Bahagian 1
S.T.H (MAC) 0845
"Syamim, Ct jaga diri bila dah berada di sekolah lain nanti. Bawa imej sekolah kita baik-baik. "Kata Puan Yeo kepada 2 orang pelajar kesayangannya. Im muram tidak berkata apa-apa.
"Come-on, cheer up. It's not the end of the world yet." Kata Puan Yeo lagi memandang Im. Im buat-buat tersenyum. Kalaulah boleh. Im dan Ct tidak mahu berpindah sekolah namun demi keluarga mereka akur juga. Agak ramai guru yang membantah kerana mereka banyak mewakili sekolah dan dianggap sebagai antara pelajar harapan sekolah, namun kehendak keluarga mereka mengatasi segalanya dengan harapan berpindah ke sekolah berasrama dapat membantu meningkatkan lagi prestasi pelajaran mereka dua sepupu serta membuka ruang dan peluang untuk ke universiti yang baik lagi selepas SPM.
Setelah lama berada di bilik guru mereka keluar menuju ke pejabat menyelesaikan urusan terakhir sebelum berangkat ke sekolah baru.
"Saya rasa ,saya dah mula rindu pada sekolah ni." Kata Im.
"Belum lagi keluar dari kawasan sekolah, janganlah macam tu nanti saya pula yang menangis."balas Ct.
"Peliklah dulu saya susah nak menangis" Kata Im sambil memandang Ct. Air matanya tak dapat di tahan lalu mengalir kesedihan namun dia cuba senyum. Ct turut senyum kepiluan diam-diam dia mengesat air matanya. Mereka melangkah keluar dari pintu pagar tanpa berpaling lagi. Guru HEM, cikgu Borhanuddin memandang sepi pemergian Im dan Ct yang susah untuk dilepaskan.
"Belajar baik-baik anak anak, semoga berjaya disekolah baru" bisik hati cikgu Borhanuddin perlahan.
**********************
Kantin Sekolah S.A.M 1033
Suasana kantin agak riuh rendah dipenuhi para pelajar. Mana pula si Ct dengan Yana ni, kata tadi suruh tunggu di kantin ni batang hidung pun tak nampak. Rasa macam makhluk asing aje duduk seorang kat sini. Im meramas-ramas tisu dengan hujung jarinya. Dia masih berasa asing tinggal di sekolah baru itu. Perkenalan dengan Yana juga pelajar yang baru berpindah masuk ke situ bulan lepas menambah bilangan rakan barunya yang tidak seberapa sejak berpindah ke situ
"Hai boleh duduk?"Tanya seorang pelajar cina dengan tiba tiba. Eh ini macam pengawas cina dari ting 5Sc 1 yang aku dengan Yana mengumpat pasal dia 'handsome' masa perhimpunan hari tu je. Dia tegur aku ke? Im memandang kiri dan kanannya. Kenapa dia tegur aku? Dia tahu ke aku mengumpat pasal dia hari tu? Hati Im berdebar.
"Boleh tahu nama, pelajar baru masukkan?" Tanya pengawas itu
"Maaf apa dia?"Tanya Im. Dia tidak mendengar dengan jelas pertanyaan pengawas cina itu kerana asyik memikirkan sebab pengawas itu menegurnya. Pengawas cina itu ketawa.
"Saya kata ,boleh tahu nama awak?" Balasnya dengan nada yang agak tinggi dari tadi. Im memandang hairan
"Oh nama saya, kenapa? Saya ada buat kesalahan ke?"Tanya Im cemas. Pengawas cina itu ketawa sekali lagi.
"Tanya saja sebab nak berkenalan." Im bertambah pelik. Namun dia menjawab pertanyaan itu. "Saya Syamin panggil sahaja Im. Pelajar baru dari S.T.H Baru bulan lepas masuk sini." Kata Im. Pengawas cina itu pula berkata, "Yang lain tu saya tahu. Seronok sekolah sini?"Tanyanya lagi. Im memberikan senyuman yang hambar. Kalau aku tipu lain pula jadinya nanti.
"Tak seronoklah ye. Tapi memang rupa awak dalam sebulan ni memang muram saja. Nasib baik ada kawan lagi seorang tu yang kecil, rendah tu masuk sekolah ni. Kalau tak bermuram sajalah awak" Katanya lalu meneguk air '100 plus' di tangannya. Ish manusia ni memerhatikan aku dari dulu ke? Macam bahaya saja bunyinya ni. Dia memandang Im apabila riak wajah Im berubah.
YOU ARE READING
Kau, Aku dan Dia
Teen FictionAlam persekolahan memang indah. Ketika ini kita berkenalan, berkawan dan mencipta memori. Tetapi andai kata perkenalan dan persahabatan disalah ertikan sebagai perhubungan yang lebih istimewa, bagaimanakah kita akan menerimanya sedangkan tujuan yang...