CHAPTER 10

645 28 2
                                    


Happy reading
Maaf kalau typo bertaburan. . .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
   Di pagi yng indah, Bass baru bangun merasakan ada tangan yang kekar melingkari pinggangnya dan memeluk tubuhnya dari belakang. Bass cuba mengubah posisinya, terasa  Sakit pada badan dan nyilu dibahagian bawah.
    Bass menoleh kesisi dengan perlahan lahan, melihat wajah suaminya masih tidur. Perlahan lahan Bass bangun dari tempat tidur agar tidak membuat Godt bangun dari tidurnya. Bass cuba mendirikan badannya, terasa nyilu bahagian selangkangnya amat sakit sekali. Dengan tenaga yang ada, Bass berjalan ke arah bilik mandi.
.
.
.
.
.
.
.
  Kini Bass dan Godt berada di bahagian beranda di atas. Bass sedang menunjukan perkataan perkataan mudah kepada Godt. Dengan ini, mungkin dapat mengigatkan Godt apa yng dia sudah lupa. Ada sesuatu yng menghalang suaminya itu daripada membentuk setiap perkataan itu di dalam otaknya. Bass merasa pekara ini yang membuatkan Godt terasa tersiksa.
    Menurut Pn. Nate, dulu Godt seorang pelajar yang cermerlang di Universitynya. Dia juga aktif di dalam sukan. Tapi selepas kemalangan itu, Godt jadi lupa ingatan, malah tak mengenal huruf. Walau bagaimana pun,  Bass bersyukur kepada Tuhan telah mentakdirkan dia bertemu jodoh dengan lelaki yng duduk disebelahnya itu.
   Bass memandang sebelah kiri wajah suaminya masih elok, yng tidak dirosak parut. Godt memang seorang yang amat kacak dan tampan sebelum kemalangan meninggalkan parut itu merentasi pipinya. Pada Bass, kini pun Godt masih lagi kacak, hidungnya yang mancung, mempunyai sepasang mata yang indah. Keluk bibirnya begitu sempurna dan menawan sekali. Malahan parut itu membuat wajah Godt kelihatan seperti seorang hero yang tampan dan penuh misteri, membuatkan jantung Bass berdebar debar setiap kali memndang wajah suaminya.
     Tanpa Bass sedari dari sehari ke sehari dia jatuh cinta dengan suaminya Godt. Cinta secara lembut dan dengn perlahan telah menyerap ke seluruh jiwa dan raga Bass.
   "Phi Bass, sedang buat apa dengan Phi Godt? " soal Rose sepupu Godt. Tanpa dipelawa Rose terus duduk di sebelah Bass.
   "Tak ada apa apa, Phi dan Phi Godt hanya tengok perkataan perkataan ini untuk Phi Godt kuatkan ingatannya. "
   "N'Rose datang dengan siapa? "tanya Bass.
   "Dengan mak dan ayah P"jawab Rose.
   Rose adalah sepupu Godt yang selalu menjeguk keadaan Godt ketika dia sedang sakit. Rose muda sedikit dari Bass, dia sangat menyayangi Godt kerana Godt adalah satu satunya P yang selalu menyokong dan menyayanginya dirinya dulu.
   "Oh ya! Phi Bass, Rose ada bawa gambar masa kahwin Phi Bass dengan  Phi Godt dulu"kata Rose pada Bass.
   Rose menghulurkan album gambar itu kepada Bass. Bass mengambil dua keping gambar, dia menghulurkan satu keping kepada Godt.  Entah macam mana mereka berdua dalam gambar itu boleh kelihatan sama padan. Wajah Godt di ambil dari sebelah kiri, parut di wajahnya tidak kelihatan di dalam gambar itu. Godt memandang Bass di dlam gambar itu. Bass pula kelihatan amat manis dan comel sedang membalas pandangan mata Godt. Mereka seperti pasangan bercinta yang sedang melangkah ke alam perkahwinan.
     "Sayang! Ini sayang. "tiba tiba Godt bersuara. Jarinya menunjukan kepada gambar Bass.
   "Sayang. . . . "tetapi dia tak dapat meneruskan kata katanya itu. Tidak dapat hendak luahkan apa yang dia ingin sampaikan.
    "Manis dan comelkan Phi Bass di dalam gambar ini"kata Rose pada Godt.
   Godt menganggukan kepalanya. Matanya memandang kearah Bass. Panahan mata Godt yang tajam menusuk ke hati Bass membuatkan wajah Bass menjadi merah kerana malu.
    Kepada Godt ketika dan saat itu, Basslah orng yng pling manis dan comel bahkan lelaki yng pling cantik sekali dihatinya. Ingin dia menatap wajah isterinya itu sepuas puas hatinya. Senyuman Bass bagi Godt dapat menenangkan fikirannya. Kerana ia takut suatu hari nanti dia tak dapat melihat wajah isternya itu.
    Godt memandang wjah isteri yang dicintainya sejak kali pertama mereka di pertemukan. Ingin dia luahkan rasa cintanya yang mendalam tetapi dia tak dapat lakukan. Perkataan apa yang harus dia katakan untuk beritahu Bass yang dia cinta pada Bass?
   Rose melihat sahaja kedua dua pasangan suami isteri yng sedang duduk bersebelahan itu. Dia tersenyum sendiri.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
    Bass dan Godt berehat didalam bilik selepas waktu makan tengah hari. Waktu begini ialah masa untuk Godt berehat setelah makan ubat.  Bass mengambil surat khabar star yng dibawa Rose tadi.  Dia ingin membaca mengenai berita semasa. Sudah lama dia tidak berpeluang membaca surat khabar berbahasa inggeris tersebut.
   Suaminya berbaring di katil, menunggu Bass yang selalunya duduk disebelahnya untuk berehat bersama. Selepas kejadian malam mereka bersetubuh, Godt membenarkan isterinya selalu duduk disampingnya. Malam pula, Godt selalu memeluk Bass dalam tidurnya. Bagi Godt bau yang keluar dari badan Bass amat menyenangkan dan hangatan dari badan Bass begitu terasa menenangkan dirinya. Godt dapat merasakan perasaan yang lain dari yang lain bila besama dengan Bass. Perasaan yang begitu membahagiakan.
    Waktu ini, Bass gunakan untuk membaca novel Inggeris yang banyak tersusun didalam bilik itu. Semua novel ini ialah koleksi Godt semasa dia sihat dahulu.  Hampir semua novel top best seller daripada penulis penulis terkemuka barat. Kadang kala Bass bacakan petikan petikan daripada novel itu kepada Godt. Nampaknya bila mendengar suara Sayangnya yang membaca ayat demi ayat daripada cerita novel itu membuatkan Godt tenang dan selalu dia khusyuk mendengar suara Bass membaca cerita sehingga dia tertidur.
   Bass memandag wajah suaminya yang sudah pun tertidur. Sekarang ini Godt tidak boleh berpisah jauh daripada Bass. Wajahnya tampak bersih dan seperti kanak kanak. Kadang kala Bass rasakan Godt seperti kanak kanak yang tidak berdosa, naif dan sangat mempercayainya dan bergantung kepadanya seratus peratus. Hanya dia harapan Godt untuk meneruskan hidupnya di dalam dunia ini.
    Kadang kala hati kecil Bass tertanya tanya, dimanakah kedudukan Bass di hati Godt?  Walaupun Godt tidak dapat berengang dengannya. Mungkin kerana dia terpaksa bergantung pada Bass. Bukan kerana dia sayang dengan Bass.  Sebab Bass tahu ada orang lain yang dicintai suaminya. Mungkin Godt sendiri secara tidak langsung dan tidak sedar mengenai dirinya. Tetapi minda separa sedarnya mengetahui yang ada gadis lain di hati dan kepala Godt. Di dalam tidurnya, dia sering menyebut nyebut nama gadis itu. Setiap kali itu berlaku. Bass merasa pedih melanda hatinya. Apakah dayanya, dia bukan pilihan pertama Phi Godt. Ada orng lain yang bertahta di hati suaminya.
    Bass mengeluh sendirian. Dia sudah hilng mood untuk membaca novel itu tadi. Lagipun Godt akan meminta dia baca semula sambungan cerita itu esok, dimana dia berhenti hari ini. Dia kemudian mencapai surat khabar star di sisinya dan membaca artikel di dalam surat khabar itu satu per satu.
    Tiba tiba satu artikel yang terdapat dalam surat khabar itu menarik perhatiannya. Artikel itu bertajuk "HELP AT HAND". Artikel itu menceritakan tentang teori Doktor Feuerstien yang mengatakan bahawa otak kita boleh dimodifasikan. Ianya elastik dan boleh diregangkan seperti plastik. Dalilnya, ransangan yang betul kepad otak, tidak kira bagimana teruknya kerosakan atau kecederaan yng dialaminya, otak masih boleh berfungsi secara optimum.
   Selama lima puluh tahun, pengajaran Doktor Feuerstien berdasarkan kepada teori pemboleh ubahan struktur kognitif dan pengelaman pembelajaran bermeditasi telah bejaya menolong orng ramai dan para guru di hampir lebih daripada lapan puluh buah negara di seluruh dunia.
    Yng paling menarik perhatian Bass ialah dua orng ahli terapi tempatan bernama Vicky dan Casey yng telah mengadaptsi pendekatan doktor Feuestein mengajar anak murid mereka drpda pelbagai masalah.
   Bass benar benar teruja.  Mungkin suaminya juga boleh menghadiri sesi dengan kedua dua ahli terapi ini. Bass rasa mereka boleh menolong Godt untuk pulih. Bass akan mencari jalan untuk menyembuhkan Godt agar suaminya dapat menjadi pulih seperti dahulu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

THANK FOR READING
SORRY KALAU TYPONYA BERTABURAN. . .
PLEASE VOTE AND COMMENT FOR U SUPPORT.
SEE AT NEXT CHAPTER GUYS. . .
HAVE A NICE DAY😉😉😉😉. .
💋💋💋. . .

Aku yang kau tinggalkanWhere stories live. Discover now