Chapter 12

1.1K 37 20
                                    


Hai. . .  Sorry lama tak update story nie. .  Masih sibuk sikit time ni.
Happy reading. .  Sorry kalau typo bertaburan. .  Biasalah nie my first story. . . .
Enjoy your day guys. . . 😘
.
.
.
 
.
.

  Selepas beberapa minggu menjalankan rawatan terapi tersebut. Godt menampakan perkembangan yang baik dari segi membaca dan mengeja perkataan dengan mudah.
  Vicky dan Casey juga gembira dengan perkembangan terbaru yang ditunjukkan oleh Godt.
  Viky memuji Bass kerana mempunyai kebolehan dan kesabaran untuk menjalankan latih tubi. Mereka berdua sedang berbual mengenai kemajuan yng ditunjukkan oleh Godt, manakala Godt dan Casey sedang menjalankan terapi di meja bacaan di sudut ruang keluarga.
  "Apa yang Bass buat hari-hari ini yang membuat Godt cepat sembuh?  Saya rasa Bass ada talent untuk menjadi therapist macam saya dan Casey. Mungkin Bass boleh cuba. Lagipun Bass sudah ada latihan asas perguruan. Ini akan banyak membantu Bass. Di Thailand bukan ada ramai ahli terapi macam kami ni. Bagus kalau Bass ada kebolehan sebagai ahli terapi dan jadikan sebagai karier. Di samping itu kita tolong ramai orang, "ujar Vicky.
    "Saya tak berminat nak keluar bekerja, Vicky. Saya nak menjaga Godt sampai sembuh. "
   "Satu hari nanti dia akan sembuh. Bass nak buat apa lepas tu? Atau pun sekurang kurangnya Bass pelajari teknik terapi ini untuk memulihkan dia. Lagipun kalau jadi ahli terapi teknik ini Bass tak perlu keluar berkerja. Bass boleh bekerja di rumah. Working from home. "
   "Hmm. . . . .  Kalau hendak memulihkan Godt, saya berminat juga. Vicky mendapat latihan mengenai teknik ini di mana? "
    "Untuk menjadi trainer macam saya dan Casey, kena mendapat latihan di institut yang terletak di Eropah. Setiap tahun doctor Feuerstein akan mengadakan latihan di sana. "
    "Eropah? Jauhnya. "
   Tidak mungkin Bass dapat pergi menghadiri krusus latihan itu. Bass tak pernah keluar dari bumi Thailand ini. Naik kapal terbang pun tidak pernah. Hendak kena buat passport? Heii susahnya! Lagipun dia bukan boleh tinggalkan suaminya. "Vicky dulu pun dapat latihan di Eropah ke?"
   "Iye, setiap tahun saya akan pergi menghadiri latihan itu. Setiap tahun mereka menukar lokasi krusus, tetapi tetapi tetap di Eropah juga. Tapi tahun ini belum tentu saya akan pergi. Kami ramai patient tahun ini. Entah-entah tak boleh pergi, "terang Vicky lagi.
    "Tahun ini dimana diadakan krusus itu? Tanya Bass, walaupun dia tahu dia bukan boleh pergi pun.
      "Tahun ini krusus itu dibuat di Turin. Best tahu kalau dapat pergi. "
     Turin? Turin dimana,  Vicky?  Saya tak berapa pasti. "
    "Turin terletak di Italy, satu bandar tua d utara Italy. Very nice city.  Banyak bangunan bereka bentuk lama dan bangunan bersejarah. "
   "Seronok, kan kalau dapat pergi. "
    "Kalau boleh pergi, cubalah untuk pergi juga. Sekarang nikan  THAI airway selalu buat MATTA Fair, ada tiket tambang murah. Penginapan dan yuran krusus tak berapa mahal sebab mereka jalankan krusus ni di University semasa cuti musim panas. Bukan lama, dua minggu sahaja."
   "Okeylah Bass, macam nie. . .  saya akan daftarkan nama saya walaupun saya belum tentu dapat pergi. Saya akan daftarkan nama Bass juga."
   "Eh tak payahlah. . . Buang masa saja Vicky, "
   "Tak mengapalah kalau tak pergi pun. Bila kita tak register di sana nanti, dia akan cancel aje nama kita. Dia orang tak kisah sebab perserta lain memang ramai. Saja-saja, just for fun. Kita berangan, kita akan pergi Turin. Sebenarnya saya ingin sangat pergi sana. Bandar romantik, macam dalam cerita Romeo dan Juliet," terang Vicky sambil tersenyum.
   "Kalau macam tu, ikut suka Vickylah, "
    Tetapi Bass tahu dia tidak berpeluang pergi ke sana. Dia juga tidak mahu meninggalkan suaminya. Dia tidak sanggup meninggalkan Godt walaupun dalam masa dua minggu. Nanti suaminya akan tercari-cari akan dia. Semalam pun Godt sudah gelisah mencarinya, inikan pula dua minggu. Mesti resah Godt dibuatnya jik Bass tak ada di sisinya.
    "Okey, ini leafet tentang krusus tu dan tempat krusus dijalankan di Turin. Mana tahu bila masa krusus itu dijalankan Godt sudah baik. Bass tengok sekarang ni pemulihan dia semakin cepat. Entah-entah masa tu U berdua boleh honey moon di Turin, sambil Bass menghadiri krusus tu."ujar Vicky.
    Bass tak dapat membayangkan kalau suaminya telah pulih. Pergi berbulan madu dengan Godt? Alangkah bahagianya. Bass akan habiskan hidupnya untuk menjadi isteri yang baik pada Godt. Mereka akan hidup bahagia seperti pasangan normal yang lain. Bass akan menjaga anak-anak mereka dengan baik dan penuh kasih sayang.
   Muka Bass menjadi merah apabila mengenang keinginannya untuk berbulan madu dengan Godt, menjalani kehidupan sebagai suami isteri yang normal. Harapannya tinggi menggunung.
   "Oklah Bass, hari ini saya nak introduce sesuatu yang baru. Saya mahu Bass apply teknik nie kepada Godt dan tengok. Ini akan mempercepatkan pemulihan dia."
   "Apa dia ni Vicky, ?"
    "Ini adalah rakaman kata-kata yang akan meningkatkan aktiviti neuron. Selepas ini, dengan melihat keadaan sekitarnya, dia akan mula aware dengan dirinya selepas ini. Terutama bila dia melihat apa yang orang lain lakukan, dia juga mula aware apa yang dia patut lakukan. Bass kena sentiasa pasang rakaman  Ini kepada Godt setiap masa. Ini akan mempercepatkan proses pemulihan Godt."
   "Baiklah saya akan cuba,"kata Bass lagi. Apa sahaja yang akan membuatkan Godt sembuh, Bass sanggup melakukan apa saja.
    Casey dan Godt telah selesai sesi terapi dan mula berjalan menuju ke arah Bass dan Vicky. Melihat susuk tubuh suaminya dan wajahnya yang mengacam itu bejalan menghampiri mereka membuatkan dada Bass rasa berdebar- debar. Bass akui yang dia sudah jatuh cinta dengan Godt. Begitu mencintainya, adakah Godt mempunyai perasaan yang sama seperti Bass?
     Tetapi nampaknya dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Bass tahu apa sebenarnya yang ada di dalam hati suaminya. Mukanya menjadi merah padam teringatkan angan-angannya untuk pergi berbulan madu dengan Godt sebentar tadi. Nasib baik Pn. Nate mencelah ketika itu dengan mengajak mereka semua makan tengah hari. Masakan istimewanya telah sedia terhidang.
  Vicky dan Casey juga tidak sabar hendak menikmati masakan Pn. Nate yang disediakan istimewa untuk mereka. . .
.
.
.
.
.
.
Thank you for reading. . .
Sorry kalau story nie bosan. . .
Please vote and comment. .
See at next chapter. . .
Tq😘😘😘😘😘
  

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 12, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku yang kau tinggalkanWhere stories live. Discover now