Hafiey membancuh secawan nescafe di pantry. Waktu kerjanya akan bermula pada jam 7:00pagi. Haruman dari air yang dibancuhnya kembali menyegarkan mata yang mengantuk.
"Ehem.." Hafiey mengangkat kepala dari terus menghidu haruman nescafe itu.
Tanpa melihat siapa gerangan yang berdehem tadi, dia terus menghirup air itu perlahan.
"Siapa yang dapat habuan semalam?" Soal si dia.
Hafiey menjeling sebelah mata memandang gerak geri laku si gadis itu. Ya, seorang gadis. Yang menyakitkan hati. Cantik, tapi tak layak untuk seorang Hafiey.
"Apa kau merepek ni?" Soal Hafiey semula. Gadis itu memandang Hafiey tepat. Mug yang panas dipegang berhati-hati sambil menghampiri meja.
"Jangan ingat aku tak tahu apa aktiviti kau orang selalu buat bila tak on night-shift."
Hafiey memandang wajah gadis itu tanpa perasaan. "Acah bagus. Nak report? Silakan."
"Adly? Hafiey?" Dua pasang mata pantas memandang ke arah pintu masuk. Hafiey segera berdiri. "Doktor Naura!"
Doktor Naura tersenyum memandang dua orang muda dihadapannya. Kemudian telinga Hafiey segera ditariknya. "Auch! Apa ni doktor?" Hafiey cuba menolak tangan Naura yang menarik telinganya itu.
"Tahu tak sekarang dah pukul berapa? Kenapa masih tercegat lagi kat sini?" Soalnya sambil bola matanya dibesarkan.
Hafiey menarik muka. Segera air nescafe nya dihabiskan. Mug yang kosong ditolak ke arah gadis cantik itu.
"Basuh!" Hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulut Hafiey sebelum beredar untuk menjalankan tugas.
Adlyna mengeluh perlahan. Apa lah salah aku pada dia sampai dia layan aku macam ni? Bisik hatinya sendiri.
Doktor Naura tersenyum melihat wajah bengang Adlyna memandang pemergian Hafiey. Pipi Adlyna ditariknya lembut.
"Tak payah lah nak masam sangat muka tu. Dia memang macam tu, takkan tak biasa?" Ujarnya sambil mencapai gelas kosong.
Adlyna mengeluh lagi. "Hafiey tu, beku betul! Adly salah apa tah kat dia sampai dia tak layan Adly langsung!"
Doktor Naura ketawa. "Adly suka Hafiey ke ni?"
Bulat mata Adlyna mendengarnya. "Memang tak lah! Dah lah tak pandai hormat orang. Macam mana tah boleh jadi nurse kat sini." Adlyna menggelengkan kepala kesal.
Muka dah handsome, perangai out!
Adlyna menghampiri kaunter pendaftaran. "Shaz, rekod patient yang discharge semalam ada kat awak tak?" Soalnya sambil meneliti senarai nama pesakit yang baru daftar pada hari itu.
Shaz bangun dari duduknya dan menghampiri kabinet berhampiran. "Kejap, Shaz check."
Sambil menunggu, mata Adlyna tertumpu pada seseorang yang sedang melayan seorang wanita tua untuk membuat pemeriksaan.
"Makcik, nak awet muda kena lah berani tanggung risiko. Kena inject, no hal lah makcik. Benda simple!"
"Makcik nak muda. Tapi makcik taknak kena cucuk! Sakit! Makcik pernah rasa dah banyak kali."
Adlyna tersengih melihat gaya Hafiey memujuk makcik itu. Yang anaknya sendiri sudah tidak tahu bagaimana mahu mengayat maknya untuk membuat pemeriksaan.
"Adik tengok sendirikan degil dia macam mana? Penat saya nak cakap dengan mak saya ni." Luah wanita yang mungkin tua 7 tahun dari Hafiey.
Hafiey melutut sambil memegang pemegang kerusi roda makcik itu. "Makcik, cuba makcik tengok muka saya yang handsome ni? Molek je kan?" Soalnya.
Makcik itu melihat sambil tersengih. Hafiey menahan gelak melihat makcik itu tiada gigi.
"Anak handsome sungguh! Kalau makcik ada anak perempuan bujang lagi, awal-awal makcik pinang kamu!"
Hafiey ketawa. Adlyna terpaku. Subhanallah, indah sungguh pemandangan itu. Merdu sungguh bunyinya.
"Adly?"
Adlyna tersedar. Apa dia dah buat ni? Perhati anak teruna orang sampai tak ingat dunia! Adlyna hanya tersengih memandang Shaz.
"Amboi, tahu lah Hafiey tu lagi molek dari Shaz." Usik Shaz.
"Ada-ada je Shaz ni! Thankyou, tau!" Adlyna terus berlalu setelah fail bertukar tangan. Terus hilang apa yang dibualkan oleh Hafiey dengan makcik itu. Berjaya atau tidak Hafiey memujuk makcik itu, tidak diketahui.
Yang dia tahu kini, dia seorang yang bertuah kerana telah berjaya melihat Hafiey tersenyum dan ketawa! Live depan mata! Selama ini dia hanya mendengar dari mulut-mulut staff lain.
Hafiey, biasalah. Nampak saja wajah Adlyna, mahu pun bayang Adlyna, pasti dia terus menghilangkan diri. Atau pun menunjukkan wajah tidak senang dengan kehadiran Adlyna.
Tabahlah, Adly. Hafiey takkan pernah suka kau!
YOU ARE READING
Sejuta Sayang
Historia CortaKau tahu betapa kerdilnya diri kau saat langit kau pandang. Pengajaran perlu diambil untuk kau jadikan sandaran dalam hidup. Takkan selamanya kau nak jalan senget sedangkan mak ketam pun mahu ajar anaknya berjalan lurus. Sorry to say. "Mak, Hafiey s...