"Apa nak jadi dengan kau ni, Fiey?!"
Diam.
"Dah pandai sangat ke sampai tak nak pergi sekolah?"
Tunduk.
"Dah berapa banyak duit aku habis hantar kau pergi sekolah?"
"Kau ingat aku kaya? Kau ingat duit tu aku dapat dari langit?"
Diam, itu dendam.
'Nak cakap kau yang banyak labur duit untuk aku belajar?'
'Nak cakap tiap-tiap tahun duit kau keluar untuk beli baju sekolah aku? Keperluan sekolah aku? Yuran sekolah aku?'
Heh.
"Sekolah pun, akhlak rosak. Apatah lagi tak sekolah!"
"Lantak kau lah nak jadi orang atau setan!"
Jelingan mengiringi langkah ayahnya yang semakin hilang dari pandangan.
"Sial!" Jeritnya sekuat hati.
Kaki katil ditendang sekuat tenaga dan...
"Mak yang bayar duit yuran aku selama ni!"
"Mak yang bagi aku duit belanja!"
"Mak yang beli barang-barang sekolah aku!"
"Kenapa kau nak ambil kisah?!"
"Kau yang nak aku jadi macam ni lah, sial!"
Dada turun dan naik akibat pernafasan yang tidak teratur.
Pang!!
"Kurang ajar punya anak!" Wajah bengis Encik Ismail ditenung tajam. Pipi yang terasa kebas akibat penangan ayahnya dibiarkan.
"Kau kemas barang kau, kau berambus dari rumah ni!"
"Aku tak ada anak yang biadap macam kau!"
"Kau jangan balik rumah ni, selagi kau tak berjaya!"
Tanpa berfikir panjang, laju sahaja tangannya mencapai beg sekolah. Isi didalamnya semua dikeluarkan. Tangannya segera mencapai baju-baju yang selalu dipakai.
Melihat baju-baju itu, hatinya mendongkol geram.
'Baju-baju ni pun mak yang belikan. Kau tahu apa?'
Dengan kasar, dia menyumbat baju itu kedalam beg.
'Aku akan pastikan, kau menyesal buat mak macam ni!'
Malas mahu melihat sekeliling biliknya yang sudah bersepah. Tak ada apa yang mampu untuk dijadikan kenangan. Laju sahaja kakinya melangkah keluar daripada rumahnya.
"Hafiey..."
Suara itu.
"Hafiey..."
Esakan itu.
Hafiey memejam erat matanya. Langkah kakinya mati saat mendengar suara tangisan emaknya.
"Jangan tinggalkan mak, Fiey."
Mata tak mampu untuk memandang wajah emak yang telah banyak menangis kerananya. Sering sahaja hati emak diguris dengan kata-kata kasar dan kesat.
'Fiey anak derhaka, mak.'
'Fiey tak layak nak sentuh mak.'
'Fiey tak layak dapatkan syurga mak.'
Air mata yang mengalir ditepi mata segera dikesatnya.
"Fiey minta maaf, mak. Halalkan makan minum Fiey."
"Hafiey!!!"
Mata dipejam lagi saat mendengar raungan Puan Syahira.
Nafas dihembus perlahan.
"Doakan Fiey berjaya, mak."
"Hafiey!!!"
"Hafiey!!!"
"Hafiey!!!"
Serentak, meja dihadapannya ditepuk kuat. Bayangan sedih emaknya hilang dari fikirannya.
Wajah Lan dihadapan dipandang kosong. Kepala didongakkan tanda menyoal.
"Berangan?" Soal Lan, kawan baiknya yang sudi membantu dirinya dikala susah mendatang.
Kepala digeleng bagi menjawab pertanyaan Lan.
"Ingat mak aku." Sebaris ayat yang mampu membuatkan Lan faham.
"Malam ni on? Dengar cite Ray bawa ramai cikaro malam ni."
Mata memandang tepat ke arah Lan. Dapat dilihat senyuman gatal Lan disebalik topeng penutup hidung dan mulut yang dipakainya.
Lapan tahun telah berlalu. Dia masih tetap begini. Tetap mengenang kisah lalu. Walau sejauh mana dia merantau, melarikan diri, dia tetap dia.
Hafiey yang degil.
Hafiey yang nakal.
Hafiey yang panas baran.
YOU ARE READING
Sejuta Sayang
Short StoryKau tahu betapa kerdilnya diri kau saat langit kau pandang. Pengajaran perlu diambil untuk kau jadikan sandaran dalam hidup. Takkan selamanya kau nak jalan senget sedangkan mak ketam pun mahu ajar anaknya berjalan lurus. Sorry to say. "Mak, Hafiey s...