CHAPTER 6

532 26 3
                                    


Happy Reading
Maaf Kalau Typonya Bertaburan. . .
  .  . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .




    Bass merenung keluar jendela. Kini dia sah menjadi isteri Tuan Muda Godt. Diluar sana kenduri masih rancak, ramai juga jemputan yang hadir di majlis perkahwinannya.
   Ibu bass masuk kedlam bilik itu. Bass memeluk ibunya, airmatanya mengalir perlahan lahan
   "Bass, Bass kena gembira. Hari ini hari kebahagian Bass"Ibunya melihat wajah anak kesayangannya itu, lalu mengesat air matanya.  "Kenapa Bass menangis? Bass menyesal ke?"tanya ibunya.
  "Tak ibu, Bass gembira, Bass nangis dapat tengok ibu sihat". Bass sedar, dia tak ada jalan keluar lagi. Dialah harapan terakhir ibunya, Bass mesti tabahkan hati dan teruskan janjinya. Demi ibunya! Demi adiknya.
   "Bass, Bass jadilah seorang isteri yng baik, ibu rasa Godt juga seorang yang baik. Dia takkan sia siakan Bass. Ibu tahu dia tak beberapa sihat sekarang nie. Mungkin satu hari nanti dia akan pulih. Ibu nak balik kerumah kita kejap lagi, Bass tinggal sini, jaga diri baik baik dn jaga nama ibu dan keluarga kita", nasihat ibunya pada Bass. 
   Bass jadi sebak. Ibunua sudah hendak pulang, tinggal dia di rumah yang penuh dengn orang asing dan suami yang tidak dikenalinya. Dia memeluk ibunya dengan erat.
.
.
.
.
.
.
.
.
     "Hmmm".  tiba tiba kedengaran bunyi suara orang berdeham.
   "Maaf mama, saya tak sedar mama ada disini" Kata Bass sambil memberi wai kepada ibu mertuanya.
  Puan Vanida menjeling tajam ke arah wajah Bass. Bass memberikan senyuman kepada ibu mertuanya.
   "I nak tengok lelaki macam mana yang mak mertua I kahwinkan dengan anak I, " kata Puan Vanida agak sinis.
  Terhenti langkah Bass untuk menghampiri Puan Vanida.
   "Orang tua tu ingat dia pandai, carikan budak miskin ni dan kahwinkan dngan Godt. Tu saja cara dia nak make sure Godt akan duduk dengan dia sini. Husband I pulak setuju saja!sungut Puan Vanida.
   "Mama. . .  "Bass cuba bercakap dengan mak mertuanya.
  "Apa mama2? I tak akan mengaku  orng miskin macam awak ni sebagai menantu I! Jangan panggil I mama"sergah Puan Vanida.
   "Ba. . .baik, "kata Bass. Dia jadi binggung, kenapa sampai jadi begini. Dia tak sedar ada orang yang tidak setuju akan perkahwinan dia dan Godt.
  "EH! You tu tak padan dengan Godt, tahu! Kalau dia sihat, orng miskin macam u nie dia tak akan pandang langsung, tahu! Mak mertua I tu dah nyanyuk, anak I dikahwinkan dengan orng miskin"kata Puan Vanida. Bass hanya menunduk malu mendengar apa yang dikata mak mertuanya itu.
    "Saya. . . .  Cuma nak bantu pGodt, mudah mudahan dia akan sebuh" ucap Bass. 
   "Iye ke! Atau sebab duit yang mak mertua I bagi?
  Bass hanya menundukan wajahnya kelantai.
    "Berapa duit yang u dapat untuk jual diri?  You desperate sangat ke?Nak tolong sembuhkn Godt konon. . ! U ingat u doktor? herdik Puan Vanida.
  . "Saya tak maksud macam tu puan. "
   "Sudahlah. Nak bantu konon! Baik u jangan harap dia tu sembuh! Kalau dia sembuh dengan tiba tiba, dia akan ceraikan u, Godt tu straight. Bukannya gay macam awak. .  Girlfriend dia semua orng berkelas tinggi, anak orang kaya dan cantik. Nie tidak, kalau ia pun Godt tu suka dengan lelaki, dia tak kan pandang orng yang macam awak nie. "Perli puan Vanida.
  I nak cakap dengan u.  Godt dah ada girlfriend tau.  Dia orang nak bertunang sebelum accident happened. Dalam keadaan dia macam nie, bolehla u kikis semua harta dia. Hey! Jangan harap u nak ambil harta anak I, macam tu saja. Kalau dia dah sihat nanti, dia akan ceraikan u dan balik ke girlfriend dia. Faham! Orng miskin tak sedar diri". Sindir Puan Vanida sekali lagi.
  Berat sungguh hati Bass menerima kata kata kesat dari puan Vanida. Dia hanya menahan air matanya yng ingin jatuh, ingin kakinya melangkah pergi dari bilik itu. Bass memandang wajah mak mertuanya. Berapa lama lagi dia hendak menghina Bass di dalam bilik itu. Bass harap mak mertuanya menghentikan percakapan sebelum  dia hilang kesabaran. Bukan Puan Vanida saja boleh naik angin, Bass pun boleh nail angin kalau tak tahan mendengar penghinaan dari Puan Vanida padanya, terutamanya pada keluarganya.  Bass sedar dirinya dari keluarga yang miskin.
   Tak lama kemudian, nenek Godt dan Godt masuk ke bilik itu. Bass tahu mak mertuanya memberi amaran kepadanya supaya jangan memecahkan temberangnya di hadapan mak mertuanya.
  Nasib baik Puan Vanida tak lama duduk dirumah tersebut, mereka terpaksa balik ke bandar selepas majlis perkahwinan tu selesai. Kata ayah Godt, mereka terpaksa ke london untuk urusan kerja esok. Godt nampak sedih bila mamanya, hendak pulang petang tu juga. Muka Godt seperti kanak kanak yang dahagakan kasih sayang orng tuanya.  Malangnya,Puan Vanida langsung tidak mengendahkan anaknya. Mungkin dia malu dengan keadaan Godt sekarang.
   Bass memegang lengan Godt dan mengajak lelaki itu masuk kedalam. "mari P, kita masuk ke dalam, dah petang nie". Godt menjeling ke arah Bass, dan menarik lengannya dari pegangan Bass dan terus masuk kedalam rumah meningglkan Bass.
  Pn Nate terus menghampiri Bass"Bass, kena sabar dengan Godt. Dia belum biasa dengan Bass, nanti lama lama dia akan biasa dengan Bass. "
   "Baiklah nek. "ujar Bass.
  Setelah lewat malam, Bass sudah tak dapat mengelakan diri darinya lagi.  Bass terpaksa juga masuk kebilik tidurnya bersama dengan Godt. Dia masuk kedalam bilik dngan perlahan lahan, bilik tidur sudah malap. Hanya lampu tidur yang terpasang. Televisyen juga terpasang tanpa ada penontonnya. Penghawa dingin dipasang menyebabkan bilik itu begitu sejuk.
  Bass menggigil kesejukan. Dia mencapai tuala dan baju tidurnya lalu masuk ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya. Bass menghampiri katil yang sepatutnya menjadi tempat tidur mereka berdua. Godt tidur ditengah tengah katil yang bersaiz king itu. Bass tak boleh tidur disebelah suaminya kerana kedua dua belah katil itu sempit. Dia mengambil dua biji bantal spare yng terdapat dibahagian atas almari pakaian dan tidur disofa yang terletak didalam bilik itu.  Nasib baik sofa itu besar, membolehkan dia tidur dengan agak selesa.  Agaknya di sinilah dia akan tidur sepanjang hidupnya nanti. Bass tak tahu apa yang dihadapinya keesokan hari dan seterusnya. Bass sudah terlalu lelah dan akhirnya dia terlelap.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .








THANK YOU
JUMPA DI CHAPTER SETERUSNYA NANTI.
JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT K.
MAAF KALAU TYPO BERTABURAN.
HAVE A NICE DAY ALL.
THNK YOU FOR ALL U SUPPORT.

-AKU YANG KAU TINGGALKAN-
  
BY MICHEAL JAY. 😉😉😉😉😉

Aku yang kau tinggalkanWhere stories live. Discover now