"Ehh, kau dah sampai? Masuklah!" Jemput Taehyung.
Aera melangkah masuk. "Macam mana? Kau dah bincang dengan diorang?" Tanya Aera kepada Taehyung.
Taehyung diam seketika. "Dah. Tapi kitorang masih tengah fikir nak buat apa." Balas Taehyung.
Aera senyum. "Ok good. Kalau korang perlu apa-apa, kau bagitahu aku. Ok?"
"Ok." Taehyung.
Seperti biasa, Jimin duduk di studionya. Masih berusaha untuk mencipta lagunya sendiri. Tangannya sibuk menekan itu dan ini. Dia fokus pada kerjanya.
"Oook Done." Katanya sendiri. Dia mencari sesuatu di mejanya.
"Kejap, mana buku nota aku ni?" Tanya dia sendiri.
Selepas beberapa minit dia mencari, baru dia teringat di mana dia letakkan buku notanya itu. Dia menepuk dahinya. "Aduh, macam mana boleh lupa nak amik buku tu. Haish." Terus dia mencapai kunci keretanya dan berlalu keluar.
Sewaktu dia berjalan menuju ke pintu keluar, dia terserempak dengan Jin. Jin menahan Jimin. "Ehhh kau tergesa2 ni nak pergi mana?" Tanya Jin.
Jimin berhenti melangkah. "Ohh aku nak balik kejap. Buku nota aku tertinggal." Balas Jimin.
"Buku nota je? Kau sanggup balik untuk ambil buku nota je?" Tanya Jin.
"Dalam buku tu ada lirik lagu yang aku dah tulis lah. Kalau aku tak ambil, macam mana aku nak buat kerja." Balas Jimin.
Tidak sempat Jin mahu menjawab, Jimin telah memotong kata2nya dahulu. "Dah lah aku dah lambat. Bye." Jimin terus berlari keluar.
Taehyung berkerut dahi melihat Jimin yang baru melepasinya. Taehyung memandang Jin yang pandangannya masih pada kelibat Jimin.
"Dia nak pergi mana tu? Nampak tergesa2 je." Tanya Taehyung kepada Jin.
"Balik kejap. Dia nak ambil buku nota." Balas Jin.
Mulut Taehyung ternganga. "So, dia akan jumpa Aera lah kan?"
Jin terdiam. "Haahlah." Baru dia tersedar.
Aera baru sahaja selesai memandikan Irin. Dia membaringkan Irin ditilamnya yang terletak di ruang tamu. "Dia dah wangi lah!" Aera menggeletek sendikit perut Irin sehingga membuatkan Irin tertawa.
Tiba2 dia teringat sesuatu. "Ehhh lupa pula nak call V." Aera mencapai phonenya yang diletakkan di atas sofa. Dia mendail nombor telefon Taehyung.
"Irin tunggu kejap ye sayang." Aera merapatkan phonenya ke telinga. Beberapa saat kemudian akhirnya Taehyung menjawab Panggilannya.
"Hello V."
"Ye. Ada apa?" Tanya Taehyung.
"Aku lupa nak cakap yang harini aku nak buat Irin jalan2 pegi shopping." Kata Aera.
"Ohh ok2 noted." Balas Taehyung.
"Ok tu je nak cakap. Bye!" Aera terus mematikan panggilan itu.
"Ok Irin jom siap2. Kita nak pegi jalan2." Aera bersuara lagi. Dia mula menyiapkan diri Irin.
Setelah selesai dia meninggalkan Irin di ruang tamu untuk membuat susu Irin di dapur. Irin merengek kerana lapar.
Jimin melangkah masuk ke dorm mereka. Dia terdengar Irin merengek. Dia pandang ke arah ruang tamu. Kelihatan Irin bersendirian sedang merengek tidak tahu mengapa. 'Tak ada orang jaga dia ke? Heh lantaklah.' Jimin terus melangkah ke biliknya.
Aera ke arah Irin. "Alololo ye sayang. Ni susu dah siap." Aera memandang sekelilingnya mencari sesuatu. "Irin tunggu kejap heh. Eonnie nak ambil beg Irin." Aera bangun menuju ke bilik Jimin.
Tiba-tiba dia terserempak dengan Jimin. Jimin mahu keluar dari bilik itu manakala dia baru sahaja mahu melangkah masuk. Aera sedikit terkejut dengan kehadiran Jimin. Begitu juga Jimin.
"Ehhh bila masa awak balik?" Tanya Aera terkejut.
"Kejap. Awak siapa? Awak buat apa kat dalam dorm ni? Awak pencuri ke?" Jimin terkejut dengan kehadiran yeoja yang tidak dikenalinya.
"Mwo? Seriously awak tak tahu saya siapa? Ehh awak appa Irin kan? Sepatutnya awak tahu saya ni siapa."
Jimin berkerut dahi. Siapa dia ni sebenarnya? "Nevermind. Awak siapa dan awak buat apa kat dalam dorm ni?" Tanya Jimin lagi tetapi kali ini dia bertanya dengan nada relaks.
"Saya Park Ah Ra, 20 Tahun, Panggil je Aera. Saya pengasuh kepada anak awak Park Min Rin aka Irin." Aera memperkenalkan dirinya.
"Ohhh pengasuh. Cakap lah awal-awal. Buang masa saya je bertekak dengan awak dekat sini. Dah lah saya nak pergi kerja." Jimin.
"Ehhh jap. Awak balik ni buat apa?" Tanya Aera.
"Ambil buku nota.Dah lah saya dah lambta. Tepi sikit."
"Ehh jap."
"Apa lagi?" Tanya Jimin.
"Boleh tak saya pinjam masa awak sikit?" Tanya Aera.
Jimin diam seketika. "Tak boleh. Saya busy. Tepi lah."
Sekali lagi Aera menghalang laluang Jimin. "Please. Sekejap je. Ada benda penting saya nak cakap dengan awak. Kita pegi cafe yang terdekat dekat sini. Please. Sekejap je." Rayu Aera.
Jimin diam seketika. Berfikir sebentar. "Ok Fine sekejap je. Saya tunggu kat bawah. Cepat sikit." Jimin terus berlalu meninggalkan Aera.
"Yes!" Aera terus mengambil beg Irin.
Mereka duduk di cafe berhampiran dengan dorm BTS. Irin duduk didalam stroller nya bermain dengan alat permainannya.
"So, apa benda yang penting sangat awak nak cakap tadi?" Tanya Jimin.
"ermmm jap." Aera menyedut airnya dahulu sebelum dia memulakan kata2 nya...
"Ok macam ni. Saya ada soalan sikit untuk awak. Tapi awak kena jawab jujur. Boleh?" Aera mula bersuara.
Jimin diam seketika. "yelah2... Cepat sikit. Saya ada banyak lagi kerja ni." Balas Jimin.
"Ok. Irin ni anak awak ke?" Tanya Aera.
Tanpa berfikir panjang Jimin terus menjawab. "Yes."
"Ok good. Dalam sehari berapa kali awak spend time dengan Irin? Opps bukan dlm sehari tapi dalam seminggu." Tanya Aera.
Jimin terdiam seketika. Aera merenung Jimin menanti jawapannya. "Kenapa awak sibuk sangat pasal hal saya?"
"Sebab saya pengasuh Irin."
"Then? Ohh awak pengasuh Irin so awak kena ambil tahu lah segala hal peribadi Irin dengan saya. Macam tu?"
"No!" Aera tertinggikan suaranya sedikit. Mereka berdua memandang sekeliling. Nasib tak ada yang dengar. Orang tak ramai pun. Semua duduk jarak meja yang jauh.
Aera kembali pandang Jimin. "Saya jaga Irin daripada umur dia 8 hari lagi. Saya sayang Irin sangat2. Irin tu dah macam anak saya dah. Setiap hari saya jaga dia. Tak pernah sehari pun saya cuti. Saya datang pukul 8 pagi tpi awak dah pergi kerja, saya balik pukul 8 malam tapi member awak yang lain balik dulu sebelum awak. Harini baru saya terjumpa awak." Aera mula meluahkan apa yang disimpannya selamani.
"So saya tertanya-tanya... dalam sehari berapa lama awak spend time dengan Irin?"
Jimin terdiam. Dia hanya merenung air dihadapannya.
Aera mengeluh kecil. "Jimin, saya dah tahu semuanya." Terang Aera. Jimin terkejut memandang Aera.
Mereka diam seketika.
"Macam ni lah Jimin, saya bagi awak masa sebulan untuk fikir. Kalau awak memang tak boleh terima kehadiran Irin or awak rasa kewujudan dia ni punca kematian isteri awak, saya sudi untuk ambil dan jaga dia. Dia tak layak untuk dilayan macam ni."
Jimin terdiam.
"First, saya nak awak fikir siapa Irin pada awak. Awak fikir lah baik-baik. Jangan sampai awak kehilangan seseorang yang sayangkan awak sekali lagi. " Aera terus membawa Irin keluar dari tempat itu.
YOU ARE READING
True Love || Park Jimin FF
Fanfiction"Awak cari kerja ke?" Tanya Kim Taehyung yang merupakan sahabat baik kepada Park Jimin. "Haah." Balas Park Ah Ra. "Apa kata awak kerja dengan kitorang. Jadi pengasuh kepada anak kawan kitorang, Jimin. Nak tak?" Tawar Jung Hoseok. "Ehh seriouslah ni...