Task 0.5

23 3 5
                                    

EPILOG PROFESIONAL :

Aku memandang kosong batu nisan di hadapan aku. Entah apa yang aku rasakan. Kecewa? Mungkin. Sedih? Mungkin. Kehilangan? Mungkin. Segalanya adalah kemungkinan kerana mustahil untuk aku terus-menerus merindui dia.

Tugas aku sudah habis, Sifu dan konco-konconya sudah tumpas. Tapi, dia... Dia tewas dalam peperangan nyawa itu. Ikram, ya aku rindukan dia. Dia mungkin satu-satunya manusia di dalam dunia ni yang pernah aku anggap sebagai sahabat. Langsung tak terlintas dalam mindaku dia di pihak musuh. Kalaulah semuanya tidak dimulakan. Kalau semuanya hanya mimpi buruk. Kalau, ah tak habis-habis dengan kemungkinan!

Belum pernah walau sekali pun dalam hidup, aku memandang masa depan dengan penuh ketidak pastiaan. Semuanya, serba menuju untuk mencipta satu situasi yang menyebabkan aku tersekat di tengah-tengah. Aku sudah sesak dengan semua ini. Aku benci perasaan ini.

Mataku tertacap sekali lagi pada nama yang terukir di batu nisan itu. Mengapa semuanya harus begini. Takdirkah?

Sungguh aku sangsi dengan perasaan yang aku alami. Satu per satu masalah menimpa. Aku makin dihimpit dengan pelbagai tekanan sewaktu aku baru ingin menarik nafas lega memandangkan tugas aku sudah selesai. Ikram, mungkin hanya dia yang akan mengerti.

Tapi apa gunanya? Bukannya aku punya kuasa untuk menghidupkan mereka yang telah mati. Mana mungkin. Ah, aku sudah malas hendak menyemakkan kepala otak aku dengan semua perkara ni. Aku sudah benar-benar penat. Penat yang amat. Aku sudah penat dengan semua kerenah dunia.

Putus asa? Tak. Tak pernah sesekali aku berputus asa, terutamanya dari rahmat-Nya. Biarlah, kali ini waktu yang menentukan hidupku. Biarlah rinduku pada Ikram, sahabat sehidup semati bagiku itu berkubur bersama titisan hujan elegi yang gugur dari langit bersama lembayungnya.

Apa aku nak buat sekarang? Aku dah 'cuci tangan' dari kerja lama. Anugerah dari Ilahi dengan bakat hipnosis yang aku punya itu biarlah menjadi kenangan sahaja. Memori itu takkan pernah mati. Cuma bagi aku kali ini, biarlah jangan kerap kukenang. Aku takut aku kuat.

Nampaknya sudah tamat kini kisah aku. Ya ke?

MY G2C NotesWhere stories live. Discover now