lapan; ingat?

298 28 3
                                    



Sudah genap sebulan sejak Taehyung berubah. bukan berubah rupa dari ganteng ibarat purnama bulan dipagar bintang  kepada hodoh tetapi sebaliknya perubahan pada mentalitinya.

Dia lebih senang mendiamkan diri daripada bercakap dengan sesiapa. tubuhnya yang sedikit berisi susut sehari demi sehari. reaksinya ketat, perubahan riak wajahnya amat ketara.

dia diibaratkan sudah tidak daya lagi untuk tersenyum girang tatkala ikatan kasih murni yang dicipta bersama Hyunsoo menjadi bercelaru dan kacau bilau. otaknya berserabut dan mindanya dibayangi detik detik berdarah sebulan lalu.

"K-kau tak nak jamah makanan? aku ada masak sesuatu untuk kau"

Taehyung hanya duduk meninggung sambil memeluk lututnya yang kaku. matanya masih setia tertancap pada halaman rumah yang dipenuhi lambaian dedaun menghijau. dia hanya menggeleng geleng tidak mahu.

"Baiklah. kalau kau still layan aku macam ni, then suka hati kau lah, kau mati pun aku tak perlu kisah. pergi dan gali kubur sendiri"

Hyunsoo merengus kasar di bawah ayat ayat bengisnya. lelaki itu seakan akan tidak terkesan pada kata kata isterinya, matanya melirik malas dan dasar anak matanya mengunci pandangan sang isteri yang egoistik.

Hyunsoo berlalu sambil menghentak hentak kakinya di atas lantai seakan anak kecil, dia lantas meluru naik ke tingkat atas dan meninggalkan kelibat Taehyung yang masih tidak berganjak dari duduknya.

"perempuan bengis..."

anak rambutnya dikusutkan, satu persatu caci makian berbaur tidak senang akan sikap Hyunsoo ditabur olehnya, bibirnya diketap geram dan matanya tidak berhenti berguling kegeraman.

-

Petang itu kedua ibu bapa Taehyung datang menjenguk keadaan di rumah. kelainannya jelas terasa apabila rumah mereka tidak sebising kali pertama mereka berkunjung ke situ, ketika Taehyung masih di ambang keanakannnya yang lampau.

Hyunsoo mengacau perlahan teko teh yang diisi dengan teh panas buatannya. Beberapa potong kuih disajikan di atas pinggan, teko dan beberapa biji cawan cina dibawa ke ruang tamu bagi menjamu tetamu berdua itu.

Taehyung hanya mampu mengiyakan tatkala ibunya ralit membelek album dihadapannya, menguis semula memori lama taehyung bersama keluarga yang sebenarnya sudah lama terhambur dari minda dan putaran memori lelaki itu.

bapanya hanya merenung sayu dua beranak itu, tidak berani mempersoalkan isterinya yang beria ria menyuruh taehyung berbuka kisah lama dengannya.

secawan teh dihulurkan kepada lelaki tua itu, lalu disambut dengan huluran senyuman tiada dayanya.

"bagaimana hari hari kamu sekarang?"

"macam tulah, dia hilang selera makan mendadak dan selalu demam. tapi sekejap sahaja dah sembuh"

Ada deraian kekesalan dan keluh di hujung katanya. Hyunsoo segera berarak ke dapur selepas dulangnya berisi cawan kosong untuk dibasuh.

Titisan air basah menitik di belakang tapak tangannya saat dia terkenangkan nasib menimpa taehyung. kerja kerja membasuhnya tergendala seketika, air matanya dikesat pada lengan baju yang disinsing kemas.

"Mengapa perlu aku kisahkan lelaki yang tidak pernah ambil kisah pasal aku?" dia bermonolog sendirian



Suamiku bangang +KTHWhere stories live. Discover now