelaki yang buat dia annoying itu . dia memandang tajam kearah daniel yang berjalan dengan menganggakat basikalnya itu . 

"Sinb-ah , that guy is really annoying lah ! aishhhh !!" ngadu yerin pada sinb yang disebelahnya itu . Sinb hanya tersenyum dengan kejadian didepan matanya tadi , sebab baginya kedua-duanya panas baran . 

~TBC~

















Love ToGetHer (Daniel X Yerin)Where stories live. Discover now