بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
،اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ
،قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ،
،وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِك
،وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ
،وَتَعَاهَدَت عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِك
،فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا،
،وَأَدِمْ وُدَّهَا،
،وَاهْدِهَا سُبُلَهَا،
،وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا،
وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ
Terjemahan:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at-Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya."
Doa ini saya dapat ketika pergi suatu kem selama 2 minggu. Bagi saya 2 minggu adalah sangat lama. Selama ni saya pergi kem 1 minggu je. Saya rindukan mak saya.... T_T Huhuhu...
Pada masa itu saya darjah 4. Budak manja biasalah. Tak boleh berjauhan dengan mak dan ayah lama sangat. Hehehe.....
Rasa nak menangis apabila baca doa ni.... TT_TT
Itu masa kecil (licek hal tagnas, hajrad 4 nup arikid hadus raseb). Sekarang sudah besar ma... Mana boleh nak manja sangat...
YOU ARE READING
My Favourite Song
عشوائيLagu-lagu kesukaan saya! Banyak sangat lagu. Penat tulis lirik. Nak copy pasta susah. Jadi benda lain pula. (hiatus)