Gadis Yang Mengancam Jiwa Dan Raga

20 0 0
                                    

Usen duduk tercanguk-canguk di dalam Bank Simpanan Nasional menunggu angka gilirannya untuk dipanggil.

Dia berada di bank tersebut untuk mengeluarkan duitnya sebanyak RM 100. Remeh, fikirnya. Mana tidaknya, dia terpaksa menanti sekian lama serta urusan di kaunter nanti yang perlu dibuat. Cop jari itu dan ini serta isi segala borang.

Lucunya dia juga tidak mahu membuat kad bank. Ini kerana urusan membuat kad bank juga rumit, fikirnya.

Beberapa minit kemudian, datang seorang wanita berskirt pendek meminta laluan untuk melintasi Usen. Di sebelah tempat duduk Usen ada tempat kosong. Wanita itu mengambil tempat di sana.

Ketika wanita itu lalu di hadapannya, dada wanita yang montel itu menghala ke muka Usen. Usen terpegun dan menelan air liur. Punainya juga turut keras seperti tali kapal. Tambahan pula, wangian serta wajah wanita itu menambat hati Usen hingga buatkan dirinya tidak keruan. Wanita itu mengancam nafsunya.

Satu idea nakal muncul di kotak kepala Usen. Dia mengeluarkan henfonnya. Dia membuka aplikasi kamera dan mengaktifkan mode silent henfonnya. Dalam diam, Usen mengambil gambar dada wanita itu. Caranya, dia acah berpeluk tubuh. Henfon disandarkan di bahu kirinya. Banyak gambar yang diambil.

Dia tersenyum nakal. Gambar-gambar itu dihantarnya melalui WhatsApp ke rakannya yang bernama Roslan.

"Besar doh. Mengancam!" Usen menaip dan hantar kepada Roslan sambil tersengih-sengih.

Beberapa minit kemudian, wanita di sebelah Usen tadi bangun dan sekali lagi dia menumpang lalu Usen. Kali ini, dia tidak halakan dada tetapi punggungnya pula.

Usen menikmati pandangan indah itu. Punggungnya besar. Sekali lagi punai Usen tegak bagai mendengar lagu kebangsaan.

Setelah wanita itu pergi, Usen terperasankan sesuatu di tempat duduk wanita itu. Ianya adalah sebuah henfon. Kebetulan juga, angka gilirannya disebut. Tanpa berfikir panjang, Usen mengambil henfon itu lalu memasukkan ia ke dalam beg sandangnya.

Urusan pengeluaran duit diambil selama 15 minit. Usen meninggalkan bank itu dengan kadar yang segera.

Dalam perjalanan balik ke rumah, Usen terfikir henfon itu berjenama apa. Dia benar-benar berharap ianya adalah telefon pintar jenama Apple iaitu iPhone. Sebagai rakyat marhaen yang bergaji pokok 920 sebulan, amatlah payah baginya untuk memiliki telefon jenama itu.

"Kalau telefon ini lock, aku jual sahaja," fikirnya lagi.

Setibanya di rumah sewa, Usen melabuhkan punggung keringnya di sofa yang berhapak. Dia mengeluarkan henfon yang 'dijumpainya' tadi.

Malang nasibnya, henfon itu tidak memiliki simbol epal yang sudah digigit di belakang henfon tersebut. Bahkan dia sendiri tidak tahu henfon itu berjenama apa.

"Pencuri!"

Usen terkejut melihat notifikasi mesej yang datang. Ianya datang dari nombor +666.

Dia abaikan mesej tersebut dan sedaya upaya menyahaktifkan unlock henfon itu.

"Gigih ya? Cuba 6666."

Sekali lagi mesej sampai dari nombor yang sama. Usen pun mencuba dan ya, henfon itu berjaya di-unlock.

Usen menuju ke galeri gambar. Dalam kepalanya terfikir mungkin ada gambar wanita tadi berswafoto. Atau mungkin ada gambarnya yang boleh buatkan dia tidak keruan. Punai Usen angkat lagi.

Akan tetapi, alangkah terkejutnya Usen apabila mendapati gambar yang ada di dalam henfon itu. Ianya adalah gambar yang dihantarnya kepada Roslan tadi. Usen gusar.

Dia mendapatkan telefon bimbitnya. Didailnya Roslan.

"Oi kau jangan nak kenakan aku!"
"Kenakan apa?"
"Kau hantar gambar yang aku hanyar kepada kau tadi dengan siapa?"
"Eh? Mana ada aku hantar dengan sesiapa. Kenapa?"

Di-RIJEQWhere stories live. Discover now